Dalam Tarikh Ibnu Tayyib
dikatakan:
يا قهوة تذهب هم الفتى # انت لحاوى العلم نعم المراد
شراب اهل الله فيه الشفا # لطالب الحكمة بين العباد
حرمها الله على جاهل # يقول بحرمتها بالعناد
“Kopi adalah penghilang kesusahan
pemuda, senikmat-nikmatnya keinginan bagi engkau yang sedang mencari Ilmu”.
“Kopi adalah minuman Orang yang
dekat pada Allah, didalamnya ada kesembuhan bagi pencari Hikmah diantara
Manusia”.
“Kopi diharamkan bagi orang bodoh
yang mengatakan keharamannya dengan keras kepala”.
Kita juga boleh melihat komentar
Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami :
ثم اعلم ايها القلب المكروب أن هذه القهوه قد جعلها اهل الصفاء
مجلبة للأسرار مذهبة للأكدار
Lalu ketahuilah duhai hati yang
gelisah bahawa Kopi ini telah dijadikan oleh Ahli Shafwah (Orang-Orang yang
bersih hatinya) sebagai pengundang akan datangnya Cahaya dan Rahasia Tuhan,
penghapus kesusahan.
Suatu ketika As-Sayyid Ahmad bin
Ali Bahr al-Qadimi berjumpa dengan Nabi Muhammad ﷺ dalam keadaan terjaga. Ia
berkata kepada Nabi ﷺ: “Wahai Rasulullah, aku ingin mendengar Hadits darimu
tanpa perantara”. Rasulullah ﷺ kemudian Bersabda: “Aku akan memberimu tiga
Hadith yang salah satunya :“Selama
bau biji Kopi ini masih tercium aromanya di mulut seseorang, maka selama itu
pula Malaikat akan Beristighfar (memintakan ampun) untukmu”.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله واصحا به وسلم
(dr. hb. tongkat kauman malang
jatim)
____________
Ulasan
Ini semua tidak benar sama
sekali, berbicara tentang perkara ghaib itu memerlukan dalil dari wahyu bukan
ucapan habib, cerita-cerita, hikayat-hikayat, apalagi hanya berupa mimpi-mimpi
yang kita tidak ketahui kejelasannya secara ilmiyyah.
Disebutkan dalam salah satu
fatwa:
القهوة لم تكن -قطعًا- على عهد النبي -صلى الله عليه وسلم-،
وأنه ليس عنه ولا عن أحد من الصحابة ولا التابعين نص في مدحها أو ذمها؛ فما ذكر من
أن الملائكة تستغفر لشاربها كلام باطل مقطوع ببطلانه ونكارته، وكذا ما يذكر من أن من
يكره شربها ممسوس فهو من الأقوال المنكرة الباطلة، التي لا أصل لها، وكم من الفضلاء
ممن يكرهون شرب القهوة، وكم منهم من يتعاطاها، والخلاصة: أنها من الشراب المباح الذي
لا يمدح ولا يذم.
Kopi itu secara meyakinkan tidak
ada di zaman Nabi ﷺ. Kopi tidak ada keterangan dari beliau tidak pula dari
sahabat beliau tidak pula dari tabiin yang memuji ataupun mencela kopi. Apa
yang disebutkan bahawa malaikat memintakan ampun bagi orang yang minum kopi
adalah ucapan batil dan mungkar. Demikian pula apa yang disebutkan bahawa orang
yang menolak minum kopi adalah orang dungu ini adalah ucapan yang batil lagi
mungkar yang tidak ada asalnya sama sekali. Betapa banyak orang yang mulia
tidak suka minum kopi, dan betapa banyak dari mereka yang menyukainya.
Kesimpulannya, kopi ini adalah minuman yang mubah/boleh yang tidak ada dalil
memuji ataupun mencelanya.
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 284716
No comments:
Post a Comment