Wednesday, 2 August 2023

Hadith-hadith ancaman berilmu tanpa beramal

  

1.

Dari Usamah bin Zaid, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

ﻳُﺠَﺎﺀُ ﺑِﺎﻟﺮَّﺟُﻞِ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ ﻓَﻴُﻠْﻘَﻰ ﻓِﻰ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ، ﻓَﺘَﻨْﺪَﻟِﻖُ ﺃَﻗْﺘَﺎﺑُﻪُ ﻓِﻰ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ، ﻓَﻴَﺪُﻭﺭُ ﻛَﻤَﺎ ﻳَﺪُﻭﺭُ ﺍﻟْﺤِﻤَﺎﺭُ ﺑِﺮَﺣَﺎﻩُ ، ﻓَﻴَﺠْﺘَﻤِﻊُ ﺃَﻫْﻞُ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ، ﻓَﻴَﻘُﻮﻟُﻮﻥَ ﺃَﻯْ ﻓُﻼَﻥُ ، ﻣَﺎ ﺷَﺄْﻧُﻚَ ﺃَﻟَﻴْﺲَ ﻛُﻨْﺖَ ﺗَﺄْﻣُﺮُﻧَﺎ ﺑِﺎﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﻭَﺗَﻨْﻬَﻰ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻤُﻨْﻜَﺮِ ﻗَﺎﻝَ ﻛُﻨْﺖُ ﺁﻣُﺮُﻛُﻢْ ﺑِﺎﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﻭَﻻَ ﺁﺗِﻴﻪِ ، ﻭَﺃَﻧْﻬَﺎﻛُﻢْ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻤُﻨْﻜَﺮِ ﻭَﺁﺗِﻴﻪِ

 

Ada seseorang yang didatangkan pada hari kiamat lantas ia dilemparkan dalam neraka. Usus-ususnya pun terburai di dalam neraka. Lalu dia berputar-putar seperti keledai memutari penggilingannya. Lantas penghuni neraka berkumpul di sekitarnya lalu mereka bertanya, “Wahai fulan, ada apa denganmu? Bukankah kamu dahulu yang memerintahkan kami kepada yang kebaikan dan yang melarang kami dari kemungkaran?” Dia menjawab, “Memang betul, aku dulu memerintahkan kalian kepada kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya. Dan aku dulu melarang kalian dari kemungkaran tapi aku sendiri yang mengerjakannya. ” (HR. Bukhari no. 3267 dan Muslim no. 2989)

 

 

2.

 

 

الزَّبانيةُ أسرعُ إلى فسَقةِ القرآنِ منْهم إلى عبدَةِ الأوثانِ فيقولونَ يبدأُ بنا قبلَ عبدةِ الأوثانِ. فيقالُ ليسَ من علِمَ كمن لم يعلمْ

 

Malaikat Zabaniyah lebih cepat (penyiksaannya) kepada ahli baca al-quran yang fasik daripada penyembah berhala, mereka berkata : Mengapa kami lebih dahulu disiksa daripada penyembah berhala ? dijawab : Orang yang tahu tidak sama dengan orang yang tidak tahu (HR. Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya 8/286; ad-Dailami dalam Musnad Firdaus daripada Anas bin Malik ra, hadith munkar menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2588, dan munkar /palsu menurut al-Ajluni dalam Kasyful Khafa' 1/533).

 

3.

 

 

 

العِلْمُ إِمَامُ العَمَلِ وَالعَمَلُ تَابِعُهُ

 

Ilmu adalah pemimpin amal dan amalan itu berada di belakang setelah adanya ilmu (HR. Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 1/127, Ibn Abdil Bar dalam Jami’ Bayan al-`Ilm wa Fadhlihi no. 202, daripada Muadz ra, palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5293.)

 

Yang lebih tepat, ia adalah mauquf kepada Muad ra. menurut Ibnu Qayyim dalam al-Madarijus Salikin 4/134, Dan maknadnya benar menurut Ibnu Abdil Bar.

 

4.

 

أشدُّ النّاسِ عذابًا يومَ القيامةِ عالمٌ لم ينفعْهُ علمُهُ

 

Orang yang paling keras siksanya adalah seorang berilmu dan tidak diberi manfaat oleh Allah dengan sebab ilmunya (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam as-Saghir no. 507, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 1778, daripada Abu Hurairah ra, dhaif jiddan menurut Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Minhaj Qasidin no. 21)

 

5.

 

يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ 

 

Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik  (HR. al-Hakim no. 7883, daripada Anas ra, sanandya dhaif menurut al-Iraqi dalam Takhrij Ihya 1/86, as-Syaukani dalam al-Fawaid Majmuah no. 289)

 

6.

 

 

العالم والعلم في الجنة، فإذا لم يعمل العالم بما يعلم كان العلم والعمل في الجنة، وكان العالم في النار

 

 

Orang alim dan ilmu berada dalam syurga. Apabila orang alim yang tidak beramal dengan ilmu yang dia pelajari, maka ilmu dan amal berada dalam syurga sedangkan orang alim pula berada dalam neraka (HR. ad-Dailami dalam Mssnad Firdaus no. 4198, daripada Abu Hurairah ra. Didhaifkan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 5641, Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3929, dan juga Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 6498).

 

7.

 

 

لاَ تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ لِتُبَاهُوا بِهِ الْعُلَمَاءَ وَلاَ لِتُمَارُوا بِهِ السُّفَهَاءَ وَلاَ تَخَيَّرُوا بِهِ الْمَجَالِسَ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَالنَّارُ النَّارُ

 

Janganlah kalian belajar ilmu agama untuk berbangga diri di hadapan para ulama atau untuk mendebat orang-orang bodoh, dan janganlah memilih majlis dengan tujuan seperti itu. Siapa yang melakukannya, maka nerakalah baginya (HR. Ibnu Majah no. 254, Ibnu Hibban no. 88, sahih al-Albani).

 

Banyak ulama menjelaskan akan kepentingan ilmu sebelum beramal:-

 

Umar bin Abdil Aziz ra yang menuturkan :

 

"من عمل على غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح"

 

"Barangsiapa yang beramal tanpa berdasarkan ilmu, maka itu lebih banyak merosak berbanding memperbaiki." (Jami' Bayan Ilmi wa Fadhlihi  1/131, Al-Faqih wal Mutafaqqih : 1/19)

 

Sufyan bin ‘Uyainah –rahimahullah- mengatakan,

 

مَنْ فَسَدَ مِنْ عُلَمَائِنَا كَانَ فِيهِ شَبَهٌ مِنْ الْيَهُودِ وَمَنْ فَسَدَ مِنْ عِبَادِنَا كَانَ فِيهِ شَبَهٌ مِنْ النَّصَارَى

 

“Orang berilmu yang rosak (kerana tidak mengamalkan apa yang dia ilmui) memiliki keserupaan dengan orang Yahudi. Sedangkan ahli ibadah yang rosak (kerana beribadah tanpa dasar ilmu) memiliki keserupaan dengan orang Nasrani.” (Majmu’ Al Fatawa, 16/567)

 

 

Ulama hadith terkemuka, yakni Al Bukhari berkata, “Al ‘Ilmu Qablal Qauli Wal ‘Amali (Ilmu Sebelum Berkata dan Berbuat)”. Perkataan ini merupakan kesimpulan yang beliau ambil dari firman Allah ta’ala,

 

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ

 

“Maka ilmuilah (ketahuilah)! Bahwasanya tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu” (QS. Muhammad [47]: 19).

 

Dalam ayat ini, Allah memulai dengan ‘ilmuilah’ lalu mengatakan ‘mohonlah ampun’. Ilmuilah yang dimaksudkan adalah perintah untuk berilmu terlebih dahulu, sedangkan ‘mohonlah ampun’ adalah amalan. Ini pertanda bahawa ilmu hendaklah lebih dahulu sebelum amal perbuatan.

 

Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah berdalil dengan ayat ini untuk menunjukkan keutamaan ilmu. Hal ini sebagaimana dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam Al Hilyah ketika menjelaskan biografi Sufyan dari jalur Ar Rabi’ bin Nafi’ darinya, bahwa Sufyan membaca ayat ini, lalu mengatakan, “Tidakkah engkau mendengar bahwa Allah memulai ayat ini dengan mengatakan ‘ilmuilah’, kemudian Allah memerintahkan untuk beramal?” (Fathul Bari, Ibnu Hajar, 1/108)

 

Al Muhallab rahimahullah mengatakan, “Amalan yang bermanfaat adalah amalan yang terlebih dahulu didahului dengan ilmu. Amalan yang di dalamnya tidak terdapat niat, ingin mengharap-harap ganjaran, dan merasa telah berbuat ikhlas, maka ini bukanlah amalan (kerana tidak didahului dengan ilmu, pen). Sesungguhnya yang dilakukan hanyalah seperti amalannya orang gila yang pena diangkat dari dirinya.“ (Syarah Al Bukhari libni Baththal, 1/144)

 

Syeikh Shalih al-Fauzan menuturkan:

 

فسمى الله الذين يعملون بدون علم : الضالين ، والذين يعلمون ولا يعملون : بالمغضوب عليهم

 

Maka Allah menamakan orang-orang yang beramal tanpa ilmu sebagai orang sesat dan orang-orang yang sudah berilmu tapi tidak mengamalkan sebagai orang yang di murkai.

(Syarah Tsalsat Al-Ushul hal. 24-26)

 

Ibnu Ruslan menuturkan:

 

وعالم بعلمه لم يعملن معذب من قبل عباد الوثن

 

Orang yang mengetahui yang tidak beramal akan diazab sebelum para penyembah berhala

 

فعالم بعلمه لم يعملن معذب من قبل عباد الوثن أي أن العالم إذا لم يعمل بعلمه بأن ترك شيئا مما تعين عليه عمله أو ارتكب محرما يعذبه الله إن لم يعفو عنه قبل تعذيبه عابد الوثن وهو الصنم

 

Orang alim ketika tidak mengamalkan ilmunya, misal ia meninggalkan sesuatu yang wajib ia amalkan, atau melakukan hal yang diharamkan, maka Allah akan menyiksanya -jika tidak diampuni- sebelum Allah menyiksa penyembah berhala, kerana orang alim yang melakukan kemaksiatan mengetahui keharamannya, sedangkan penyembah berhala tidak mengetahui keharaman ibadahnya (Ghayatul Bayan syarah Zubad ibnu Ruslan hal. 4-5)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...