Monday 18 March 2024

Atsar kepala Saidina Hussin dibawa kepada Yazid

 

Matan atsar

 

أن رأس الحسين حمل إلى الشام ووضع بين يدي يزيد.

 

 

Terjemahan

 

Bahawa kepala al-Husain dibawa ke Syam dan diletakkan di hadapan Yazid.

 

Takhrij

 

AR. Thabari dalam Tarikhnya 5/461, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 69/176, Bidayah wan Nihayah 11/562

 

Tidak ada riwayat yang sahih yang menyatakan bahawa kepala Husein dikirim kepada Yazid di Syam (Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi, Al-Fawa’id Al-Mawdhu‘ah Fi Al-Ahadith al-Mawdhu‘ah no. 27)

 

Berkata Ibnu Taimiyah:

 

وأما حمله إلى الشام إلى يزيد فقد روي من وجوه منقطعة لم يثبت شيء منها. بل في الروايات ما يدل على أنها من الكذب المختلق، فإنه يذكر فيها أن يزيد جعل ينكت بالقضيب على ثناياه، وأن بعض الصحابة الذين حضروا كأنس بن مالك وأبي برزة أنكر ذلك عليه. وهذا تلبيس، فإن الذي فعل ذلك إنما هو عبيد الله بن زياد.

 

Adapun dibawanya ia ke Syam kepada Yazid, maka ia telah diriwayatkan daripada jalan-jalan riwayat yang terputus dan tidak thabit suatu apapun daripadanya. Bahkan pada riwayat-riwayat tersebut ada yang menunjukkan bahawa ianya adalah daripada pendustaan yang direka. Kerana padanya dinyatakan bahawa Yazid mula mengais pada gigi kacipnya (al-Husain) dengan tongkat, dan bahawa sebahagian para sahabat yang hadir seperti Anas bin Malik dan Abu Barzah membantah perkara tersebut. Sedangkan itu adalah putar belit, kerana sesungguhnya orang yang melakukan perkara tersebut ialah ‘Ubaidullah bin Ziyad (Majmu Fatawa 4/498)

 

Antara yang dapat menjelaskan hal ini ialah bahawasanya Anas dan Abu Barzah tidak berada di Syam pada ketika itu, bahkan di Iraq. Sesungguhnya pendusta-pendusta ini adalah orang-orang bodoh dalam membawakan bukti kepada penipuan mereka. Adapun dibawanya kepala itu ke Mesir, maka itu merupakan suatu kebatilan dengan kesepakatan orang ramai. Para ulama kesemuanya telah bersepakat bahawa lokasi peristiwa di Kaherah tidak melibatkan kepala al-Husain ataupun mana-mana bahagian daripadanya. Lokasi peristiwa itu direka-reka pada penghujung pemerintahan puak Fatimiyyah (Syiah) untuk memikat hati orang ramai. Thala’i’ bin Ruzzik al-Rafidhi yang membinanya. Al-Zubair bin Bakkar telah berkata: Sesungguhnya kepala itu di bawa ke Madinah al-Munawwarah dan telah dikebumikan di sana. Al-Hafiz Abu al-Khatthab bin Dihyah juga berkata apabila dia menyebutkan apa yang al-Zubair bin Bakkar sebutkan: Sesungguhnya kepala itu dibawa ke Madinah, maka lain daripada itu adalah tidak sahih. Al-Zubair juga adalah ahli nasab yang paling alim, dia juga adalah ulama terbaik dengan sebab ini (Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi, Al-Fawa’id Al-Mawdhu‘ah Fi Al-Ahadith al-Mawdhu‘ah hal. 81-83).

 

Rujukan

 

https://semakhadis.com/bahawa-kepala-al-husain-dibawa-ke-syam-dan-diletakkan-di-hadapan-yazid/

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 241102

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...