Ust Adam Iman menuturkan:
Hadith tersebut diriwayatkan oleh
Imam Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa 5/122 juga sebahagian menyatakannya di
dalam Mu'jam al-Thabarani, daripada Saidina Ali b. Abi Talib كَرَّمَ اللهُ وَجْهَهُ
daripada Rasulullah ﷺ:
تزوجوا ولا تطلقوا، فإن الطلاق يهتز منه العرش
Berkahwinlah, dan janganlah
bercerai-berai kerana sesungguhnya talak itu menggegar Arasy
Para ulama berselisih pendapat
tentang status hadith ini. Ada yang menilainya ضعيف seperti al-Hafiz
al-Sakhawi, al-Khatib al-Baghdadi, Ibn al-Qaisarani, al-Syaukani, al-Saghani
dll.
Ada juga yang menilainya موضوع
seperti al-Hafiz Ibn al-Jauzi kerana kewujudan perawi yang bernama 'Amr bin
Jami' yang dituduh pendusta dan periwayat hadith-hadith yang diingkari,
penilaian tersebut didukung oleh al-Allamah al-Albani.
Kita tidak boleh menjazamkan
kepalsuannya, kerana khilaf yang kuat dalam kalangan muhaqqiqun ini. Kita juga
tidak menafikan kelemahannya dan itu harus diterangkan kepada umum.
Memisahkan hadith yang masih
diperselisihi status kedaifan atau kepalsuannya adalah tindakan yang absah lagi
tepat menurut manhaj muhaddithin. Adalah tidak tepat dan tidak cermat jika kita
membakulsampahkan semuanya sebagai palsu/dusta menurut ijtihad seorang ilmuwan,
dan menafikan autoriti perspektif ilmuwan lain.
Berhujah dengan hadith daif dalam
galakan dan ancaman ialah manhaj ulama Salaf al-Soleh, dan ia diwarisi oleh
ulama zaman-berzaman. Sesiapa yang mempunyai masalah dengan prinsip ini, dia
memiliki masalah dengan Ahmad ibn Hanbal, Waki' bin al-Jarrah, Sufyanayn,
al-Raziyayn, al-Bukhari, al-Darimi, dll nuqqad Salaf.
SYARAH HADITH
Menjadi Salafi dan memahiri ilmu
Hadith tidak menghalang kita untuk mengambil manfaat daripada hadith ini.
Sang Imam nan Salafi di bumi
Yaman nan diberkati, Imam Muhammad bin Ismail al-San'ani di dalam kitab beliau التنوير
شرح الجامع الصغير
menjelaskan maksud يهتزّ منه العرش
~ menggegarkan Arasy, kata beliau:
أي يضطرب الملائكة حوله غيظًا منه لبغضه
إليهم لما فيه من قطع الوصلة وتشتت الشمل، واهتزاز العرش قد يكون لعظمة الأمر الواقع
سواء كان محبوباً أو مكروهاً، فمن الأول اهتزازه لموت سعد ومن الثاني ما ذكر، وفي الحديث
دليل على كراهة الطلاق، والمراد لغير عذر.
"Iaitu (maksudnya adalah),
bergegarlah para malaikat di keliling Arasy kerana marah atas dasar kebencian
mereka terhadap perceraian suami-isteri yang memutuskan tali kasih sayang dan
robohnya keutuhan rumahtangga.
Penggegaran Arasy berlaku kerana
sesuatu yang besar, sama ada sesuatu itu disukai atau dibenci. Contoh perkara
yang disukai ialah apabila kematian Saidina Saad, manakala contoh bagi perkara
yang dibenci ialah apa yang dinyatakan ini (cerai–talak).
Hadith ini merupakan dalil bahawa
syarak membenci penceraian, dan penceraian yang dimaksudkan oleh penceraian
tanpa uzur (alasan yang munasabah)."
Imam al-San'ani bukan sahaja
mentaqrir iktiqad Salaf bahkan mendukung dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul
Wahhab di Najd, dan ini kerapkali dibanggakan dan dimuliakan oleh Syaikh Soleh
Fauzan al-Fauzan dalam kelas kitab at-Tauhid.
Selain itu, hadith ini juga
dijadikan dalil sampingan bagi mengecam perbuatan cerai berwenang-wenang tanpa
alasan yang munasabah, di sisi para fuqaha, muhaddithin dan mufassirin seperti
al-Badr al-Ayni di dalam العمدة, al-Qurtubi dalam الجامع'.
Ini menambah lagi ihtimal
kedaifannya yang boleh dimanfaatkan sekadar pendukung bicara, kerana mustahil
para fuqaha bersepakat dalam berdusta atas nama baginda Rasul ﷺ.
KESIMPULAN
Boleh dibincangkan dan ditanbih
secara ilmiah akan kedaifan hadith ini, tetapi tidak perlu diperbesarkan
seakan-akan penyebarnya melakukan jenayah ilmiah atau dosa.
✍️ Muhammad Adam Iman عُفِي عَنْهُ
Ulasan Ustaz Muhammad Zulfadhli
keatas tulisan Ust Adam Iman
Saya jarang berkomentar apabila
timbul sesuatu polimik atau isu yang viral. Namun, isu berkenaan hadis
"Talaq Bergegar 'Arasy" yang menyentuh soal perbahasan ilmu hadis
benar-benar membuatkan diri terasa begitu jauh sekali masyarakat kita -
terutamanya agamawan - dengan ilmu hadis. Untuk membahaskan berkenaan hadis
palsu pun kita masih jauh daripada disiplin ilmu hadis, bagaimana pula jika
mahu membahaskan berkenaan 'ilal hadis yang jauh lebih rumit dan lebih sukar
untuk dipersembahkan kepada masyarakat.
Sebagai contoh, ada yang
menukilkan bahawa Al-Khatib Al-Baghdadi menilai da'if hadis tersebut. Di mana
Al-Khatib menyatakan sedemikian? Jika kita membuka Tarikh Baghdadi (jil. 14,
hal. 93), di bawah biografi 'Amr bin Jumay' Abu 'Uthman Qadi, Al-Khatib Al-Baghdadi
membawakan hadis tersebut melalui riwayat 'Amr bin Jumay'. Ada beberapa perkara
pelu dilihat:
i- Al-Khatib Al-Baghdadi tidak
memberikan apa-apa komentar terhadap status hadis tersebut.
ii- Al-Khatib Al-Baghdadi
berkomentar tentang 'Amr bin Jumay':
"Beliau sering meriwayatkan
riwayat-riwayat munkar daripada perawi-perawi masyhur dan riwayat-riwayat
mawdu' daripada perawi-perawi thabat". (jil. 14, hal. 93)
iii- Al-Khatib Al-Baghdadi
membawakan beberapa penilaian tokoh-tokoh hadis semisal Yahya bin Ma'in, Ya'qub
bin Sufyan, Al-Nasa'i dan Al-Daraqutni berkenaan 'Amr bin Jumay'. Yahya bin
Ma'in berkata: "Beliau sering menyampaikan (riwayat) dalam masjid, beliau
seorang kaki dusta lagi jelek". (jil. 14, hal. 93)
iv- Apabila seseorang tokoh rijal
semisal Al-Khatib Al-Baghdadi memasukkan hadis bagi seseorang perawi yang
dibawakan antara tujuannya adalah untuk membuktikan kesilapan perawi
berdasarkan hadis tersebut.
Hal ini sama seperti yang
dilakukan oleh Ibn 'Adi dalam Al-Kamil Fi Du'afa' Al-Rijal ketika membawakan
hadis talaq tersebut melalui riwayat 'Amr bin Jumay' (juz. 6, hal. 197) beserta
hadis-hadis lain riwayat beliau, Ibn 'Adi menutup perbahasan biografi 'Amr bin
Jumay' dengan kata beliau:
"'Amr bin Jumay' memiliki
hadis-hadis lain yang saya tidak sebutkan, riwayat-riwayat beliau daripada
orang yang beliau riwayatkan adlaah tidak mahfudh, keseluruhannya adalah munkar
dan beliau ditohmah melakukan pemalsuan hadis". (juz. 6, hal. 199)
Contoh kedua, dinukilkan bahawa
Al-Shawkani telah menilai da'if hadis tersebut. Sebaliknya, Al-Shawkani
memasukkan hadis tersebut dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau,
setelah itu beliau berkonentar:
"Dalam sanadnya terdapat
'Amr bin Jumay', beliau meriwayatkan riwayat-riwayat palsu daripada
perawi-perawi thabat". (hal. 139)
Begitu juga, disandarkan kepada
Al-Saghani penilaian da'if tersebut, sedangkan Al-Saghani sendiri memasukkannya
dalam Al-Mawdu'at beliau. (hal. 60)
Hadis tersebut tidak hanya
dinilai palsu oleh Ibn Al-Jawzi, bahkan ia diakui palsu oleh penulis kitab
hadis palsu lain seperti Al-Zahabi (Talkhis Kitab Al-Mawdu'at, hal. 235),
Al-Suyuti (Al-Laali' Al-Masnu'ah, juz. 2, hal. 151), Ibn 'Iraq (Tanzih Al-Syari'ah,
juz. 2, hal. 202), Al-Fattani (Tazkirah Al-Mawdu'at, hal. 132)
Al-Hafidh Ahmad Al-Siddiq Al-Ghumari turut menilai sebagai
palsu (Al-Mughir, hal. 139-140) (Al-Mudawi, jil. 3, hal. 184)
Wallahua'lam.
Ulasan Ust Masri
Imam Ibnu 'Adiy al-Jurjaniy
meriwayatkan dalam kitabnya Al-Kamil Fi Dhuafa' Al-Rijal, pada biografi 'Amru
bin Jami', kata beliau:
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ الْحَمِيدِ الْغَضَائِرِيُّ
، قَالَ : ثَنَا أَبُو إِبْرَاهِيمَ التَّرْجُمَانِيُّ ، ثَنَا عَمْرُو بْنُ جُمَيْعٍ
، عَنْ جُوَيْبِرٍ ، عَنِ الضَّحَّاكِ ، عَنِ النَّزَّالِ ، عَنْ عَلِيٍّ ، عَنِ النَّبِيِّ
صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ
قَالَ : " تَزَوَّجُوا وَلا تُطَلِّقُوا، فَإِنَّ الطَّلاقَ
يَهْتَزُّ مِنْهُ الْعَرْشُ
Berkahwinlah, dan janganlah kamu
bercerai. Sesungguhnya penceraian menggegarkan 'Arsy.
Hadis ini turut diriwayatkan oleh
Abu Nu'aim al-Asbahani dalam Tarikh Asbahan, dan Al-Khatib Al-Baghdadiy dalam
Tarikh Baghdad, kedua-duanya daripada jalan Abu Ibrahim al-Tarjumaniy seperti
sanad Ibnu 'Adiy di atas.
Kitab al-Kamil Fi Dhuafa'
al-Rijal merupakan sebuah karya dalam disiplin ilmu hadis iaitu ilmu al-rijal,
iaitu ilmu berkaitan perawi-perawi hadis. Para ulama mengumpulkan maklumat
tentang periwayat-periwayat hadis untuk mengetahui tentang kredibliti periwayat
tersebut dalam periwayatan hadis. Ini kerana salah satu elemen penting dalam
penentuan kuat atau lemahnya sesuatu hadis ialah kebersambungan sanad (iaitu
rantaian periwayatan hadis), dan kredibliti periwayat-periwayat yang ada dalam
sanad tersebut. Lebih khusus lagi, dengan melihat nama karya Ibnu 'Adiy ini,
maka kita mengetahui ia lebih khusus lagi iaitu beliau memfokuskan untuk
mengumpulkan maklumat periwayat-periwayat yang lemah atau bermasalah.
Hadis ini rantaian periwayatannya
(sanadnya) ialah seperti berikuta:
Ali r.a -> An-Nazzal ->
Adh-Dhahhak -> Juwaibir -> 'Amru bin Jami' -> Abu Ibrahim
al-Tarjumaniy
Ibnu 'Adiy meriwayatkan perkataan
ulama pengkritik hadis berkaitan 'Amru bin Jami':
الكامل في ضعفاء الرجال (6/ 196)
حَدَّثَنَا ابن حماد ، حَدَّثَنا عباس ، عن يَحْيى ، قال
شيخ يقال له عَمْرو بن جميع كان ببغداد وقع إلى حلوان ليس بثقة ، ولاَ مأمون.
حَدَّثَنَا ابن حماد ، قال : حَدَّثَنا عباس ، قَالَ : سَمِعْتُ
يَحْيى يقول عَمْرو بن جميع صاحب الأَعْمَش وليث بن أبي سليم كان يحدث في المسجد وكان
كذابا خبيثا يقال له الحلواني فكان قاضي حلوان.
قال النسائي عَمْرو بن جميع متروك الحديث.
Yahya bin Ma'in berkata: ليس بثقة
، ولاَ مأمون
Beliau tidak dipercayai.
Beliau jua menyatakan: وكان كذابا
خبيثا
Beliau pendusta yang keji.
Al-Nasaie berkata: Matruk
al-Hadis.
Ibnu Adiy menyimpulkan:
ولعمرو بن جميع أحاديث غير ما ذكرت رواياته عن من روى ليس
بمحفوظة وعامتها مناكير وكان يتهم بوضعها.
'Amru bin Jami mempunyai
hadis-hadis lain yang tidak aku sebutkan riwayatnya, di mana dia meriwayatkan
daripada periwayat yang tidak terpelihara. Kebanyakannya adalah riwayat munkar.
Amru bin Jami' tertuduh sebagai pemalsu hadis.
Mari kita lihat kitab-kitab rijal
yang lain:
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani
menyebutkan dalam Lisan al-Mizan:
لسان الميزان لابن حجر(اتحقيق أبو غدة) (6/ 197)
عمرو بن جميع عن الأعمش وغيره يكنى أبا المنذر
وقيل كنيته أبو عثمان
كوفي وكان على قضاء حلوان كذبه يحيى بن معين وقال الدارقطني وجماعة متروك وقال بن عدي
كان يتهم بالوضع وقال البخاري منكر الحديث
Yahya bin Ma'in menyatakan dia
seorang pendusta/kazzab. Al-Daraquthni dan ulama-ulama lain menyatakan dia
matruk/ditinggalkan. Ibnu 'Adiy menyatakan: Dia tertuduh sebagai pemalsu hadis.
Al-Bukhari menyatakan dia Munkarul Hadis.
Ibnu Abi Hatim al-Raziy
menyebutkan dalam al-Jarh wa al-Ta'dil
الجرح والتعديل (6/ 224)
1245 - عمرو بن جميع البصري قاضى حلوان روى عنه الكوفيون
سمعت ابى يقول ذلك، قال أبو محمد روى عن الاعمش والليث (بن ابى سليم قرأ الدوري عن
يحيى بن معين قال عمرو بن جميع الذى روى عن الاعمش والليث - 3) كان كذابا، نا عبد الرحمن
قال سمعت ابى يقول عمرو بن جميع ضعيف الحديث.
Dia adalah pendusta. Ayahnya Abu
Hatim al-Raziy pula berkata dia Dhaif al-Hadis.
Abu Nu'aim al-Asbahaniy berkata
dalam Al-Dhua'fa':
الضعفاء للأصبهاني (ص: 119)
168 - عمرو بن جميع
يروي عن هشام المناكير حدث عنه محمد بن الصلت
Dia meriwayatkan daripada Hisyam
riwayat-riwayat munkar.
Al-'Uqailiy menyatakan dalam Al-Dhua'fa':
1270- عمرو بن جميع كوفي.
حَدَّثنا محمد بن عيسى ، قال : حَدَّثَنا عباس ، قال : سَمِعْتُ
يحيى قال عمرو بن جميع كذاب خبيث كان قاضي حلوان.
Yahya bin Ma'in menyatakan dia
pendusta yang keji.
Ibnu Hibban menyatakan dalam
al-Majruhin:
المجروحين (2/ 78)
كان ممن يروى الموضوعات
عن الاثبات والمناكير عن المشاهير لا يحل كتابة حديثه ولا الذكر عنه إلا على سبيل الاعتبار.
Dia meriwayatkan riwayat-riwayat
palsu daripada perawi yang Atsbat, dan riwayat-riwayat yang munkar daripada
perawi-perawi masyhur. Tidak boleh menulis hadisnya, atau menukilkan
daripadanya kecuali untuk tujuan al-I'tibar (pengumpulan riwayat untuk melihat
adakah ada penguat atau tidak).
Terdapat kecacatan lain pada
sanad hadis ini, iaitu pada Juwaibir bin Sa'id, di mana 'Amru bin Jami'
meriwayatkan daripada beliau.
Ibnu Hajar al-Asqalaniy
menyatakan dalam al-Taqrib:
تقريب التهذيب (1/ 143)
987- جويبر تصغير جابر ويقال اسمه جابر وجويبر لقب ابن سعيد
الأزدي أبو القاسم البلخي نزيل الكوفة راوي التفسير ضعيف جدا من الخامسة مات بعد الأربعين
خد ق
Dia dhaif jiddan/sangat dhaif.
Beliau menyebutkan pula dalam
Tahzib al-Tahzib:
تهذيب التهذيب ـ محقق (2/ 106)
قال عمرو ابن علي ما كان يحيى ولا عبدالرحمن يحدثان عنه وكذا
قال أبو موسى وقال أبو طالب عن أحمد ما كان عن الضحاك فهو أيسر وما كان يسند عن النبي
صلى الله عليه وسلم فهو منكر وقال عبدالله بن أحمد عن أبيه كان وكيع إذا أتى على حديث
جويبر قال سفيان عن رجل لا يسميه استضعافا له وقال الدوري وغيره عن ابن معين ليس بشئ.
زاد الدوري ضعيف ما أقربه من جابر الجعفي وعبيدة الضبي وقال
عبدالله بن علي بن المديني سألته يعني أباه عن جويبر فضعفه جدا.
قال وسمعت أبي يقول جويبر أكثر على الضحاك روى عنه أشياء
مناكير وذكره يعقوب بن سفيان في باب من يرغب عن الرواية عنهم وقال الآجري عن أبي داود
جويبر على ضعفه وقال النسائي وعلي بن الجنيد والدارقطني متروك وقال النسائي في موضع
آخر ليس بثقة وقال ابن عدي والضعف على حديثه ورواياته بين.
Imam Ahmad berkata: Apa yang dia
riwayatkan daripada Al-Dhahhak adalah lebih ringan, dan apa yang dia riwayat
daripada Nabi s.a.w adalah munkar. Beliau menyatakan lagi, apabila datang hadis
Juwaibir kepada Waki', Waki' akan berkata: Berkata Sufyan daripada seorang
lelaki, dia tidak menyebutkan namanya sebagai petunjuk melemahkan perawi itu.
Yahya bin Ma'in berkata: Dia tak ada apa-apa, dhaif. Ali bin al-Madini
menyatakan Juwaibir tersangat lemah. Beliau jua menyatakan Juwaibir banyak
meriwayatkan riwayat-riwayat munkar daripada al-Dhahhak. Ya'qub bin Sufyan
menyebutkan beliau dalam bab sesiapa yang dibenci riwayat daripadanya. Abu Daud
mendhaifkannya. Al-Nasaie, Al-Daraquthni menyatakan dia matruk/ditinggalkan.
An-Nasaie pernah menyebutkan dia tidak thiqah. Ibnu 'Adiy berkata: Lemahnya
hadis dan riwayat Juwaibir adalah jelas.
Berdasarkan masalah yang ada pada
sanad hadis ini. Hadis penceraian menggegarkan Arsy adalah tersangat lemah, dan
ia merupakan hadis yang matruk kerana periwayatnya tertuduh sebagai pendusta.
Penilaian ulama hadis kepada
hadis ini.
- Yang menghukumnya sebagai palsu
dengan lafaz yang jelas:
Ibnu Jauzi memuatkan riwayat ini
dalam kitab al-Maudhu'at, di mana tujuan penulisannya adalah untuk mengumpulkan
hadis-hadis palsu. Ia diikuti oleh al-Saghani dalam al-Maudhu'at, beliau
berkata: Antara hadis-hadis palsu ialah perkataan mereka... (kemudian beliau
terus menyebutkan matan-matan pelbagai hadis, sehingga sampai ke hadis yang
dibincangkan ini).
Kemudiannya al-Fattani dalam
Tadzkirah al-Maudhu'at menyatakan: Al-Saghani... menyatakan hadis ini palsu.
kemudiannya al-Albani dalam al-Silsilah al-Dhaifah menyebut di dua tempat hadis
ini palsu.
الموضوعات لابن الجوزي (2/ 277)
باب كراهية الطلاق أنبأنا القزاز أنبأنا أبو بكر الخطيب أنبأنا
أحمد بن على بن عمر المقرى حدثنا الحسن بن سعيد الآدمى حدثنا محمد بن محمود الصيدلانى
حدثنا أبو إبراهيم الترجمانى حدثنا عمرو بن جميع عن جويبر عن الضحاك عن النزال بن سبرة
عن على بن أبى طالب رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " تزوجوا
ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له العرش ".
هذا حديث لا يصح.
وفيه آفات: الضحاك مجروح وجويبر ليس بشئ.
قال النسائي والدار قطني: جويبر وعمرو متروكان، وقال ابن
عدى: كان عمرو ابن جميع يتهم بالوضع.
السلسة الضعيفة (1/ 149)
147- تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له العرش.
قال الألباني في سلسلة الأحاديث الضعيفة (1 / 278) : موضوع.
السلسة الضعيفة (2/ 232)
- تزوجوا ولا تطلقوا ، فإن الطلاق يهتز له العرش.
قال الألباني : (2 / 161) : مَوضُوعٌ ؛
الموضوعات للصغاني (ص: 35)
فمن الأحاديث الموضوعة قولهم
الموضوعات للصغاني (ص: 60)
97- ومنها قولهم تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له عرش
الرحمن
تذكرة الموضوعات - الفتني (ص: 132)
الصغاني " تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له عرش
الرحمن " موضوع.
- Yang tidak menyebutkan status
hadis secara jelas, tetapi menyebutkan kecacatan hadis yang mana kecacatan itu
membawa kepada status riwayat itu sebagai palsu.
Al-Shawkani dalam Al-Fawaid
Al-Majmu'ah menyebutkan: 'Amru bin Jami' meriwayatkan hadis-hadis palsu
daripada perawi atsbat. Bahkan nama kitab ini sendiri ialah al-Fawaid
al-Majmu'ah Fi Al-Ahadits Al-Mawdhu'ah. Dalam mukadimah Al-Shawkani sudah
memberi maklum bahawa jika ada hadis yang dihukum palsu tetapi sebenarnya
tidak, maka beliau akan menyebutkannya. Adapun hadis ini, beliau terus
menyebutkan kecacatannya tanpa ada mengkritik sesiapa yang menyatakan ia palsu.
Al-Suyuthi dalam Al-Laali
Al-Mashnu'ah menyebutkan: Tidak sahih. Al-Khatib Al-Baghdadiy menyatakan 'Amru
bin Jami' kazzab, meriwayatkan riwayat-riwayat munkar daripada perawi masyhur,
dan palsu daripada perawi atsbat.
Al-Ghumari dalam Al-Mudawi:
Beliau menyebutkan: Amru bin Jami' kazzab pemalsu hadis, Juwaibir pula matruk.
الفوائد المجموعة في الأحاديث الموضوعة 2 (ص: 66)
1 _ حديث : تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له العرش
.
رواه الخطيب عن علي رضي الله عنه مرفوعاً وفي إسناده : عمرو
ابن جميع يروي الموضوعات عن الأثبات .
المداوي لعلل الجامع الصغير وشرحي المناوي (3/ 269)
1408/ 3289 - "تَزَوَّجُوا وَلا تُطَلِّقُوا، فَإنَّ
الطَّلَاقَ يَهْتَزُّ له العَرْشُ".
(عد) عن على
قال في الكبير: وكذا رواه أبو نعيم والديلمى.
قلت: الديلمى رواه [2/ 76، رقم 2112] عن الحداد عن أبي نعيم،
وهو عنده في تاريخ أصبهان [1/ 157] من رواية عمرو بن جميع عن جويبر عن الضحاك عن النزال
[بن سبرة] عن على به، وعمرو بن جميح كذاب وضاع وجويبر متروك.
اللآلي المصنوعة (2/ 151)
(الخطيب) أنبأنا علي بن أحمد بن عمر المقري حدثنا الحسن بن
علي بن سعيد الأدمي حدثنا محمد بن محمود الصيدلاني حدثنا أبو إبراهيم الترجماني حدثنا
عمرو بن جميع عن جويبر عن الضحاك عن النزال بن سبرة عن علي مرفوعا تزوجوا ولا تطلقوا
فإن الطلاق يهتز له العرش
لا يصح قال الخطيب عمرو بن جميع كذاب يروي المناكير عن المشاهير
والموضوعات عن الإثبات
تنزيه الشريعة المرفوعة (2/ 200)
(15)حديث تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز له العرش (خط)
من حديث علي ولا يصح فيه عمرو بن جميع
Yang menyatakan ia dhaif:
Al-Sakhawi dalam al-Maqosid
al-Hasanah menyatakan: Al-Dailamiy meriwayatkan daripada hadis Juwaibir
daripada ad-Dhahhak daripada al-Nawwal, sanadnya dhaif.
Al-'Ajluniy berkata dalam Kashfu
al-Khafa': Al-Dailamiy meriwayatkan daripada Ali secara marfu' dengan sanad
yang dhaif. Dalam kitab yang sama beliau menyebutkan: Al-Shaghaniy menyatakan
ia palsu. Al-Suyuthi dalam al-Jami' al-Saghir menukilkannya daripada Ibnu 'Adiy
dengan sanad yang dhaif. Ibnu Jauzi menyatakan ia palsu.
المقاصد الحسنة للسخاوي (ص: 49)
وفي الباب أيضا عن علي رضي الله عنه رفعه ( تزوجوا ولا تطلقوا
فإن الطلاق يهتز منه العرش ) أخرجه الديلمي من حديث جويبر عن الضحاك عن النوال عنه
وسنده ضعيف
كشف الخفاء ومزيل الالباس عما اشتهر من الاحاديث على ألسنة
الناس (1/ 29)
وروى الديلمي أيضا عن علي رفعه بسند ضعيف تزوجوا ولا تطلقوا
فإن الطلاق يهتز منه العرش ،
كشف الخفاء ومزيل الالباس عما اشتهر من الاحاديث على ألسنة
الناس (1/ 304)
973 - (تزوجوا ولا
تطلقوا ، فإن الطلاق يهتز له عرش الرحمن) قال الصغاني موضوع ، لكن عزاه في الجامع الصغير
لابن عدي بسند ضعيف عن علي بلفظ تزوجوا ولا تطلقوا فإن الطلاق يهتز منه العرش ، وقال
ابن الجوزي حديث موضوع
Terdapat pihak mendakwa bahawa
Al-Khatib Al-Baghdadiy hanya mendhaifkan riwayat ini. Begitu jua didakwa
al-Saghani, dan al-Shawkani berpendapat sedemikian. Perkataan al-Saghani, dan
al-Shawkani telah disebutkan di atas. Hakikatnya, Al-Khatib jua tidak
menyatakan sedemikian. Beliau tidak memberikan komentar kepada riwayat itu
secara spesifik. Sebaliknya riwayat itu dibawakan ketika beliau membicarakan
tentang status Amru bin Jami' sendiri. Dalam Tarikh Baghdad Al-Khatib
menyebutkan tentang Amru bin Jami': Dia meriwayatkan riwayat-riwayat munkar
daripada perawi masyhur, dan riwayat palsu daripada perawi atsbat.
وكان يروي المناكير عَنِ المشاهير، والموضوعات عَنِ الأثبات.
Kemudian beliau bawakan riwayat
di atas. Kemudian beliau nukilkan kata-kata ulama hadis kepada 'Amru bin Jami'.
Tidak ada dalam Tarikh Baghdad beliau menyatakan riwayat itu sekadar dhaif.
تاريخ بغداد (12/ 191)
أَخْبَرَنَا عبيد
اللَّه بْن عمر الواعظ، قَالَ : حَدَّثَنِي أبي، قَالَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّد بْن مخلد،
قَالَ : حَدَّثَنَا العباس بْن مُحَمَّد، قَالَ : سمعت يحيى بْن معين، يقول : شيخ يقال
له عمرو بْن جميع كان بغداديا وقع إلى حلوان ليس بثقة.
أَخْبَرَنَا مُحَمَّد بْن عبد الواحد، قَالَ : أَخْبَرَنَا
مُحَمَّد بْن العباس، قَالَ : أَخْبَرَنَا أَحْمَد بْن سعيد بْن مرابا، قَالَ : حَدَّثَنَا
عَبَّاس بْن مُحَمَّد، قَالَ : سمعت يحيى بْن معين يقول : عمرو بْن جميع صاحب الأعمش،
وصاحب ليث بن أبي سليم، كان يحدث في المسجد، وكان كذابا خبيثا، يقال له الحلواني، وكان
قاضي حلوان.
أَخْبَرَنَا ابْن الفضل، قَالَ : أَخْبَرَنَا عبد اللَّه
بْن جعفر، قَالَ : حَدَّثَنَا يعقوب بْن سفيان، قَالَ : باب من يرغب عَنِ الرواية عنهم
وكنت أسمع أصحابنا يضعفونهم، منهم : الحسن بْن عمارة، وعمرو بْن جميع، كان قاضي حلوان.
أَخْبَرَنَا البرقاني، قَالَ : أَخْبَرَنَا أَحْمَد بْن سعيد
بْن سعد، قَالَ : حَدَّثَنَا عبد الكريم بْن أَحْمَد بْن شعيب النسائي، قَالَ : حَدَّثَنَا
أبي، قَالَ : عمرو بْن جميع متروك الحديث، كان وقع إلى حلوان.
وَأَخْبَرَنَا البرقاني، قَالَ : حَدَّثَنِي مُحَمَّد بْن
أَحْمَد الآدمي، قَالَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّد بْن علي الإيادي، قَالَ : حَدَّثَنَا
زكريا بْن يحيى الساجي، قَالَ : عمرو بْن جميع كان قاضي حلوان، وكان ببغداد جارا لخلف
بْن سالم، قَالَ يحيى بْن معين : كان كذابا ليس بثقة، ولا مأمون.
قلت : روى عَبَّاس الدوري، عَنْ يحيى بْن معين أن جار خلف
بْن سالم، يقال له : عمرو بْن مجمع أو ابْن جميع، وأنه لم يكن به بأس، وهو غير عمرو
بْن جميع قاضي حلوان.
أَخْبَرَنَا الأزهري، قَالَ : أَخْبَرَنَا أَبُو الحسن الدارقطني،
قَالَ : عمرو بْن جميع متروك الحديث.
Begitu jua dakwaan Ibn
al-Qaisarani menyatakan riwayat ini sekadar dhaif. Sedangkan dalam Dzahiratul
Huffaz beliau jika diteliti daripada awal kitab, beliau lebih menyebutkan sebab
kecacatan hadis berbanding menyebutkan status hadis. Untuk hadis ini beliau
menyatakan kecacatannya selepas menyebutkan matan hadis ini: 'Amru, Matruk
al-Hadis.
ذخيرة الحفاظ
(2/ 1147)
2434 - حديث : تزوجوا
، ولا تطلقوا ، فان الطلاق يهتز منه العرش . رواه عمرو بن جميع الحلواني : عن جويبر
، عن الضحاك ، عن النزال ، عن علي رضي الله عنه .
وعمرو متروك الحديث
.
Kesimpulan:
1- Hadis ini tersangat lemah.
Sebahagian ulama hadis menilainya sebagai palsu atau mawdhu'. Jika tidak mahu
dikatakan mawdhu' sekalipun, riwayat ini paling ringan disebutkan hadis matruk
kerana perawinya adalah tertuduh sebagai pemalsu hadis.
2- Sebagaimana kanun penggunaan
hadis dhaif dalam fadhail al-A'mal atau at-Targhib dan at-Tarhib yang
disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani bahawa syarat pertama hadisnya
mestilah sekadar dhaif ringan. Maka hadis ini sudah terkeluar daripadanya
kerana kecacatannya sangat teruk sehingga dihukum palsu oleh sebahagian ulama.
3- Dakwaan bahawa al-Shawkani,
al-Saghani, al-Khatib al-Baghdadiy, Ibn al-Qaisarani menyatakan riwayat ini
sekadar dhaif adalah kenyataan yang melulu. Saya tidak tahu bagaimana dakwaan
ini boleh muncul selepas saya membaca kenyataan-kenyataan ulama ini.
4- Mereka yang mahu
mempertahankan pendapat riwayat ini sekadar dhaif dengan berhujah pada
perkataan Imam al-Sakhawi dan al-Ajluniy, hendaklah membawa hujah untuk
menentang pendapat yang kata ia palsu atau tersangat lemah atau matruk, bukan
sekadar menukilkan pandangan al-Sakhawi tanpa dibawakan hujah
mempertahankannya.
5- Dengan kemudahan yang ada,
dengan pelbagai perisian memudahkan carian dan memeriksa status hadis oleh para
ulama hadis, tiada lagi alasan atau keuzuran untuk penceramah menukilkan hadis
terlalu lemah apatah lagi palsu dalam kuliah-kuliah mereka.
5- Terdapat hadis-hadis yang
sahih menunjukkan tercelanya penceraian tanpa sebarang sebab yang perlu. Ia
sudah cukup untuk memberikan peringatan kepada pasangan berkahwin, tanpa perlu
memenatkan diri menukil riwayat yang terlalu bermasalah seperti ini.
Daripada Jabir r.a, Nabi s.a.w
bersabda:
إِنَّ إِبْلِيسَ
يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً
أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ
مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا
تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ
- قَالَ - فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ " ..
Sesungguhnya iblis meletakkan
arsynya di atas air, kemudian dia mengutus bala tenteranya. Yang paling dekat
dengannya ialah yang paling besar menimbulkan fitnah@ujian. Salah satu
tenteranya berkata: Aku sudah buat itu dan ini. Iblis membalas: Kau belum buat
apa-apa pun. Kemudian datang salah seorang lagi lalu berkata: Tidaklah aku
tinggalkan orang itu melainkan selepas aku pisahkan antara dia dan isterinya.
Lalu iblis mendekatinya dan berkata: Kau terbaik! [Sahih Muslim]
#MMMR
Ulasan Maulana Nasaie Hanaffie
Perselisihan Status Hadis
Sekali lagi polemik ini hangat
dibahaskan di Malaysia sehari dua ini.
Seperti biasa, saya tidak mampu
menulis panjang berkaitan hadis tersebut kerana saya tidak sempat untuk
mengkajinya lagi.
***
Saya telah melihat video Dr.
Rozaimi dan saya juga telah membaca hantaran FB ARG.
Pihak Dr. Rozaimi telah
menyatakan sebab kenapa ramai ulama menilai hadis tersebut sebagai palsu atau
sangat lemah.
Manakala, pihak ARG hanya
menyatakan bahawa ramai ulama yang menilai hadis tersebut sebagai lemah sahaja.
Namun, mereka tidak menyatakan sebab kenapa hadis itu dinilai lemah oleh para
ulama yang mereka sebutkan.
Dalam ilmu hadis, wujudnya
sesuatu hadis dalam kitab atau disebutkan hadis tersebut oleh seseorang ulama
dalam kitab mereka, ia tidak menjanjikan bahawa hadis itu bukan palsu. Sebab
itu, gerakan takhrij dan menyemak hadis giat dilakukan oleh para ulama sepanjang
zaman.
Sepatutnya, pihak ARG membuat
kesimpulan bahawa hadis tersebut adalah lemah
setelah dibahaskan sanadnya. Mungkin ada sanad lain yang hanya lemah dan
tidak wujud dalamnya perawi yang dihukum atau ditohmah sebagai pendusta hadis.
Wallahu a’lam
* Kalau saya kaji pun, saya tak
rasa yang kesimpulan saya akan jauh daripada apa yang Dr. Rozaimi simpulkan.
Ulasan Ust Dr. Umar Muhammad Noor
Beliau menukilkan perkataan Imam
Az-Zahabi:
" ... siapa yang menuntut
ilmu untuk akhirat, ilmu tersebut akan memakaikan kepadanya perasaan takut
kepada Allah, dia juga akan bertenang dan merendah diri. "Dan siapa yang menuntutnya untuk dunia,
dia akan bersikap angkuh dengan ilmu itu; dia juga berbangga dan sombong serta
merendahkan kaum muslimin kebanyakan. Perjalanannya akan berakhir dengan
kerendahan dan kehinaan." (al-Muqizah h. 65)
Ulasan Dr. Muslim
Hadis ini antara hadis yang
khilaf di kalangan ulama hadis. Ada yang menyatakan ia dhaif seperti imam al
Sakhawi, dan ada yang menilainya sangat lemah dan ada menilainya palsu.
Penilaian ini telah pun dikongsikan sebelum ini di group ini.
https://t.me/bicara_hadithMSO/681
Pendapat peribadi saya, hadis ini
sangat dhaif. Tidak sekadar dhaif biasa, juga tidak sampai palsu. Untuk menilai
status perawi seperti Amr bin Jumai' pula, kena juga melihat hadis hadis lain
yang diriwayatkannya dan bagaimana ulama menilainya.
Contoh, ibnu Iraq disebut sebut
menilai hadis ini sebagai palsu kerana beliau menyebut " tidak sahih
kerana terdapat Amr bin Jumai'" dalam kitab yang khusus mengenai hadis
palsu. Tetapi pada tempat lain, beliau menyebut hadis yang diriwayatkan oleh
Amr bin Jumai' ini boleh dikuatkan dengan sokongan. Ini secara tidak langsung
menunjukkan perawi ini bukanlah corfirm pemalsu hadis di sisi ibnu Iraq. Ini
kerana hadis palsu tidak menerima sebarang sokongan. Kecualilah ia dhaif atau
sangat dhaif.
(قلت) هُوَ من طَرِيق عَمْرو بن جَمِيع لكنه يتقوى بشواهده
الْآتِيَة وَالله أعلم.
Ini boleh difahami bahawa tidak
sahih oleh ibnu Iraq dalam hadis yang diriwayatkan oleh Amr bin Jumai' tidak
bermaksud palsu secara automatik. Ini sebagai contoh saja. Masih memerlukan
penelitian lanjut.
Walaupun tarjih mungkin berpihak
kepada status palsu atau sangat dhaif, ia tidak sekali menghalang orang lain
untuk bertaklid kepada imam Sakhawi sebagai contohnya. Ini perkara maklum
dengan isu khilaf. Yang penting ia pendapat yang keluar dari ahli dan pakar
bidang.
سبق به امام
Menggunakan atau menyebut hadis
ini pula isu lain. Ada ulama yang menyebut hadis sangat dhaif atau palsu kerana
terlepas pandang atau kurang pengetahuan dalam ilmu hadis seperti yang disebut
oleh imam ibnu Hajar. Ada yang menyebut hadis yang tidak sepatutnya atau tidak
menepati syarat untuk mendekatkan pembaca dan pendengar saja seperti yang
dinyatakan oleh imam Nawawi.
Hadis ini jika dilihat dalam
karya ulama dinyatakan dalam isu makruh talak tanpa sebab munasabah. Isu ini
memang sabit melalui dalil dalil lain. Hadis bergegar arasy ini salah satu
riwayat yang dinyatakan dalam BAB ini. Bukan menjadi hujah. Menyebut hadis ini
hanya mendekatkan pembaca dan pendengar, atau istilahnya
يستأنس بالحديث
Menyebut hadis sangat dhaif dalam
bab yang sabit asalnya bukanlah perkara asing dalam dunia akademik. Yang ni
boleh rujuk kitab karangan Syeikh Awwamah mengenai penggunaan hadis dhaif.
Lebih lebih lagi ada ulama hadis seperti Badruddin al Aini dalam Syarah Bukhari
yang turut memuatkan hadis ini dalam bab "talak sebagai perkara harus yang
sangat dibenci" sebagai mendekat dan menjinak pembaca dan pendengar.
وَالطَّلَاق أبْغض الْمُبَاحَات وَقَالَ رَسُول الله ﷺ: إِن
من أبْغض الْحَلَال إِلَى الله الطَّلَاق، وَقَالَ: تزوجوا وَلَا تطلقوا فَإِن الطَّلَاق
يَهْتَز مِنْهُ الْعَرْش، وَقَالَ: لَا تطلقوا النِّسَاء إلاَّ من رِيبَة فَإِن الله
لَا يحب الذواقين وَلَا يحب الذواقات، وَقَالَ: مَا حلف بِالطَّلَاق وَلَا اسْتحْلف
بِهِ إلاَّ مُنَافِق.
عمدة القاري شرح صحيح البخاري ٢٠/٢٢٦ — بدر الدين العيني
( - ٨٥٥)
Namun begitu, tidak dinafikan
menggunakan hadis yang diterima atau sekadar dhaif lebih baik daripada hadis
ini. Jika boleh elakkan penggunaan hadis sangat dhaif dan palsu yang dinilai
oleh sebahagian besar ulama.
Wallahualam.
Sumber
FB Asatizah berkaitan
https://t.me/bicara_hadithMSO/681
Barakallah fik. Semangat postingnya
ReplyDelete