بلغنا أن الصراط مسيرة خمسة عشر ألف سنة ، خمسة آلاف صعود
، وخمسة آلاف هبوط ، وخمسة آلاف مستو ، أدق من الشعرة ، وأحد من السيف على متن جهنم
لا يجوز عليه إلا ضامر مهزول من خشية الله
Sampai berita kepada kami bahawa
panjang Sirath itu ialah kadar perjalanan 15000 tahun iaitu 5000 tahun
perjalanan mendaki, 5000 tahun perjalanan menurun dan 5000 tahun perjalanan
mendatar, sedangkan ia lebih halus dari urat rambut dan lebih tajam dari mata
pedang dibentang di dada neraka. Tidak ada seorang pun berjaya melintasi titian
itu kecuali orang yang susah dan lemah serta takut kepada Allah.
Takhrij
HR. Ibnu 'Asakir sepertimana
disebutkan dalam Fathul Bari 11/395, Fathul Mulhim 2/476 dan; Takhrij Ihya
Ulumuddin 6/699; Lawami' al Anwar 2/192, daripada Fudhail b. Iyadh ra.
Ibnu Hajar berkata riwayat ini
mu'dhal tidak tsabit. Hal yang sama juga disebutkan oleh al-Qastalani dalam
Irsyad al-Sari 9/330 dan Lawaih al Anwar 2/215.
Dalam riwayat lain disebutkan,
أن طول الصراط مسيرة ثلاث آلاف سنة ، ألف منها صعود ، وألف
منها هبوط ، وألف منها استواء
Panjangnya adalah 3000 tahun,
1000 tahun mendaki, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun.
Takhrij
AR. Ibnu Asakir dalam Tarikh
Dimasyq 33/262, daripada Ibnu Abbas ra.
Hadith munkar
(https://dorar.net/h/8b4K7bIF)
Palsu menurut Ibnu Arraq
al-Kinani berkata dalam Tanzih Syariah 2/395.
Tidak tsabit menurut Ibnu
Utsaimin dalam Fatawa Nurun alal Darb 1/269
Disebutkan juga dalam lain
riwayat,
أن جبريل في أوله ، وميكائيل في وسطه يسألون الناس عن عمرهم
فيما أفنوه ، وعن شبابهم فيما أبلوه ، وعن علمهم ماذا عملوا به
Jibril berada di awal titian, dan
Mikail di tengah, dan mereka bertanya kepada orang-orang yang melintas tentang
kehidupan mereka dan bagaimana mereka menghabiskannya, tentang masa muda
mereka, apa yang mereka lakukan, dan tentang ilmu mereka, apa yang mereka
lakukan dengannya.
Takhrij
Disebutkan juga dalam Lawami' al
Anwar 2/191.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 235464,
249781
https://islamqa.org/hanafi/hadithanswers/119258/how-long-is-the-bridge-sirat-over-jahannam/
No comments:
Post a Comment