Matan hadith
Dari Junadah bin Abi Umayyah
Al-Azdi, ia berkata,
أتيْنا رجلًا منَ
الأنصارِ منَ الصحابةِ قال قام فينا رسولُ اللهِ ﷺ فقال أنذرُكُم المسيحَ يمكثُ في
الأرضِ أربعينَ صباحًا يبلغُ سلطانُهُ كلِّ منهلٍ لا يأتي أربعةَ مساجدَ الكعبةُ ومسجدُ
الرسولِ ومسجدُ الأقصى والطورِ
Terjemahan
Aku bersama seorang lelaki Ansar
menemui salah seorang sahabat Nabi SAW, kemudian berucap kepadanya,
'Ceritakanlah kepada kami sesuatu yang engkau dengar dari Rasulullah SAW
mengenai Dajjal.' Maka sahabat nabi itu menjelaskan tentang Dajjal. 'Dia
tinggal di bumi selama empat puluh hari. Dalam rentang waktu itu, dia
mendatangi setiap tempat. Tetapi dia tidak mampu mendekati empat masjid;
Masjidilharam, Masjid Nabawi, Masjidilaqsa, dan Masjid Ath-Thur. (HR Ahmad no.
23733 disahihkan al-Arnauth, al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2934,
al-Wadi'ie dalam Sahih Musnad no. 1481)
Yang dimaksudkan Masjid Ath-Thuur
pada hadith tersebut, iaitu gunung Tursina (Sinai), yang merupakan lokasi Nabi
Musa AS berdialog dengan Allah SWT (Fatwa Soaljawab Islam no. 32665).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 32665
https://myrepro.wordpress.com/2015/11/27/4-masjid-yang-tidak-akan-dimasuki-oleh-dajjal/
No comments:
Post a Comment