Friday 12 January 2024

Al-Qurthubi berlebihan ketika mengomentari sikap Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait

 

Ketika mengulas hadith berikut:

 

إني تارك فيكم خليفتين : كتاب الله حبل ممدود ما بين السماء والأرض، وعترتي أهل بيتي، وإنهما لن يتفرقا حتى يردا على الحوض.

 

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua khalifah, kitabullah (al-Quran) merupakan tali yang terbentang antara langit dan bumi, dan itrahku ahlul baitku (keluargaku) sesungguhya keduanya tidak akan berpisah sampai keduanya datang di telaga haudh"

 

Selanjutnya beliau mengatakan dalam al-Mufhim 6/304, 6/310:

 

قال القرطبي : وهذه الوصية وهذا التأكيد العظيم يقتضي وجوب احترام أهله وإبرارهم وتوقيرهم ومحبتهم وجوب الفروض المؤكدة التي لا عذر لأحد في التخلف عنها هذا مع ما علم من خصوصيتهم بالنبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم وبأنهم جزء منه

 

Wasiat ini dan penegasan besar ini diikuti dengan kewajipan memberikan penghormatan kepada ahlinya, melayan mereka dengan baik, bersopan santun dengan mereka, dan mengasihi mereka telah menjadi sebuah kewajipan tegas yang mana tidak seorang pun diizinkan bertindak sebaliknya. Ini juga adalah seperti mana yang sudah diketahui ciri-ciri keistimewaan mereka dengan Nabi (s.a.w), bahawa mereka adalah sebahagian daripada baginda...

 

Iaitu Al-Qurtubi menyatakan sikap Ahlusunnah terhadap Ahlul Bait, seterusnya beliau melanjutkan:

 

كما قال : " فاطمة بضعة مني " ومع ذلك فقابل بنو أمية عظيم هذه الحقوق بالمخالفة والعقوق فسفكوا من أهل البيت دماءهم وسبوا نساءهم وأسروا صغارهم وخربوا ديارهم وجحدوا شرفهم وفضلهم واستباحوا سبهم ولعنهم فخالفوا المصطفى صلى الله عليه و سلم في وصيته

 

"Sepertimana sabda Nabi: Fatimah sebahagian daripadaku, sementara itu Bani Umayyah menerima keagungan ini dengan menentangnya dan mengkhianatinya, menumpahkan darah Ahlul Bait, menghina perempuan mereka, menawan kanak-kanak mereka, memusnahkan rumah mereka, menyangkal kemuliaan dan kelebihan mereka, membolehkan penghinaan atas mereka dan melaknat mereka. Maka Bani Umayyah menderhakai wasiat Nabi Muhammad (s.a.w).

 

Penjelasan

 

Adapun riwayat yang menyatakan bahawa Yazid merendahkan perempuan-perempuan Ahlul Bait lalu membawa mereka ke Syam, ini adalah riwayat yang batil. Bani Umayyah (keluarga Yazid) selalu memuliakan Bani Hasyim (keluarga Rasulullah ﷺ) (Minhajus Sunnah (Ibnu Taimiyah); Hiqbah min At-Tarikh (Syeikh Dr. Utsman Al-Khamis), Mausu’ah Al-Hasan wa Al-Husain Radhiyallahu ‘Anhuma,  (Dr. Hasan Al-Husain) dan  Kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah (Ibnu Katsir))

 

Terkadang, para kolumnis dan sejarawan terjebak dengan fanatisme dan sekteranianisme ini, sehingga mereka tak mampu melihat fakta sejarah. Bahkan, di antara mereka ada yang mengkafirkan Bani Umayyah. Seperti al-Maqrizi dalam karyanya an-Naza’ wa at-Takhashum fi ma Baina Bani Umayyah wa Bani Hasyim. Demikian juga Sayyid Quthb, yang karya-karya tulisnya cukup berpengaruh dan tersebar di kalangan umat Islam khususnya generasi muda. Dalam al-Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam, Sayyid Quthub berkomentar tentang Bani Umayyah, “Pun, Bani Umayyah di era Islam adalah Bani Umayyah di era jahiliyyah.” (Lathif, 2014: 4). Artinya, menurut Sayyid Quthub, Bani Umayyah di era Islam sama saja dengan Bani Umayyah di era jahiliyyah dalam permusuhannya terhadap Islam.

 

Berkata Dr. Abdullah bin Muhammad Rumyan dalam Ara' al-Qurtubi wa-al-Maziri al-Itiqadiya hal. 753:

 

أرى القرطبي رحمه الله، تحامل على بني أمية وذمهم وقدح فيهم، وبالغ في ذلك ومما لا شك فيه أنهم مع ما لهم من المساوئ إلَّا أن لهم من المحامد: من نصرة الإسلام، ونشر دين الله في شتى البلاد ما لا يخفى، ولكن لقرب عهدهم بالخلافة الراشدة، بانت عيوبهم، وظهرت، كما أنَّ أكثر المصادر قد كتبت في عهد العباسيين فشحنت أكثرها بروايات مدسوسة للنيل من هؤلاء الخلفاء، والتشنيع عليهم.

 

Saya melihat Al-Qurthubi, semoga Allah merahmatinya, berprasangka buruk terhadap Bani Umayyah, meremehkan mereka dan memfitnah mereka, dan dia bertindak ekstrem dalam hal itu, dan tidak diragukan lagi bahawa di samping kekurangan mereka, mereka juga memiliki pujian: mendukung Islam dan menyebarkan agama Allah di berbagai negara yang tidak dapat disembunyikan, tetapi ketika era Khilafah Bani Umayyah semakin dekat kepada kejatuhan, kesalahan-kesalahan mereka menjadi nyata, dan sebagian besar sumber-sumber ditulis pada era Abbasiyah, dan sebagian besar dipenuhi dengan riwayat-riwayat yang dibuat-buat untuk merendahkan para khalifah dan memfitnah mereka.

 

 

Rujukan

 

https://kisahmuslim.com/5978-benarkah-bani-umayyah-membenci-ahlul-bait-nabi.html

 

https://hidayatullah.com/kajian/sejarah/2021/08/18/213943/sejarah-karbala-dalam-pandangan-ahlus-sunnah.html

No comments:

Post a Comment

Kisah Nabi saw dan anggur / limau masam

  Matan kisah   حُكي أنه جاء رجل فقير من أهل الصفة بقدحٍ مملوءةً عنباً إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يُهديه له، فأخذ رسول الله صلى ال...