Thursday, 28 December 2023

Hadith jaminan 4 malaikat kepada yang berselawat 10 kali

 

Matan hadith

 

هبط الملائكة الأربعة ؛ جبريل ، ميكائيل ، إسرافيل ، عزرائيل على النبى محمد صل الله عليه وسلم ، فقال جبريل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا جبريل من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا خطفته من على الصراط كالبرق . وقال ميكائيل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا ميكائيل ، قال : من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا اعطيته شربة لم يظمأ بعدها أبدا . وقال إسرافيل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا إسرافيل ، قال : من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا سجدت سجدة تحت العرش لم أرفع رأسى منها حتى يغفر له . قال عزرائيل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا عزرائيل ، قال : من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا أخذت روحه كما تأخذ الشعرة من العجين

 

 

Terjemahan

 

Telah datang empat Malaikat : Jibril, Mikail, Israfil dan ‘Izrail ‘Alayhumus Salaam kepada Nabi Muhammad Shallallaahu ‘Alayhi wa Sallam. Berkata Jibril : “Wahai kekasihku wahai Muhammad. Na’am yaa Jibril (sambut Nabi). Barangsiapa selawat ke atasmu sepuluh kali dipagi dan sepuluh kali di petang hari, maka akan saya bimbing dia melewati Sirth seperti Buraq. Berkata Mikail ‘Alayhis Salaam : Wahai kekasihku wahai Muhammad. Na’am yaa Mikail (sambut Nabi). Barangsiapa selawat ke atasmu sepuluh kali dipagi dan sepuluh kali di petang hari, aku akan memberi minum kepadanya yang takkan dia rasakan kehausan lagi untuk selamanya. Berkata Israfil ‘Alayhis Salaam : Wahai kekasihku wahai Muhammad. Na’am yaa Israfil (sambut Nabi). Barangsiapa selawat ke atasmu sepuluh kali dipagi dan sepuluh kali di petang hari, aku akan sujud kepada Allaah Subhaanahu wa Ta’aalaa dan tidak akan aku angkat kepala sehingga Allaah Mengampuninya”. Berkata ‘Izrail ‘Alayhis Salaam : Wahai kekasihku wahai Muhammad. Na’am yaa ‘Izrail (sambut Nabi). Barangsiapa selawat ke atasmu sepuluh kali dipagi dan sepuluh kali di petanghari, aku akan mencabut ruhnya sebagaimana saya mencabut rambut dari adunan tepung (tiada susah tiada sakit).

 

Takhrij

 

Hadith ini tidak ditemukan dalam mana-mana kitab hadith muktabar sunnah. Ia tiada asal dan jelas kepalsuannya, kerana tidak ada riwayat menyebutkan nama malaikat azrael/izrail (Fatwa Soaljawab Islam no. 242247, Fatwa Syabakah Islamiyah no. 482287) 

 

Ia dinukilkan oleh Syeikh Utsman al-Khubawi dalam Durratun Nasihin hal. 173, Maktabah al-Azhar 1994. 

 

Kitab ini disanggah para ulama kerana memuatkan sejumlah besar hadith-hadith tidak sahih bahkan palsu.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 242247

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 482287

 

https://www.facebook.com/273571216183034/posts/460201650853322/?locale=ar_AR

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...