Wednesday, 2 August 2023

Hadith ajal haiwan bukan melalui malaikat maut?

 Matan hadith

 

آجال البهائم كلها – من القمل، والبراغيث، والجراد، والخيل، والبغال، والدواب كلها، والبقر، وغير ذلك؛ آجالها في – التسبيح، فإذا انقضى تسبيحها؛ قبض الله أرواحها، وليس إلى ملك الموت من ذلك شيء.

 

Terjemahan

 

Ajal bagi binatang-binatang kesemuanya – kutu kepala, kutu penghisap darah, belalang, kuda, baghal, binatang-binatang yang melata kesemuanya, lembu dan selainnya, ajal mereka – ada pada tasbih. Apabila habis tasbih mereka, Allah akan menarik ruh mereka. Tidak ada suatupun daripada yang demikian tadi (diserahkan) kepada malaikat maut.

 

 

Takhrij

 

HR. al-Uqaili dalam Dhuafa al-Kabir 4/321, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuatnya 3/222, daripada Anas bin Malik ra

 

Hadith batil tiada asal menurut al-Uqaili

 

Hadith palsu menurut Ibnu Jauzi

 

Hadith munkar jiddan menurut Ibnu Hajar dalam Lisanul Mizan.

 

Hadith palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6114.

 

 

Dan tidak ditemui sebarang nas yang jelas dan sahih membicarakan bagaimana nyawa haiwan diambil.

 

Syeikh Ibnu Utsaimin berkata tidak patut seseorang bertanya soalan yang tidak memberi faedah seperti ini. Apakah faedah setelah mengetahui nyawa haiwan itu dicabut dengan siapa?, dan para sahabat tidak pernah bertanyakan hal tersebut, sedangkan merekalah yang sepatutnya bertanya kerana mereka ini terlalu cintakan ilmu dan pasti akan bertanya kepada guru mereka Nabi saw. Beliau juga menasihatkan agar seseorang tidak terlampau ekstrim dalam menanyakan soalan (Liqa’ al-Baab al-Maftuh, 11/146)

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 119652

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...