Friday 12 January 2024

Hadith Nabi saw penghulu bagi nabi-nabi

 

 

Apakah status hadith ini?

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 

أنا سيّد الاولين والاخرين من النبين  

 

Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah ﷺ bersabda: “Aku adalah penghulu nabi-nabi yang terdahulu dan yang akan datang" (HR Musnad Ad-Dailami)

 

 

Takhrij

 

Saya tak jumpa hadith dengan matan dan dari sahabat seperti yang ditanyakan, tetapi ada hadith yang hampir semakna iaitu:

 

Sabda Baginda s.a.w 

 

إذا صلَّيتُم علَيَّ فأَحسِنوا الصَّلاةَ فإنَّكم لا تَدرونَ لعلَّ ذلِك يُعرضُ عليَّ قولوا اللَّهمَّ اجعل صلاتَك ورحمتَك وبرَكاتِك على سيِّدِ المرسلينَ وإمامِ المتَّقينَ وخاتمِ النَّبيِّينَ عبدِك ورسولِك إمامِ الخيرِ وقائدِ الخيرِ ورسولِ الرَّحمةِ اللَّهمَّ ابعثهُ المقام المَحمود يغبِطُه بهِ الأوَّلونَ والآخِرونَ

 

apabila kamu berselawat kepadaku maka ucapkanlah dengan sebaik-baiknya kerana kamu tidak tahu bahawa mungkin selawat itu dihadapkan kepadaku, ucapkanlah, Ya Allah, turunkanlah rahmat dan berkat engkau untuk penghulu sekalian rasul, imam sekalian orang yang taqwa, nabi yang paling akhir, hambamu dan rasulmu, imam segala macam kebaikan, rasul yang membawa rahmat. Ya Allah, angkatlah beliau itu ketempat yang terpuji yang diinginkan orang-orang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian (HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus sepertimana disebutkan dalam Ianatuth Thalibin 1/12, Ibnu Majah no. 906, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 8594, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 1550, dari Ibnu Mas'ud ra. Mauquf menurut as-Sakhawi, al-Mughlataiy, Ibnu Taimiyah, al-Albani pula menilainya dhaif mauquf).

 

dan,

 

Sabda Baginda s.a.w

 

الا وانا حبيب الله ولا فخر, وانا حامل لوآء الحمد يوم القيامة ولا فخر, وانا اول شافع, واول مشفع يوم القيامة ولا فخر, وانا اول من يحرك حلق الجنة فيفتح الله لى فيدخلنيها ومعى فقراء الموُمنين ولا فخر, وانا اكرم الاولين والاخرين ولا فخر.

 

ketahuilah bahawasanya saya adalah kekasih Allah, ini bukan membanggakan diri, saya pemegang panji-panji kepujian pada hari qiamat, dan saya adalah orang yang pertama yang memberi syafa’at, dan orang yang mula-mula diterima syafa’atnya di hari qiamat, ini bukan membangga. Dan saya adalah orang yang mula-mula menggerakkan kunci syurga, maka Tuhan membukanya dan masuklah saya bersama orang-orang mukmin yang faqir, ini bukan membangga, saya adalah orang-orang yang paling mulia diantara orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang kemudian, ini bukan membangga. (HR. Tirmidzi no. 3616, ad-Darimi no. 47, dari Ibnu Abbas ra, gharib menurut Imam Tirmidzi, dhaif menurut al-Albani, al-Wadi'ie, al-Arnauth).

 

 

Sabda Baginda s.a.w :

 

أنا سيد ولد ادم يوم القيامة و لا فخر, وما من بني يومئذ ادم فمن سواه إلا تحت لوئي , وأنا أول شافع و مشفع و لا فخر

 

Aku adalah penghulu anak adam di hari qiamat kelak tiada sebarang kebanggaan. Di tanganku panji kepujian dan tiada kemegahan. Dan tiada dari para Nabi di hari tersebut bermula Nabi Adam a.s dan selain Nabi Adam a.s melainkan di bawah panjiku. Dan aku adalah orang pertama memberi syafaat dan aku orang pertama yang diterima syafaatnya, tiada sebarang kebanggaan” (HR.  Ahmad no. 10987, Tirmidzi no. 3615, Ibnu Majah no. 4308 dari Abu Said al-Khudri ra, sahih Imam Tirmidzi, al-Arnauth)

 

 

Sabda Baginda s.a.w :

 

أنا قائد المرسلين و لا فخر و أنا خاتم النبيين و لا فخر وأنا أول شافع و مشفع و لا فخر

 

“Aku adalah pemimpin para rasul, tiada sebarang kebanggaan, dan aku adalah penutup sekelian nabi dan tiada kebanggaan dan aku adalah orang pertama yang memberi syafaat dan orang pertama yang diterima syafaatnya” (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 1/61 dari Jabir, dhaif at-Thabarani, al-Albani, al-Arnauth, al-Wadi'ie)

 

Sabda Baginda s.a.w

 

إذا كان يومُ القِيامةِ كُنْتُ إمامَ النبيِّينَ وخَطيبَهم، وصاحبَ شَفاعتِهم غيرَ فَخرٍ

 

Apabila hari kiamat tiba, maka saya adalah imam nabi-nabi sewaktu itu, juru bicaranya, dan pemberi syafa’at kepada mereka, ini dikhabarkan, bukan untuk membanggakan diri (HR. Ahmad no. 21247, Tirmidzi no. 3613, Ibnu Majah no. 4314 dari Ubai bin Ka'ab ra, sahih Imam Tirmidzi, al-Arnauth)

No comments:

Post a Comment

Hadith pahala seperti 50 orang sahabat

  Matan hadith   عن أبي أميَّةَ الشَّعبانيِّ سألتُ أبا ثعلبةَ الخشني فقلت يا أبا ثعلبة كيفَ تقولُ في هذِهِ الآيةِ عليْكم أنفسَكم قالَ أم...