Friday, 12 January 2024

Manfaat ilmu dari polemik hadith talak menggegarkan Arasy: Dhaif atu palsu?

 

Ust Adam Iman menuturkan:

 

Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa 5/122 juga sebahagian menyatakannya di dalam Mu'jam al-Thabarani, daripada Saidina Ali b. Abi Talib كَرَّمَ اللهُ وَجْهَهُ daripada Rasulullah ﷺ:

 

تزوجوا ولا تطلقوا، فإن الطلاق يهتز منه العرش

 

Berkahwinlah, dan janganlah bercerai-berai kerana sesungguhnya talak itu menggegar Arasy

 

 

Para ulama berselisih pendapat tentang status hadith ini. Ada yang menilainya ضعيف seperti al-Hafiz al-Sakhawi, al-Khatib al-Baghdadi, Ibn al-Qaisarani, al-Syaukani, al-Saghani dll.

 

Ada juga yang menilainya موضوع seperti al-Hafiz Ibn al-Jauzi kerana kewujudan perawi yang bernama 'Amr bin Jami' yang dituduh pendusta dan periwayat hadith-hadith yang diingkari, penilaian tersebut didukung oleh al-Allamah al-Albani.

 

Kita tidak boleh menjazamkan kepalsuannya, kerana khilaf yang kuat dalam kalangan muhaqqiqun ini. Kita juga tidak menafikan kelemahannya dan itu harus diterangkan kepada umum.

 

Memisahkan hadith yang masih diperselisihi status kedaifan atau kepalsuannya adalah tindakan yang absah lagi tepat menurut manhaj muhaddithin. Adalah tidak tepat dan tidak cermat jika kita membakulsampahkan semuanya sebagai palsu/dusta menurut ijtihad seorang ilmuwan, dan menafikan autoriti perspektif ilmuwan lain.

 

Berhujah dengan hadith daif dalam galakan dan ancaman ialah manhaj ulama Salaf al-Soleh, dan ia diwarisi oleh ulama zaman-berzaman. Sesiapa yang mempunyai masalah dengan prinsip ini, dia memiliki masalah dengan Ahmad ibn Hanbal, Waki' bin al-Jarrah, Sufyanayn, al-Raziyayn, al-Bukhari, al-Darimi, dll nuqqad Salaf.

 

SYARAH HADITH

 

Menjadi Salafi dan memahiri ilmu Hadith tidak menghalang kita untuk mengambil manfaat daripada hadith ini.

 

Sang Imam nan Salafi di bumi Yaman nan diberkati, Imam Muhammad bin Ismail al-San'ani di dalam kitab beliau التنوير شرح الجامع الصغير

 

menjelaskan maksud يهتزّ منه العرش ~ menggegarkan Arasy, kata beliau:

 

أي يضطرب الملائكة حوله غيظًا منه لبغضه إليهم لما فيه من قطع الوصلة وتشتت الشمل، واهتزاز العرش قد يكون لعظمة الأمر الواقع سواء كان محبوباً أو مكروهاً، فمن الأول اهتزازه لموت سعد ومن الثاني ما ذكر، وفي الحديث دليل على كراهة الطلاق، والمراد لغير عذر.

 

"Iaitu (maksudnya adalah), bergegarlah para malaikat di keliling Arasy kerana marah atas dasar kebencian mereka terhadap perceraian suami-isteri yang memutuskan tali kasih sayang dan robohnya keutuhan rumahtangga.

 

Penggegaran Arasy berlaku kerana sesuatu yang besar, sama ada sesuatu itu disukai atau dibenci. Contoh perkara yang disukai ialah apabila kematian Saidina Saad, manakala contoh bagi perkara yang dibenci ialah apa yang dinyatakan ini (cerai–talak).

 

Hadith ini merupakan dalil bahawa syarak membenci penceraian, dan penceraian yang dimaksudkan oleh penceraian tanpa uzur (alasan yang munasabah)."

 

Imam al-San'ani bukan sahaja mentaqrir iktiqad Salaf bahkan mendukung dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab di Najd, dan ini kerapkali dibanggakan dan dimuliakan oleh Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan dalam kelas kitab at-Tauhid.

 

Selain itu, hadith ini juga dijadikan dalil sampingan bagi mengecam perbuatan cerai berwenang-wenang tanpa alasan yang munasabah, di sisi para fuqaha, muhaddithin dan mufassirin seperti al-Badr al-Ayni di dalam العمدة, al-Qurtubi dalam الجامع'.

 

Ini menambah lagi ihtimal kedaifannya yang boleh dimanfaatkan sekadar pendukung bicara, kerana mustahil para fuqaha bersepakat dalam berdusta atas nama baginda Rasul ﷺ.

 

KESIMPULAN

 

Boleh dibincangkan dan ditanbih secara ilmiah akan kedaifan hadith ini, tetapi tidak perlu diperbesarkan seakan-akan penyebarnya melakukan jenayah ilmiah atau dosa.

 

✍️ Muhammad Adam Iman عُفِي عَنْهُ

 

Ulasan Ustaz Muhammad Zulfadhli keatas tulisan Ust Adam Iman

 

Saya jarang berkomentar apabila timbul sesuatu polimik atau isu yang viral. Namun, isu berkenaan hadis "Talaq Bergegar 'Arasy" yang menyentuh soal perbahasan ilmu hadis benar-benar membuatkan diri terasa begitu jauh sekali masyarakat kita - terutamanya agamawan - dengan ilmu hadis. Untuk membahaskan berkenaan hadis palsu pun kita masih jauh daripada disiplin ilmu hadis, bagaimana pula jika mahu membahaskan berkenaan 'ilal hadis yang jauh lebih rumit dan lebih sukar untuk dipersembahkan kepada masyarakat.

 

Sebagai contoh, ada yang menukilkan bahawa Al-Khatib Al-Baghdadi menilai da'if hadis tersebut. Di mana Al-Khatib menyatakan sedemikian? Jika kita membuka Tarikh Baghdadi (jil. 14, hal. 93), di bawah biografi 'Amr bin Jumay' Abu 'Uthman Qadi, Al-Khatib Al-Baghdadi membawakan hadis tersebut melalui riwayat 'Amr bin Jumay'. Ada beberapa perkara pelu dilihat:

 

i- Al-Khatib Al-Baghdadi tidak memberikan apa-apa komentar terhadap status hadis tersebut.

ii- Al-Khatib Al-Baghdadi berkomentar tentang 'Amr bin Jumay':

"Beliau sering meriwayatkan riwayat-riwayat munkar daripada perawi-perawi masyhur dan riwayat-riwayat mawdu' daripada perawi-perawi thabat". (jil. 14, hal. 93)

 

iii- Al-Khatib Al-Baghdadi membawakan beberapa penilaian tokoh-tokoh hadis semisal Yahya bin Ma'in, Ya'qub bin Sufyan, Al-Nasa'i dan Al-Daraqutni berkenaan 'Amr bin Jumay'. Yahya bin Ma'in berkata: "Beliau sering menyampaikan (riwayat) dalam masjid, beliau seorang kaki dusta lagi jelek". (jil. 14, hal. 93)

 

iv- Apabila seseorang tokoh rijal semisal Al-Khatib Al-Baghdadi memasukkan hadis bagi seseorang perawi yang dibawakan antara tujuannya adalah untuk membuktikan kesilapan perawi berdasarkan hadis tersebut.

 

Hal ini sama seperti yang dilakukan oleh Ibn 'Adi dalam Al-Kamil Fi Du'afa' Al-Rijal ketika membawakan hadis talaq tersebut melalui riwayat 'Amr bin Jumay' (juz. 6, hal. 197) beserta hadis-hadis lain riwayat beliau, Ibn 'Adi menutup perbahasan biografi 'Amr bin Jumay' dengan kata beliau:

 

"'Amr bin Jumay' memiliki hadis-hadis lain yang saya tidak sebutkan, riwayat-riwayat beliau daripada orang yang beliau riwayatkan adlaah tidak mahfudh, keseluruhannya adalah munkar dan beliau ditohmah melakukan pemalsuan hadis". (juz. 6, hal. 199)

 

Contoh kedua, dinukilkan bahawa Al-Shawkani telah menilai da'if hadis tersebut. Sebaliknya, Al-Shawkani memasukkan hadis tersebut dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau, setelah itu beliau berkonentar:

 

"Dalam sanadnya terdapat 'Amr bin Jumay', beliau meriwayatkan riwayat-riwayat palsu daripada perawi-perawi thabat". (hal. 139)

 

Begitu juga, disandarkan kepada Al-Saghani penilaian da'if tersebut, sedangkan Al-Saghani sendiri memasukkannya dalam Al-Mawdu'at beliau. (hal. 60)

 

Hadis tersebut tidak hanya dinilai palsu oleh Ibn Al-Jawzi, bahkan ia diakui palsu oleh penulis kitab hadis palsu lain seperti Al-Zahabi (Talkhis Kitab Al-Mawdu'at, hal. 235), Al-Suyuti (Al-Laali' Al-Masnu'ah, juz. 2, hal. 151), Ibn 'Iraq (Tanzih Al-Syari'ah, juz. 2, hal. 202), Al-Fattani (Tazkirah Al-Mawdu'at, hal. 132)

 

Al-Hafidh Ahmad  Al-Siddiq Al-Ghumari turut menilai sebagai palsu (Al-Mughir, hal. 139-140) (Al-Mudawi, jil. 3, hal. 184)

 

Wallahua'lam.

 

Ulasan Ust Masri

 

 

Imam Ibnu 'Adiy al-Jurjaniy meriwayatkan dalam kitabnya Al-Kamil Fi Dhuafa' Al-Rijal, pada biografi 'Amru bin Jami', kata beliau:

 

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ الْحَمِيدِ الْغَضَائِرِيُّ ، قَالَ : ثَنَا أَبُو إِبْرَاهِيمَ التَّرْجُمَانِيُّ ، ثَنَا عَمْرُو بْنُ جُمَيْعٍ ، عَنْ جُوَيْبِرٍ ، عَنِ الضَّحَّاكِ ، عَنِ النَّزَّالِ ، عَنْ عَلِيٍّ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ

قَالَ : " تَزَوَّجُوا وَلا تُطَلِّقُوا، فَإِنَّ الطَّلاقَ يَهْتَزُّ مِنْهُ الْعَرْشُ

 

Berkahwinlah, dan janganlah kamu bercerai. Sesungguhnya penceraian menggegarkan 'Arsy.

 

Hadis ini turut diriwayatkan oleh Abu Nu'aim al-Asbahani dalam Tarikh Asbahan, dan Al-Khatib Al-Baghdadiy dalam Tarikh Baghdad, kedua-duanya daripada jalan Abu Ibrahim al-Tarjumaniy seperti sanad Ibnu 'Adiy di atas.

 

Kitab al-Kamil Fi Dhuafa' al-Rijal merupakan sebuah karya dalam disiplin ilmu hadis iaitu ilmu al-rijal, iaitu ilmu berkaitan perawi-perawi hadis. Para ulama mengumpulkan maklumat tentang periwayat-periwayat hadis untuk mengetahui tentang kredibliti periwayat tersebut dalam periwayatan hadis. Ini kerana salah satu elemen penting dalam penentuan kuat atau lemahnya sesuatu hadis ialah kebersambungan sanad (iaitu rantaian periwayatan hadis), dan kredibliti periwayat-periwayat yang ada dalam sanad tersebut. Lebih khusus lagi, dengan melihat nama karya Ibnu 'Adiy ini, maka kita mengetahui ia lebih khusus lagi iaitu beliau memfokuskan untuk mengumpulkan maklumat periwayat-periwayat yang lemah atau bermasalah.

 

Hadis ini rantaian periwayatannya (sanadnya) ialah seperti berikuta:

Ali r.a -> An-Nazzal -> Adh-Dhahhak -> Juwaibir -> 'Amru bin Jami' -> Abu Ibrahim al-Tarjumaniy

 

Ibnu 'Adiy meriwayatkan perkataan ulama pengkritik hadis berkaitan 'Amru bin Jami':

 

الكامل في ضعفاء الرجال (6/ 196)

حَدَّثَنَا ابن حماد ، حَدَّثَنا عباس ، عن يَحْيى ، قال شيخ يقال له عَمْرو بن جميع كان ببغداد وقع إلى حلوان ليس بثقة ، ولاَ مأمون.

حَدَّثَنَا ابن حماد ، قال : حَدَّثَنا عباس ، قَالَ : سَمِعْتُ يَحْيى يقول عَمْرو بن جميع صاحب الأَعْمَش وليث بن أبي سليم كان يحدث في المسجد وكان كذابا خبيثا يقال له الحلواني فكان قاضي حلوان.

قال النسائي عَمْرو بن جميع متروك الحديث.

 

Yahya bin Ma'in berkata: ليس بثقة ، ولاَ مأمون

Beliau tidak dipercayai.

Beliau jua menyatakan: وكان كذابا خبيثا

Beliau pendusta yang keji.

Al-Nasaie berkata: Matruk al-Hadis.

Ibnu Adiy menyimpulkan:

 

ولعمرو بن جميع أحاديث غير ما ذكرت رواياته عن من روى ليس بمحفوظة وعامتها مناكير وكان يتهم بوضعها.

 

'Amru bin Jami mempunyai hadis-hadis lain yang tidak aku sebutkan riwayatnya, di mana dia meriwayatkan daripada periwayat yang tidak terpelihara. Kebanyakannya adalah riwayat munkar. Amru bin Jami' tertuduh sebagai pemalsu hadis.

 

Mari kita lihat kitab-kitab rijal yang lain:

 

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menyebutkan dalam Lisan al-Mizan:

 

لسان الميزان لابن حجر(اتحقيق أبو غدة) (6/ 197)

عمرو بن جميع عن الأعمش وغيره يكنى أبا المنذر

 وقيل كنيته أبو عثمان كوفي وكان على قضاء حلوان كذبه يحيى بن معين وقال الدارقطني وجماعة متروك وقال بن عدي كان يتهم بالوضع وقال البخاري منكر الحديث

 

Yahya bin Ma'in menyatakan dia seorang pendusta/kazzab. Al-Daraquthni dan ulama-ulama lain menyatakan dia matruk/ditinggalkan. Ibnu 'Adiy menyatakan: Dia tertuduh sebagai pemalsu hadis. Al-Bukhari menyatakan dia Munkarul Hadis.

 

Ibnu Abi Hatim al-Raziy menyebutkan dalam al-Jarh wa al-Ta'dil

 

الجرح والتعديل (6/ 224)

1245 - عمرو بن جميع البصري قاضى حلوان روى عنه الكوفيون سمعت ابى يقول ذلك، قال أبو محمد روى عن الاعمش والليث (بن ابى سليم قرأ الدوري عن يحيى بن معين قال عمرو بن جميع الذى روى عن الاعمش والليث - 3) كان كذابا، نا عبد الرحمن قال سمعت ابى يقول عمرو بن جميع ضعيف الحديث.

 

Dia adalah pendusta. Ayahnya Abu Hatim al-Raziy pula berkata dia Dhaif al-Hadis.

 

Abu Nu'aim al-Asbahaniy berkata dalam Al-Dhua'fa':

 

الضعفاء للأصبهاني (ص: 119)

 168 - عمرو بن جميع يروي عن هشام المناكير حدث عنه محمد بن الصلت

 

Dia meriwayatkan daripada Hisyam riwayat-riwayat munkar.

Al-'Uqailiy menyatakan dalam Al-Dhua'fa':

 

1270- عمرو بن جميع كوفي.

حَدَّثنا محمد بن عيسى ، قال : حَدَّثَنا عباس ، قال : سَمِعْتُ يحيى قال عمرو بن جميع كذاب خبيث كان قاضي حلوان.

 

Yahya bin Ma'in menyatakan dia pendusta yang keji.

 

Ibnu Hibban menyatakan dalam al-Majruhin:

 

المجروحين (2/ 78)

 كان ممن يروى الموضوعات عن الاثبات والمناكير عن المشاهير لا يحل كتابة حديثه ولا الذكر عنه إلا على سبيل الاعتبار.

 

Dia meriwayatkan riwayat-riwayat palsu daripada perawi yang Atsbat, dan riwayat-riwayat yang munkar daripada perawi-perawi masyhur. Tidak boleh menulis hadisnya, atau menukilkan daripadanya kecuali untuk tujuan al-I'tibar (pengumpulan riwayat untuk melihat adakah ada penguat atau tidak).

 

Terdapat kecacatan lain pada sanad hadis ini, iaitu pada Juwaibir bin Sa'id, di mana 'Amru bin Jami' meriwayatkan daripada beliau.

 

Ibnu Hajar al-Asqalaniy menyatakan dalam al-Taqrib:

 

تقريب التهذيب (1/ 143)

987- جويبر تصغير جابر ويقال اسمه جابر وجويبر لقب ابن سعيد الأزدي أبو القاسم البلخي نزيل الكوفة راوي التفسير ضعيف جدا من الخامسة مات بعد الأربعين خد ق

 

Dia dhaif jiddan/sangat dhaif.

 

Beliau menyebutkan pula dalam Tahzib al-Tahzib:

 

تهذيب التهذيب ـ محقق (2/ 106)

قال عمرو ابن علي ما كان يحيى ولا عبدالرحمن يحدثان عنه وكذا قال أبو موسى وقال أبو طالب عن أحمد ما كان عن الضحاك فهو أيسر وما كان يسند عن النبي صلى الله عليه وسلم فهو منكر وقال عبدالله بن أحمد عن أبيه كان وكيع إذا أتى على حديث جويبر قال سفيان عن رجل لا يسميه استضعافا له وقال الدوري وغيره عن ابن معين ليس بشئ.

زاد الدوري ضعيف ما أقربه من جابر الجعفي وعبيدة الضبي وقال عبدالله بن علي بن المديني سألته يعني أباه عن جويبر فضعفه جدا.

قال وسمعت أبي يقول جويبر أكثر على الضحاك روى عنه أشياء مناكير وذكره يعقوب بن سفيان في باب من يرغب عن الرواية عنهم وقال الآجري عن أبي داود جويبر على ضعفه وقال النسائي وعلي بن الجنيد والدارقطني متروك وقال النسائي في موضع آخر ليس بثقة وقال ابن عدي والضعف على حديثه ورواياته بين.

 

Imam Ahmad berkata: Apa yang dia riwayatkan daripada Al-Dhahhak adalah lebih ringan, dan apa yang dia riwayat daripada Nabi s.a.w adalah munkar. Beliau menyatakan lagi, apabila datang hadis Juwaibir kepada Waki', Waki' akan berkata: Berkata Sufyan daripada seorang lelaki, dia tidak menyebutkan namanya sebagai petunjuk melemahkan perawi itu. Yahya bin Ma'in berkata: Dia tak ada apa-apa, dhaif. Ali bin al-Madini menyatakan Juwaibir tersangat lemah. Beliau jua menyatakan Juwaibir banyak meriwayatkan riwayat-riwayat munkar daripada al-Dhahhak. Ya'qub bin Sufyan menyebutkan beliau dalam bab sesiapa yang dibenci riwayat daripadanya. Abu Daud mendhaifkannya. Al-Nasaie, Al-Daraquthni menyatakan dia matruk/ditinggalkan. An-Nasaie pernah menyebutkan dia tidak thiqah. Ibnu 'Adiy berkata: Lemahnya hadis dan riwayat Juwaibir adalah jelas.

 

Berdasarkan masalah yang ada pada sanad hadis ini. Hadis penceraian menggegarkan Arsy adalah tersangat lemah, dan ia merupakan hadis yang matruk kerana periwayatnya tertuduh sebagai pendusta.

 

Penilaian ulama hadis kepada hadis ini.

 

- Yang menghukumnya sebagai palsu dengan lafaz yang jelas:

Ibnu Jauzi memuatkan riwayat ini dalam kitab al-Maudhu'at, di mana tujuan penulisannya adalah untuk mengumpulkan hadis-hadis palsu. Ia diikuti oleh al-Saghani dalam al-Maudhu'at, beliau berkata: Antara hadis-hadis palsu ialah perkataan mereka... (kemudian beliau terus menyebutkan matan-matan pelbagai hadis, sehingga sampai ke hadis yang dibincangkan ini).

Kemudiannya al-Fattani dalam Tadzkirah al-Maudhu'at menyatakan: Al-Saghani... menyatakan hadis ini palsu. kemudiannya al-Albani dalam al-Silsilah al-Dhaifah menyebut di dua tempat hadis ini palsu.

 

الموضوعات لابن الجوزي (2/ 277)

باب كراهية الطلاق أنبأنا القزاز أنبأنا أبو بكر الخطيب أنبأنا أحمد بن على بن عمر المقرى حدثنا الحسن بن سعيد الآدمى حدثنا محمد بن محمود الصيدلانى حدثنا أبو إبراهيم الترجمانى حدثنا عمرو بن جميع عن جويبر عن الضحاك عن النزال بن سبرة عن على بن أبى طالب رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له العرش ".

هذا حديث لا يصح.

وفيه آفات: الضحاك مجروح وجويبر ليس بشئ.

قال النسائي والدار قطني: جويبر وعمرو متروكان، وقال ابن عدى: كان عمرو ابن جميع يتهم بالوضع.

السلسة الضعيفة (1/ 149)

147- تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له العرش.

قال الألباني في سلسلة الأحاديث الضعيفة (1 / 278) : موضوع.

السلسة الضعيفة (2/ 232)

- تزوجوا ولا تطلقوا ، فإن الطلاق يهتز له العرش.

قال الألباني : (2 / 161) : مَوضُوعٌ ؛

الموضوعات للصغاني (ص: 35)

فمن الأحاديث الموضوعة قولهم

الموضوعات للصغاني (ص: 60)

97- ومنها قولهم تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له عرش الرحمن

تذكرة الموضوعات - الفتني (ص: 132)

الصغاني " تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له عرش الرحمن " موضوع.

 

- Yang tidak menyebutkan status hadis secara jelas, tetapi menyebutkan kecacatan hadis yang mana kecacatan itu membawa kepada status riwayat itu sebagai palsu.

 

Al-Shawkani dalam Al-Fawaid Al-Majmu'ah menyebutkan: 'Amru bin Jami' meriwayatkan hadis-hadis palsu daripada perawi atsbat. Bahkan nama kitab ini sendiri ialah al-Fawaid al-Majmu'ah Fi Al-Ahadits Al-Mawdhu'ah. Dalam mukadimah Al-Shawkani sudah memberi maklum bahawa jika ada hadis yang dihukum palsu tetapi sebenarnya tidak, maka beliau akan menyebutkannya. Adapun hadis ini, beliau terus menyebutkan kecacatannya tanpa ada mengkritik sesiapa yang menyatakan ia palsu.

Al-Suyuthi dalam Al-Laali Al-Mashnu'ah menyebutkan: Tidak sahih. Al-Khatib Al-Baghdadiy menyatakan 'Amru bin Jami' kazzab, meriwayatkan riwayat-riwayat munkar daripada perawi masyhur, dan palsu daripada perawi atsbat.

Al-Ghumari dalam Al-Mudawi: Beliau menyebutkan: Amru bin Jami' kazzab pemalsu hadis, Juwaibir pula matruk.

 

الفوائد المجموعة في الأحاديث الموضوعة 2 (ص: 66)

1 _ حديث : تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له العرش .

رواه الخطيب عن علي رضي الله عنه مرفوعاً وفي إسناده : عمرو ابن جميع يروي الموضوعات عن الأثبات .

المداوي لعلل الجامع الصغير وشرحي المناوي (3/ 269)

1408/ 3289 - "تَزَوَّجُوا وَلا تُطَلِّقُوا، فَإنَّ الطَّلَاقَ يَهْتَزُّ له العَرْشُ".

(عد) عن على

قال في الكبير: وكذا رواه أبو نعيم والديلمى.

قلت: الديلمى رواه [2/ 76، رقم 2112] عن الحداد عن أبي نعيم، وهو عنده في تاريخ أصبهان [1/ 157] من رواية عمرو بن جميع عن جويبر عن الضحاك عن النزال [بن سبرة] عن على به، وعمرو بن جميح كذاب وضاع وجويبر متروك.

اللآلي المصنوعة (2/ 151)

(الخطيب) أنبأنا علي بن أحمد بن عمر المقري حدثنا الحسن بن علي بن سعيد الأدمي حدثنا محمد بن محمود الصيدلاني حدثنا أبو إبراهيم الترجماني حدثنا عمرو بن جميع عن جويبر عن الضحاك عن النزال بن سبرة عن علي مرفوعا تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له العرش

لا يصح قال الخطيب عمرو بن جميع كذاب يروي المناكير عن المشاهير والموضوعات عن الإثبات

تنزيه الشريعة المرفوعة (2/ 200)

(15)حديث تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له العرش (خط) من حديث علي ولا يصح فيه عمرو بن جميع

 

 

Yang menyatakan ia dhaif:

 

Al-Sakhawi dalam al-Maqosid al-Hasanah menyatakan: Al-Dailamiy meriwayatkan daripada hadis Juwaibir daripada ad-Dhahhak daripada al-Nawwal, sanadnya dhaif.

Al-'Ajluniy berkata dalam Kashfu al-Khafa': Al-Dailamiy meriwayatkan daripada Ali secara marfu' dengan sanad yang dhaif. Dalam kitab yang sama beliau menyebutkan: Al-Shaghaniy menyatakan ia palsu. Al-Suyuthi dalam al-Jami' al-Saghir menukilkannya daripada Ibnu 'Adiy dengan sanad yang dhaif. Ibnu Jauzi menyatakan ia palsu.

 

المقاصد الحسنة للسخاوي (ص: 49)

وفي الباب أيضا عن علي رضي الله عنه رفعه ( تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز منه العرش ) أخرجه الديلمي من حديث جويبر عن الضحاك عن النوال عنه وسنده ضعيف

كشف الخفاء ومزيل الالباس عما اشتهر من الاحاديث على ألسنة الناس (1/ 29)

وروى الديلمي أيضا عن علي رفعه بسند ضعيف تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز منه العرش ،

كشف الخفاء ومزيل الالباس عما اشتهر من الاحاديث على ألسنة الناس (1/ 304)

 973 - (تزوجوا ولا تطلقوا ، فإن الطلاق يهتز له عرش الرحمن) قال الصغاني موضوع ، لكن عزاه في الجامع الصغير لابن عدي بسند ضعيف عن علي بلفظ تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز منه العرش ، وقال ابن الجوزي حديث موضوع

 

Terdapat pihak mendakwa bahawa Al-Khatib Al-Baghdadiy hanya mendhaifkan riwayat ini. Begitu jua didakwa al-Saghani, dan al-Shawkani berpendapat sedemikian. Perkataan al-Saghani, dan al-Shawkani telah disebutkan di atas. Hakikatnya, Al-Khatib jua tidak menyatakan sedemikian. Beliau tidak memberikan komentar kepada riwayat itu secara spesifik. Sebaliknya riwayat itu dibawakan ketika beliau membicarakan tentang status Amru bin Jami' sendiri. Dalam Tarikh Baghdad Al-Khatib menyebutkan tentang Amru bin Jami': Dia meriwayatkan riwayat-riwayat munkar daripada perawi masyhur, dan riwayat palsu daripada perawi atsbat.

 

وكان يروي المناكير عَنِ المشاهير، والموضوعات عَنِ الأثبات.

 

Kemudian beliau bawakan riwayat di atas. Kemudian beliau nukilkan kata-kata ulama hadis kepada 'Amru bin Jami'. Tidak ada dalam Tarikh Baghdad beliau menyatakan riwayat itu sekadar dhaif.

 

تاريخ بغداد (12/ 191)

 أَخْبَرَنَا عبيد اللَّه بْن عمر الواعظ، قَالَ : حَدَّثَنِي أبي، قَالَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّد بْن مخلد، قَالَ : حَدَّثَنَا العباس بْن مُحَمَّد، قَالَ : سمعت يحيى بْن معين، يقول : شيخ يقال له عمرو بْن جميع كان بغداديا وقع إلى حلوان ليس بثقة.

أَخْبَرَنَا مُحَمَّد بْن عبد الواحد، قَالَ : أَخْبَرَنَا مُحَمَّد بْن العباس، قَالَ : أَخْبَرَنَا أَحْمَد بْن سعيد بْن مرابا، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبَّاس بْن مُحَمَّد، قَالَ : سمعت يحيى بْن معين يقول : عمرو بْن جميع صاحب الأعمش، وصاحب ليث بن أبي سليم، كان يحدث في المسجد، وكان كذابا خبيثا، يقال له الحلواني، وكان قاضي حلوان.

أَخْبَرَنَا ابْن الفضل، قَالَ : أَخْبَرَنَا عبد اللَّه بْن جعفر، قَالَ : حَدَّثَنَا يعقوب بْن سفيان، قَالَ : باب من يرغب عَنِ الرواية عنهم وكنت أسمع أصحابنا يضعفونهم، منهم : الحسن بْن عمارة، وعمرو بْن جميع، كان قاضي حلوان.

أَخْبَرَنَا البرقاني، قَالَ : أَخْبَرَنَا أَحْمَد بْن سعيد بْن سعد، قَالَ : حَدَّثَنَا عبد الكريم بْن أَحْمَد بْن شعيب النسائي، قَالَ : حَدَّثَنَا أبي، قَالَ : عمرو بْن جميع متروك الحديث، كان وقع إلى حلوان.

وَأَخْبَرَنَا البرقاني، قَالَ : حَدَّثَنِي مُحَمَّد بْن أَحْمَد الآدمي، قَالَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّد بْن علي الإيادي، قَالَ : حَدَّثَنَا زكريا بْن يحيى الساجي، قَالَ : عمرو بْن جميع كان قاضي حلوان، وكان ببغداد جارا لخلف بْن سالم، قَالَ يحيى بْن معين : كان كذابا ليس بثقة، ولا مأمون.

قلت : روى عَبَّاس الدوري، عَنْ يحيى بْن معين أن جار خلف بْن سالم، يقال له : عمرو بْن مجمع أو ابْن جميع، وأنه لم يكن به بأس، وهو غير عمرو بْن جميع قاضي حلوان.

أَخْبَرَنَا الأزهري، قَالَ : أَخْبَرَنَا أَبُو الحسن الدارقطني، قَالَ : عمرو بْن جميع متروك الحديث.

 

Begitu jua dakwaan Ibn al-Qaisarani menyatakan riwayat ini sekadar dhaif. Sedangkan dalam Dzahiratul Huffaz beliau jika diteliti daripada awal kitab, beliau lebih menyebutkan sebab kecacatan hadis berbanding menyebutkan status hadis. Untuk hadis ini beliau menyatakan kecacatannya selepas menyebutkan matan hadis ini: 'Amru, Matruk al-Hadis.

 

 ذخيرة الحفاظ (2/ 1147)

 2434 - حديث : تزوجوا ، ولا تطلقوا ، فان الطلاق يهتز منه العرش . رواه عمرو بن جميع الحلواني : عن جويبر ، عن الضحاك ، عن النزال ، عن علي رضي الله عنه .

 وعمرو متروك الحديث .

 

Kesimpulan:

 

1- Hadis ini tersangat lemah. Sebahagian ulama hadis menilainya sebagai palsu atau mawdhu'. Jika tidak mahu dikatakan mawdhu' sekalipun, riwayat ini paling ringan disebutkan hadis matruk kerana perawinya adalah tertuduh sebagai pemalsu hadis.

2- Sebagaimana kanun penggunaan hadis dhaif dalam fadhail al-A'mal atau at-Targhib dan at-Tarhib yang disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani bahawa syarat pertama hadisnya mestilah sekadar dhaif ringan. Maka hadis ini sudah terkeluar daripadanya kerana kecacatannya sangat teruk sehingga dihukum palsu oleh sebahagian ulama.

3- Dakwaan bahawa al-Shawkani, al-Saghani, al-Khatib al-Baghdadiy, Ibn al-Qaisarani menyatakan riwayat ini sekadar dhaif adalah kenyataan yang melulu. Saya tidak tahu bagaimana dakwaan ini boleh muncul selepas saya membaca kenyataan-kenyataan ulama ini.

4- Mereka yang mahu mempertahankan pendapat riwayat ini sekadar dhaif dengan berhujah pada perkataan Imam al-Sakhawi dan al-Ajluniy, hendaklah membawa hujah untuk menentang pendapat yang kata ia palsu atau tersangat lemah atau matruk, bukan sekadar menukilkan pandangan al-Sakhawi tanpa dibawakan hujah mempertahankannya.

5- Dengan kemudahan yang ada, dengan pelbagai perisian memudahkan carian dan memeriksa status hadis oleh para ulama hadis, tiada lagi alasan atau keuzuran untuk penceramah menukilkan hadis terlalu lemah apatah lagi palsu dalam kuliah-kuliah mereka.

5- Terdapat hadis-hadis yang sahih menunjukkan tercelanya penceraian tanpa sebarang sebab yang perlu. Ia sudah cukup untuk memberikan peringatan kepada pasangan berkahwin, tanpa perlu memenatkan diri menukil riwayat yang terlalu bermasalah seperti ini.

 

Daripada Jabir r.a, Nabi s.a.w bersabda:

 

 إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا

تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ - قَالَ - فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ ‏"‏ ‏.‌‏.

 

Sesungguhnya iblis meletakkan arsynya di atas air, kemudian dia mengutus bala tenteranya. Yang paling dekat dengannya ialah yang paling besar menimbulkan fitnah@ujian. Salah satu tenteranya berkata: Aku sudah buat itu dan ini. Iblis membalas: Kau belum buat apa-apa pun. Kemudian datang salah seorang lagi lalu berkata: Tidaklah aku tinggalkan orang itu melainkan selepas aku pisahkan antara dia dan isterinya. Lalu iblis mendekatinya dan berkata: Kau terbaik!‏ [Sahih Muslim]

 

#MMMR

 

 

Ulasan Maulana Nasaie Hanaffie

 

Perselisihan Status Hadis

 

Sekali lagi polemik ini hangat dibahaskan di Malaysia sehari dua ini.

 

Seperti biasa, saya tidak mampu menulis panjang berkaitan hadis tersebut kerana saya tidak sempat untuk mengkajinya lagi.

 

***

 

Saya telah melihat video Dr. Rozaimi dan saya juga telah membaca hantaran FB ARG.

 

Pihak Dr. Rozaimi telah menyatakan sebab kenapa ramai ulama menilai hadis tersebut sebagai palsu atau sangat lemah.

 

Manakala, pihak ARG hanya menyatakan bahawa ramai ulama yang menilai hadis tersebut sebagai lemah sahaja. Namun, mereka tidak menyatakan sebab kenapa hadis itu dinilai lemah oleh para ulama yang mereka sebutkan.

 

Dalam ilmu hadis, wujudnya sesuatu hadis dalam kitab atau disebutkan hadis tersebut oleh seseorang ulama dalam kitab mereka, ia tidak menjanjikan bahawa hadis itu bukan palsu. Sebab itu, gerakan takhrij dan menyemak hadis giat dilakukan oleh para ulama sepanjang zaman.

 

Sepatutnya, pihak ARG membuat kesimpulan bahawa hadis tersebut adalah lemah  setelah dibahaskan sanadnya. Mungkin ada sanad lain yang hanya lemah dan tidak wujud dalamnya perawi yang dihukum atau ditohmah sebagai pendusta hadis.

 

Wallahu a’lam

 

* Kalau saya kaji pun, saya tak rasa yang kesimpulan saya akan jauh daripada apa yang Dr. Rozaimi simpulkan.

 

 

Ulasan Ust Dr. Umar Muhammad Noor

 

Beliau menukilkan perkataan Imam Az-Zahabi:

 


" ... siapa yang menuntut ilmu untuk akhirat, ilmu tersebut akan memakaikan kepadanya perasaan takut kepada Allah, dia juga akan bertenang dan merendah diri.  "Dan siapa yang menuntutnya untuk dunia, dia akan bersikap angkuh dengan ilmu itu; dia juga berbangga dan sombong serta merendahkan kaum muslimin kebanyakan. Perjalanannya akan berakhir dengan kerendahan dan kehinaan." (al-Muqizah h. 65)

 

 

 

Ulasan Dr. Muslim

 

Hadis ini antara hadis yang khilaf di kalangan ulama hadis. Ada yang menyatakan ia dhaif seperti imam al Sakhawi, dan ada yang menilainya sangat lemah dan ada menilainya palsu. Penilaian ini telah pun dikongsikan sebelum ini di group ini.

 

https://t.me/bicara_hadithMSO/681

 

Pendapat peribadi saya, hadis ini sangat dhaif. Tidak sekadar dhaif biasa, juga tidak sampai palsu. Untuk menilai status perawi seperti Amr bin Jumai' pula, kena juga melihat hadis hadis lain yang diriwayatkannya dan bagaimana ulama menilainya.

 

Contoh, ibnu Iraq disebut sebut menilai hadis ini sebagai palsu kerana beliau menyebut " tidak sahih kerana terdapat Amr bin Jumai'" dalam kitab yang khusus mengenai hadis palsu. Tetapi pada tempat lain, beliau menyebut hadis yang diriwayatkan oleh Amr bin Jumai' ini boleh dikuatkan dengan sokongan. Ini secara tidak langsung menunjukkan perawi ini bukanlah corfirm pemalsu hadis di sisi ibnu Iraq. Ini kerana hadis palsu tidak menerima sebarang sokongan. Kecualilah ia dhaif atau sangat dhaif.

 

(قلت) هُوَ من طَرِيق عَمْرو بن جَمِيع لكنه يتقوى بشواهده الْآتِيَة وَالله أعلم.

 

Ini boleh difahami bahawa tidak sahih oleh ibnu Iraq dalam hadis yang diriwayatkan oleh Amr bin Jumai' tidak bermaksud palsu secara automatik. Ini sebagai contoh saja. Masih memerlukan penelitian lanjut.

 

Walaupun tarjih mungkin berpihak kepada status palsu atau sangat dhaif, ia tidak sekali menghalang orang lain untuk bertaklid kepada imam Sakhawi sebagai contohnya. Ini perkara maklum dengan isu khilaf. Yang penting ia pendapat yang keluar dari ahli dan pakar bidang.

 

سبق به امام

 

Menggunakan atau menyebut hadis ini pula isu lain. Ada ulama yang menyebut hadis sangat dhaif atau palsu kerana terlepas pandang atau kurang pengetahuan dalam ilmu hadis seperti yang disebut oleh imam ibnu Hajar. Ada yang menyebut hadis yang tidak sepatutnya atau tidak menepati syarat untuk mendekatkan pembaca dan pendengar saja seperti yang dinyatakan oleh imam Nawawi.

 

Hadis ini jika dilihat dalam karya ulama dinyatakan dalam isu makruh talak tanpa sebab munasabah. Isu ini memang sabit melalui dalil dalil lain. Hadis bergegar arasy ini salah satu riwayat yang dinyatakan dalam BAB ini. Bukan menjadi hujah. Menyebut hadis ini hanya mendekatkan pembaca dan pendengar, atau istilahnya

 

يستأنس بالحديث

 

Menyebut hadis sangat dhaif dalam bab yang sabit asalnya bukanlah perkara asing dalam dunia akademik. Yang ni boleh rujuk kitab karangan Syeikh Awwamah mengenai penggunaan hadis dhaif. Lebih lebih lagi ada ulama hadis seperti Badruddin al Aini dalam Syarah Bukhari yang turut memuatkan hadis ini dalam bab "talak sebagai perkara harus yang sangat dibenci" sebagai mendekat dan menjinak pembaca dan pendengar.

 

وَالطَّلَاق أبْغض الْمُبَاحَات وَقَالَ رَسُول الله ﷺ: إِن من أبْغض الْحَلَال إِلَى الله الطَّلَاق، وَقَالَ: تزوجوا وَلَا تطلقوا فَإِن الطَّلَاق يَهْتَز مِنْهُ الْعَرْش، وَقَالَ: لَا تطلقوا النِّسَاء إلاَّ من رِيبَة فَإِن الله لَا يحب الذواقين وَلَا يحب الذواقات، وَقَالَ: مَا حلف بِالطَّلَاق وَلَا اسْتحْلف بِهِ إلاَّ مُنَافِق.

 

عمدة القاري شرح صحيح البخاري ٢٠/‏٢٢٦ — بدر الدين العيني ( - ٨٥٥)

 

Namun begitu, tidak dinafikan menggunakan hadis yang diterima atau sekadar dhaif lebih baik daripada hadis ini. Jika boleh elakkan penggunaan hadis sangat dhaif dan palsu yang dinilai oleh sebahagian besar ulama.

 

Wallahualam.


Sumber

FB Asatizah berkaitan

https://t.me/bicara_hadithMSO/681

Hadith kelebihan minum kopi?

 

 

Dalam Tarikh Ibnu Tayyib dikatakan:

 

يا قهوة تذهب هم الفتى # انت لحاوى العلم نعم المراد

شراب اهل الله فيه الشفا # لطالب الحكمة بين العباد

حرمها الله على جاهل # يقول بحرمتها بالعناد

 

“Kopi adalah penghilang kesusahan pemuda, senikmat-nikmatnya keinginan bagi engkau yang sedang mencari Ilmu”.

“Kopi adalah minuman Orang yang dekat pada Allah, didalamnya ada kesembuhan bagi pencari Hikmah diantara Manusia”.

“Kopi diharamkan bagi orang bodoh yang mengatakan keharamannya dengan keras kepala”.

 

Kita juga boleh melihat komentar Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami :

 

ثم اعلم ايها القلب المكروب أن هذه القهوه قد جعلها اهل الصفاء مجلبة للأسرار مذهبة للأكدار

 

Lalu ketahuilah duhai hati yang gelisah bahawa Kopi ini telah dijadikan oleh Ahli Shafwah (Orang-Orang yang bersih hatinya) sebagai pengundang akan datangnya Cahaya dan Rahasia Tuhan, penghapus kesusahan.

 

Suatu ketika As-Sayyid Ahmad bin Ali Bahr al-Qadimi berjumpa dengan Nabi Muhammad ﷺ dalam keadaan terjaga. Ia berkata kepada Nabi ﷺ: “Wahai Rasulullah, aku ingin mendengar Hadits darimu tanpa perantara”. Rasulullah ﷺ kemudian Bersabda: “Aku akan memberimu tiga Hadith yang salah satunya :Selama bau biji Kopi ini masih tercium aromanya di mulut seseorang, maka selama itu pula Malaikat akan Beristighfar (memintakan ampun) untukmu”.

 

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله واصحا به وسلم

 

(dr. hb. tongkat kauman malang jatim)

____________

 

 

Ulasan

 

Ini semua tidak benar sama sekali, berbicara tentang perkara ghaib itu memerlukan dalil dari wahyu bukan ucapan habib, cerita-cerita, hikayat-hikayat, apalagi hanya berupa mimpi-mimpi yang kita tidak ketahui kejelasannya secara ilmiyyah.

 

Disebutkan dalam salah satu fatwa:

 

القهوة لم تكن -قطعًا- على عهد النبي -صلى الله عليه وسلم-، وأنه ليس عنه ولا عن أحد من الصحابة ولا التابعين نص في مدحها أو ذمها؛ فما ذكر من أن الملائكة تستغفر لشاربها كلام باطل مقطوع ببطلانه ونكارته، وكذا ما يذكر من أن من يكره شربها ممسوس فهو من الأقوال المنكرة الباطلة، التي لا أصل لها، وكم من الفضلاء ممن يكرهون شرب القهوة، وكم منهم من يتعاطاها، والخلاصة: أنها من الشراب المباح الذي لا يمدح ولا يذم.

 

Kopi itu secara meyakinkan tidak ada di zaman Nabi ﷺ. Kopi tidak ada keterangan dari beliau tidak pula dari sahabat beliau tidak pula dari tabiin yang memuji ataupun mencela kopi. Apa yang disebutkan bahawa malaikat memintakan ampun bagi orang yang minum kopi adalah ucapan batil dan mungkar. Demikian pula apa yang disebutkan bahawa orang yang menolak minum kopi adalah orang dungu ini adalah ucapan yang batil lagi mungkar yang tidak ada asalnya sama sekali. Betapa banyak orang yang mulia tidak suka minum kopi, dan betapa banyak dari mereka yang menyukainya. Kesimpulannya, kopi ini adalah minuman yang mubah/boleh yang tidak ada dalil memuji ataupun mencelanya.

 

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 284716

Hadith keberkatan tidak ada pada makanan masih panas

 

 

Matan hadith

 

أبردوا بالطعامِ فإن الحارَّ لا بركةَ فيه

 

Terjemahan

 

Dinginkanlah makanan, sesungguhnya yang panas-panas tidak ada berkahnya

 

Takhrij

 

HR. ad-Dailami sepertimana disebutkan oleh as-Sakhawi dalam Maqasid al-Hasanah hal. 48, daripada Ibnu Umar ra

 

Muhammad Jarullah as-Sa'di dalam al-Nawafih al-'Ithrah no. 15 menilai hadith ini dhaif.

 

Begitu juga penilain dhaif diberikan oleh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 37, baik sanad dari Ibnu Umar, Jabir, Asma' , Abu Hurairah, Anas ra.

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...