Tuesday, 11 July 2023

Atsar dalam tafsir Surah al-Hasyr: 9

  1.

وَقَالَ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ، عَنْ طَارِقِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنْ أَبِي الْهَيَّاجِ الْأَسَدِيِّ قَالَ: كُنْتُ أَطُوفُ بِالْبَيْتِ، فَرَأَيْتُ رَجُلًا يَقُولُ: اللَّهُمَّ قِنِي شُحَّ نَفْسِي". لَا يَزِيدُ عَلَى ذَلِكَ، فَقُلْتُ لَهُ، فَقَالَ: إِنِّي إِذَا وُقِيتُ شُحَّ نَفْسِي لَمْ أَسْرِقْ وَلَمْ أَزْنِ وَلَمْ أَفْعَلْ"، وَإِذَا الرَّجُلُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، رَوَاهُ ابْنُ جَرِيرٍ

 

Sufyan As-Sauri telah meriwayatkan daripada Tariq ibnu Abdur Rahman, daripada Sa'id ibnu Jubair, daripada Abul Hayyaj Al-Asadi yang mengatakan bahawa ketika dia sedang tawaf di Baitullah, dia melihat seorang lelaki mengucapkan doa, "Ya Allah, peliharalah diriku daripada kekikiran diriku." Hanya itu doa yang dibacanya, tidak lebih. Lalu aku bertanya kepadanya, "Mengapa demikian?" Dia menjawab, "Jika aku dipelihara daripada kekikiran diriku, bererti aku tidak akan mencuri, tidak berzina, dan tidak berbuat macam-macam dosa." Dan ternyata lelaki itu adalah sahabat Abdur Rahman ibnu Auf رضي الله عنه. Demikianlah menurut riwayat Ibnu Jarir.

 

Takhrij

 

AR. at-Thabari dalamTafsirnya 28/29.

 

Sanadnya hasan menurut Syeikh Abu Abdullah Mustafa bin al-Adawi Syalbayah dalam At-Tashil li Ta’wil At-Tanzil Juz’u Qad Sami’a hal. 103

 



2.

وَأخرج عبد بن حميد وَابْن الْمُنْذر عَن يزِيد بن الْأَصَم أَن الْأَنْصَار قَالُوا: يَا رَسُول الله أقسم بَيْننَا وَبَين إِخْوَاننَا الْمُهَاجِرين الأَرْض نِصْفَيْنِ قَالَ: لَا وَلَكِن يكفونكم الْمُؤْنَة وتقاسمونهم الثَّمَرَة وَالْأَرْض أَرْضكُم قَالُوا: رَضِينَا فَأنْزل الله {وَالَّذين تبوؤوا الدَّار والإِيمان من قبلهم} إِلَى آخر الْآيَة


Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir yang bersumber daripada Yazid al-Asham bahawa kaum Ansar berkata: “Ya Rasulullah, bagi dualah tanah ini untuk kami (kaum Ansar) dan kaum Muhajireen.” Nabi ﷺ bersabda: “Tidak. Penuhi sajalah keperluan mereka dan bagilah buah kurmanya. Tanah ini tetap kepunyaanmu.” Mereka menjawab: “Kami redha atas keputusan itu.” Maka turunlah ayat ini (al-Hashr: 9) yang menggambarkan sifat-sifat kaum Ansar yang tidak mementingkan diri sendiri.

Takhrij

HN. As-Suyuthi dalam Durar al-MAnthur 8/106. Dhaif  menurut pentahqiq kitab:

الاستيعاب في بيان الأسباب «أول موسوعة علمية حديثية محققة في 
أسباب نزول آي القرآن الكريم»(3/371)

http://raudabooks.com/vb/showthread.php?t=5687




No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...