Matan hadith
مَا مِنْ حَافِظَيْنِ رَفَعَا إِلَى اللَّهِ مَا حَفِظَا مِنْ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ فَيَجِدُ اللَّهُ فِي أَوَّلِ الصَّحِيفَةِ وَفِي آخِرِ الصَّحِيفَةِ خَيْرًا إِلَّا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي مَا بَيْنَ طَرَفَيْ الصَّحِيفَةِ
Terjemahan
"Tidaklah dua (Malaikat) penjaga naik menghadap Allah baik di waktu siang mahupun malam, lalu Allah mendapati di awal catatan mahupun di akhir catatan, satu kebaikan kecuali Allah Ta'ala berkata kepada keduanya: 'Aku bersaksi atas kalian bahawa Aku telah mengampuni hambaKu, semua yang dia perbuat di antara dua sisi buku catatan
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 981, al-Bazzar dalam Musnadnya no. 6696, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 7053, Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 6775, daripada Anas bin Malik ra.
Dhaif menurut al-Mundziri dalam al-Targhib 1/316
Dhai menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 5163
Dan dalam riwayat lain, tidak menyebut siang mahupun malam:
ما من حافِظَيْنِ يَرْفَعانِ إلى اللهِ ﵎، ويَرى اللهُ في أولِ الصحيفةِ خيرًا، وفي آخِرِها خيرًا، إلا قال اللهُ تعالى لملائكتِهِ: أُشْهِدُكُم أني قد غَفَرْتُ لعبدي ما بين طَرَفَيِ الصحيفةِ
Ketika malaikat penjaga menaikkan catatan amal manusia kepada Allah, kemudian Allah melihat awal dan akhir amalannya adalah kebaikan, Allah berfirman kepada malaikatNya: Aku bersaksi kepada kalian bahawa aku telah mengampuni hambaKu atas apa yang ada di antara kedua hujungnya
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam ad-Dua’ no. 287, Ibnu Adi dalam al-Kamil 2/514, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2563, 6552, as-Tsa’labi dalam Tafsirnya 9/99, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 11/103, al-Qazwin dalam al-Tadwin 3/115, al-Khatib dalam Tarikhnya 17/142, juga daripada Anas bin Malik ra.
Ibnu Hibban mendhaifkan hadith tersebut dalam al-Majruhin 1/235 kerana terdapat perawi yang munkar iaitu Tamam bin Najih dan az-Zahabi menilainya matruk dalam Talkhis al-‘Ilal al-Mutananhiyah no. 282.
Ibnu Jauzi menilai hadith ini tidak sahih dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah 2/790
as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 8001 mendhaifkan hadith tersebut
Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2239
No comments:
Post a Comment