Matan hadith
عن خولة بنت ثعلبة قالت: في - والله - وفي أوس بن صامت أنزل
الله عز وجل صدر سورة المجادلة قالت: كنت عنده وكان شيخا كبيرا قد ساء خلقه وضجر، قالت:
فدخل علي يوما فراجعته بشيء فغضب، فقال: أنت علي كظهر أمي، قالت: ثم خرج فجلس في نادي
قومه ساعة، ثم دخل علي، فإذا هو يريدني على نفسي، قالت: فقلت: كلا والذي نفس خويلة
بيده، لا تخلص إلي وقد قلت ما قلت حتى يحكم الله ورسوله فينا بحكمه ، قالت: فواثبني
وامتنعت منه، فغلبته بما تغلب به المرأة الشيخ الضعيف، فألقيته عني، قالت: ثم خرجت
إلى بعض جاراتي فاستعرت منها ثيابها، ثم خرجت حتى جئت رسول الله صلى الله عليه وسلم
فجلست بين يديه، فذكرت له ما لقيت منه، فجعلت أشكو إليه صلى الله عليه وسلم ما ألقى
من سوء خلقه، قالت: فجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " يا خويلة، ابن
عمك شيخ كبير فاتقي الله فيه "، قالت: فوالله ما برحت حتى نزل في القرآن، فتغشى
رسول الله صلى الله عليه وسلم ما كان يتغشاه، ثم سري عنه فقال لي: " يا خويلة،
قد أنزل الله فيك وفي صاحبك "، ثم قرأ علي: {قد سمع الله قول التي تجادلك في زوجها
وتشتكي إلى الله، والله يسمع تحاوركما، إن الله سميع بصير} إلى قوله: {وللكافرين عذاب
أليم} ، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: " مريه فليعتق رقبة "، قالت:
فقلت: والله يا رسول الله ما عنده ما يعتق، قال: " فليصم شهرين متتابعين
"، قالت: فقلت: والله يا رسول الله إنه شيخ كبير ما به من صيام، قال: " فليطعم
ستين مسكينا، وسقا من تمر "، قالت: فقلت : والله يا رسول الله ما ذاك عنده، قالت:
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " فإنا سنعينه بعرق من تمر "، قالت:
فقلت: وأنا يا رسول الله سأعينه بعرق آخر، قال: " قد أصبت وأحسنت، فاذهبي فتصدقي
عنه ، ثم استوصي بابن عمك خيرا "، قالت: ففعلت، قال: عبد الله قال: أبي قال سعد:
العرق الصن
Terjemahan
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan
kepada kami Sa'd ibnu Ibrahim dan Ya'qub. Keduanya mengatakan, telah
menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu
Ishaq, telah menceritakan kepadaku Ma'mar ibnu Abdullah ibnu Hanzalah, dari
Yusuf ibnu Abdullah ibnu Salam, dari Khuwailah binti Sa'labah yang mengatakan,
"Demi Allah, berkenaan dengan diriku dan Aus ibnus Samitlah Allah
menurunkan permulaan surat Al-Mujadilah." Khuwailah melanjutkan kisahnya,
"Saat itu aku menjadi isterinya (Aus ibnus Samit), sedangkan dia seorang
yang sudah lanjut usia dan perangainya menjadi buruk. Dan pada suatu hari dia masuk
menemuiku, lalu aku mengajukan protes terhadapnya tentang sesuatu, maka dia
marah. Akhirnya dia mengatakan, 'Engkau bagiku seperti punggung ibuku.' Setelah
itu Aus ibnus Samit keluar dan duduk di tempat perkumpulan kaumnya selama
sesaat, kemudian dia kembali masuk menemuiku. Tiba-tiba berahinya memuncak, dia
menginginkan diriku. Maka aku berkata, 'Jangan, demi Tuhan yang jiwa Khuwailah
ini berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, jangan kamu bergaul denganku dulu
setelah engkau mengucapkan kata-kata itu kepadaku sebelum Allah dan Rasul-Nya
memutuskan hukum tentang masalah kita ini sesuai dengan hukum-Nya.' Cegahanku
tiada ertinya baginya, dia memelukku dengan paksa. Maka aku membela diri agar
lepas dari pelukannya, dan aku dapat mengalahkannya kerana tenaganya telah
melemah mengingat usianya yang telah lanjut. Kusingkirkan dia dari tubuhku,
kemudian aku keluar dari rumah menuju ke tempat salah seorang tetangga wanitaku.
Lalu aku meminjam pakaian darinya dan langsung keluar menuju ke tempat
Rasulullah Saw. Setelah sampai di hadapan baginda Saw., aku duduk dan
menceritakan kepada baginda apa yang telah kualami dengan suamiku, dan aku
mengadu kepada baginda tentang perangainya yang buruk." Rasulullah Saw.
hanya menjawab, "Hai Khuwailah, anak pamanmu (suamimu) itu telah lanjut
usia, maka bertakwalah kepada Allah terhadapnya." Khuwailah melanjutkan
kisahnya, "Demi Allah, belum lagi aku beranjak, maka turunlah ayat Al-Qur'an
mengenai diriku, dan Rasulullah Saw. kelihatan seperti orang yang tertutup (tak
sedarkan diri) sebagaimana biasanya bila wahyu sedang turun kepadanya. Setelah
wahyu selesai, keadaan baginda kembali seperti semula, lalu bersabda kepadaku,
'Hai Khuwailah, sesungguhnya Allah telah menurunkan wahyu-Nya berkenaan dengan
masalahmu dan suamimu.' Lalu Rasulullah Saw. membacakan kepadaku firman
berikut: Sungguh, Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan
gugatan kepadamu (Muhammad) tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada
Allah. Dan Allah mendengar percakapan antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah
Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Al-Mujadilah: 1) sampai dengan firman-Nya:
dan bagi orang-orang kafir ada seksaan yang sangat pedih. (Al-Mujadilah: 4)
Maka Rasulullah Saw. bersabda kepadaku, 'Perintahkanlah kepada suamimu untuk
memerdekakan seorang budak.' Aku menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia tidak
memiliki harta untuk memerdekakan budak.' Rasulullah Saw. bersabda, 'Maka
hendaklah dia berpuasa selama dua bulan berturut-turut.' Aku berkata, 'Demi
Allah, sesungguhnya dia benar-benar seorang yang sudah lanjut usianya, dia
tidak kuat mengerjakan puasa.' Rasulullah Saw. bersabda: 'Maka hendaklah dia
memberi makan enam puluh orang miskin sebanyak satu wasaq kurma.' Aku berkata,
'Demi Allah, ya Rasulullah, dia tidak memiliki makanan sebanyak itu.' Maka
Rasulullah Saw. bersabda, 'Kami akan membantunya dengan satu faraq kurma.' Aku
berkata, 'Wahai Rasulullah, aku pun akan membantunya dengan satu faraq kurma lainnya.'
Rasulullah Saw. bersabda, 'Kamu benar dan berbuat baik. Sekarang pergilah, dan
sedekahkanlah kurma ini sebagai kifarat suamimu, kemudian perintahkanlah kepada
anak pamanmu itu (suamimu) agar berbuat baik'." Khuwailah melanjutkan
kisahnya, bahawa lalu dia mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Nabi Saw.
itu.
Takhrij
HR. Ahmad no. 27319, Ibnu Hibban
no. 4279.
Ibnu Katsir berkata dalam Irsyad
al-Fiqhiyyah 2/207: Sanadnya masyhur dan mempunyai jalan-jalan lain yang saling
menguatkan
Ibnu Hajar menilai hadith ini
hasan dalam Muwafaqah al-Khabir 1/501
Syeikh al-Arnauth menilai menilah
hadith ini sahih dalam Sahih Ibnu Hibban no. 4279a
No comments:
Post a Comment