Matan hadith
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : الدُّنْيَا
سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
Terjemahan
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda, “Dunia itu penjara seorang mukmin dan syurga orang kafir”.
[HR. Muslim no. 2956]
Syarah
Imam Nawawi rahimahullah
menjelaskan hadith ini dengan perkataan, “Maknanya bahawa semua orang Mukmin di
dunia ini dipenjara atau dilarang dari syahwat-syahwat (perkara-perkara yang
disukai) yang diharamkan dan dimakruhkan, dibebani dengan melaksanakan ketaatan-ketaatan
yang berat. Maka jika dia telah meninggal dunia, dia istirehat dari ini, dan
dia kembali menuju perkara yang telah dijanjikan oleh Allah Azza wa Jalla
untuknya, berupa kenikmatan abadi dan istirehat yang bebas dari kekurangan.
Sedangkan orang kafir, maka dia mendapatkan kenikmatan di dunia, dengan
sedikitnya kenikmatan itu dan disusahkan dengan perkara-perkara yang
menyusahkan. Jika dia mati, dia menuju siksaan abadi dan kecelakaan yang
kekal”. [Syarah Sahih Muslim no. 2956]
No comments:
Post a Comment