ﻗُﻠْﻨَﺎ : ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮْﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﻣَﺎ ﻟَﺒْﺜُﻪُ ﻓِﻲ ﺍْﻷَﺭْﺽِ؟
ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﺭْﺑَﻌُﻮْﻥَ ﻳَﻮْﻣًﺎ، ﻳَﻮْﻡٌ ﻛَﺴَﻨَﺔٍ ﻭَﻳَﻮْﻡٌ ﻛَﺸَﻬْﺮٍ ﻭَﻳَﻮْﻡٌ ﻛَﺠُﻤُﻌَﺔٍ
ﻭَﺳَﺎﺋِﺮُ ﺃَﻳَّﺎﻣِﻪِ ﻛَﺄَﻳَّﺎﻣِﻜُﻢْ
Kami berkata: ‘Ya Rasulullah (ﷺ)
berapa lama Dajjal akan tinggal di bumi?’ Rasulullah (ﷺ) bersabda: “40 hari,
satu hari seperti satu tahun kemudian seperti sebulan kemudian seperti sepekan
kemudian hari-hari lain seperti hari kalian sekarang’ (HR. Muslim no. 2937, Abu
Daud no. 4321, daripada Nawas bin Sam'an ra).
Seluruh hari-hari yang dilalui
nanti seperti hari-hari yang kita lalui sekarang
Cuma,
Sebahagian ulama menyatakan ianya
majaz:
Maksud sehari diumpamakan dengan
setahun, menunjukkan betapa beratnya rasa apabila berada dalam hari-hari
tersebut, yakni ketika berhadapan dengan fitnah dajjal (Al Yaumul Akhir-Al
Qiyamatush Shugra hal. 243)
dan sebahagian ulama lagi
menyatakan ia benar-benar (hakiki):
Imam Nawawi menyebutkan maksud hadith ini bukan kiasan tapi makna sebenarnya bahawa tiga hari pertama memang terasa sangat lama (Al Yaumul Akhir-Al Qiyamatush Shugra hal. 243; Syarah Sahih Muslim 18/66)
No comments:
Post a Comment