Matan hadith
تعلَّموا الفرائضَ وعلِّموها الناسَ ، تعلَّموا القرآنَ وعلِّموه
الناسَ؛ فإِنَّي امرؤٌ مقبوضٌ ، والعلمُ سينقبِضُ ، وتظهرُ الفتنُ ، حتى يختلِفَ اثنانِ
في فَريضَةٍ ،لايجدانِ أحدًا يَفْصِلُ بيينَهما
Terjemahan
Pelajarilah faraid dan ajarkanlah
ia kepada manusia, pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia,
Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan
sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul
fitnah-fitnah, sehingga nanti apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian
harta pusaka, tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara kedua-duanya
Takhrij
HR. at-Thayalisi dalam Musnadnya
no. 403, an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 6306, ad-Darimi no. 227, ad-Daruquthni
4/81, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 1668, daripada Ibnu Mas’ud ra.
Ibnu Mulaqqin mendhaifkan hadith
ini dalam al-Badrul Munir 7/186 kerana terdapa perawi yang majhul ain dan hal.
Al-Haithami dalam Majma Zawaid
4/226 berkata dalam nya terdapat perawi yang tak dikenali
Syeikh al-Albani menilai sanad
hadith ini dhaif jiddan dalam Takhrij Misykatul Mashabih no. 268.
Sanadnya cacat menurut pentahqiq
Sunan ad-Darimi
Ada lagi satu hadith hampir
semakna sebahagiannya matannya, iaitu dari Abu Hurairah ra:
تعلَّموا الفرائضَ وعلِّموها الناسَ فإنه نصفُ العلمِ وهو
يُنسَى وهو أولُ ما يُنتَزَعُ من أمتي
Pelajarilah ilmu faraid dan
ajarkanlah ia kepada manusia. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu dan
ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut
daripada umatku (HR. Ibnu Majah no.
2719, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/293, ad-Daruquthni no. 4059, al-Hakim no.
7948, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 12175,
at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 5293)
Hadith ini dilemahkan oleh Ibnu
Hibban kerana terdapat perawi yang hadithnya tidak boleh dijadikan hujah dalam
apa keadaan sekalipun sama ada sebagai mutabaʻah(sokongan) atau seumpamanya,
iaitu Hafs bin Umar bin Abu al-‘Atthaf.
Hafs bin Umar bin Abu al-‘Atthaf
dikritik Imam Bukhari dan Abu Hatim ar-Razi sebagai munkarul hadith (Tahdzibul
Kamal 7/39), Ibn Hajar al-Asqalani pula mengkritiknya sebagai perawi yang matruk
(Talkhisul Habir 3/172)
Ibnu Adi mendhaifkan hadith dalam
al-Kamil fi Dhu’afa’ 3/276
Al-Uqaili dalam Dhuafa al-Kabir
1/271 berkata bahawa hadith ini tidak mempunyai sokongan daripada mana-mana
hadith lain.
Juga dhaif menurut Syeikh
al-Albani dalam Dhaif Ibnu Majah
No comments:
Post a Comment