Memang riwayat ini ada disebutkan
dalam Siyar A'alam an-Nubala
كَانَتْ مِنَ الصَّالِحَاتِ العَوَابِدِ، وَالدُّعَاءُ مُسْتَجَابٌ
عِنْدَ قَبْرِهَا، بَلْ وَعِنْدَ قُبُوْرِ الأَنْبِيَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ
“Sayyidah Nafisah adalah seorang
wanita salehah ahli ibadah. Berdoa di samping kuburan beliau adalah mustajab,
demikian juga dengan berdoa di samping kuburan para nabi dan orang-orang soleh
(semuanya tempat-tempat mustajab)” (Siyar A'alam an-Nubala 10/107)
Tapi kita baca tak alur cerita sebelum
cerita di atas yang dibawa oleh az-Zahabi? Al-Imam az-Zahabi rahimahullah menceritakan
sikap orang-orang awam yang melampaui batas dalam mengagungkan kuburan Sayyidah
Nafisah rahimahallah di Mesir. Beliau berkata:
ولجهلة المصريين فيها اعتقاد يتجاوز الوصف، ولا يجوز مما
فيه من الشرك، ويسجدون لها، ويلتمسون منها المغفرة وكان ذلك من دسائس دعاة العبيدية
“Orang-orang bodoh Mesir
mempunyai keyakinan yang melampaui batas terhadap masyhad (bangunan di atas
kuburan) Sayyidah Nafisah. Mereka melakukan perbuatan syirik yang terlarang.
Mereka juga melakukan sujud kepadanya serta meminta ampunan kepadanya. Ini
adalah penyusupan keyakinan dari para juru dakwah Bani Ubaid (Fathimiyah).”
(Siyar A’lam an-Nubala 10/106).
Dan sebelum itu, kalau kita
teliti dalam hal 107 semula, perenggang itu bukanlah satu pembenaran oleh
Az-Zahabi sendiri kerana, telah jelas pada teks tersebut beliau menulis
perkataan : وقيل (dikatakan), ini menunjukkan beliau hanya menukilkan
riwayat-riwayat yang berbahas mengenai hal tersebut, kita perhatikan semula:
وقيل: كانت من الصالحات العوابد، والدعاء
مستجاب عند قبرها، بل وعند قبور الأنبياء والصالحين
Telah dikatakan, beliau adalah seorang wanita
salehah ahli ibadah. Berdoa di samping kuburan beliau adalah mustajab, demikian
juga dengan berdoa di samping kuburan para nabi dan orang-orang soleh
Sekali pun sahih itu adalah
pendapat beliau, beliau hanya menyatakan dibolehkan berdoa di kuburan tapi
bukan berdoa pada orang mati untuk disampaikan hajat etc seperti yang
kebiasaannya berlaku di alam Nusantara ini. Kerana banyakdi tempat lain dalam
Siyar dan kitab beliau yang lain, beliau
banyak membantah tawasul tabbaruuk orang mati dikuburan. Bahkan, banyak Riwayat-riwayat
berkaitan bab tersebut didhaifkan beliau.
في هذا الباب عدد من المشايخ منهم الشيخ صالح آل الشيخ حيث
قال في شريطه ( جلسة خاصة ) عند (25:432) : أما الذهبي - رحمه الله تعالى - فهو في
توحيد العبادة جيد ، على طريقة شيخ الإسلام ابن تيمية ، وفي الأسماء والصفات ، وعقائد
السلف في الإيمان ، والقدر ، وغيره ؛ فهو كذلك على عقيدة السلف الصالح ، وله في ذلك
مؤلفات كثيرة : كالعلو ، والأربعين ، وما أشبه ذلك.
وأما في وسائل الشرك ؛ فإنه حصل له عدم تحرير فيها - رحمه
الله – خاصة في كتابه هذا الأخير ( السير ) الذي ألفه بعد وفاة شيخ الإسلام ابن تيمية
– بعد وفاة شيخ الإسلام بعشر سنين ؛ فعنده كثير من العبارات التي فيها تساهل بوسائل
الشرك : كالدعاء عند القبور، والصلاة عندها ، والتبرك برؤية الصالحين ، أو التبرك بالدعاء
عند القبور ، أو في الأماكن .. – في المشاهد ، أو أشباه ذلك ؛ فعنده تساهل في هذا
= راجع إلى عدم تحريره مسألة الوسائل ؛ وسائل الشرك .انتهى .
Syeikh Saleh Alu Syaikh, di mana
beliau mengatakan dalam rakamannya (peribadi) pada minit (25:432) menyatakan
uzur buat az-Zahabi akan keberadaan riwayat-riwayat aneh berkenaan kuburan dan
semacamnya:
“Adapun Az-Zahabi -semoga Allah merahmatinya-,
dia meliki tauhid kehambaan yang benar, sesuai dengan ajaran gurunya Syeikhul
Islam Ibnu Taimiyah, dalam masalah nama dan sifat Allah, dan manhaj ulama salaf
dalam masalah iman, takdir, dan lain-lain, dia juga mengikuti manhaj ulama
salafusoleh, dan dia memiliki banyak kitab dalam masalah ini, seperti Al-`Aluw,
Al-`Arba`in, dan yang semisal dengannya. Adapun mengenai sarana-sarana
kemusyrikan: Beliau tidak menapis/memilah-milah -semoga Allah merahmati beliau-
terutama dalam kitab terakhirnya (Al-Siyar), yang beliau tulis setelah wafatnya
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, sepuluh tahun setelah wafatnya Syeikhul Islam. *Beliau
memiliki banyak ungkapan yang menunjukkan kelonggaran dalam sarana-sarana
kemusyrikan: seperti berdoa di kuburan, solat di sana, mencari berkah dengan
melihat orang-orang soleh, atau mencari berkah dengan berdoa di kuburan, atau
di tempat-tempat (di tempat-tempat yang keramat), atau yang semisalnya. Maka
beliau bersikap lunak dalam hal ini = kerana beliau tidak menapis dalam masalah
ini. Selesai.
*Contoh nukilan yang tampak
az-Zahabi longgar:
قال ابن خلكان: وكان بكار بن قتيبة تاليا للقرآن، بكاء صالحا
دينا، وقبره مشهور قد عرف باستجابة الدعاء عنده
Ibnu Khalkan berkata, “ Bakar bin
Qutaibah suka membaca al-Quran, banyak menangis, soleh dan agamis, Makamnya sudah masyhur. Dan dikenal dengan
terkabulnya doa di dekat makamnya [Siyar A’alam an-Nubala 12/603]
Az-Zahabi juga mengatakan :
ابن زيرك العلامة، شيخ همذان وقبره يزار، ويتبرك به
Ibnu Zairak, orang yang sangat
alim, Syaikh di Hamdzan. Makamnya diziarahi dan dicari berkahnya [Siyar A’alam
an-Nubala 18/433]
Az-Zahabi juga mengatakan :
أبو الفرج الحنبلي الامام القدوة شيخ الاسلام، أبو الفرج
عبد الواحد بن محمد قلت: توفي في ذي الحجة سنة ست وثمانين وأربع مئة، ودفن بمقبرة باب
الصغير، وقبره مشهور يزار، ويدعى عنده
Abu al-Faraj Abdul Wahid bin Muhammad,
al-Hanbali yang menjadi imam, tokoh ikutan dan guru umat Islam. Saya berkata:
Ia meninggal pada tahun 486 H, dimakamkan di ‘Pintu Kecil’. Makamnya diziarahi
dan dijadikan tempat berdoa di dekatnya”[Siyar A’alam an-Nubala 19/51]
Az-Zahabi juga mengatakan :
وابن لآل الإمام أبو بكر أحمد بن علي بن أحمد الهمذاني .
قال شيرويه : كان ثقة أوحد زمانه مفتي همذان له مصنفات في علوم الحديث غير انه كان
مشهورا بالفقه. عاش تسعين سنة والدعاء عند قبره مستجاب
“Ibnu La’al, seorang imam. Abu
Bakar Ahmad bin Ali bi Ahmad al-Hamdzani. Syairawaih berkata: Ia terpercaya,
orang alim tunggal di masanya. Mufti Hamdzan. Ia memiliki banyak karya di
bidang hadith. Ia juga masyhur dengan ilmu fiqh. Ia hidup 90 tahun. Berdoa di
kuburnya adalah mustajab”[al-Ibar hal. 175]
Az-Zahabi juga mengatakan :
صالح بن احمد ابن محمد الحافظ الكثير الصدق المعمر أبو الفضل
التميمي الهمذانى ذكره شيرويه في تاريخه فقال: كان ركنا من اركان الحديث ثقة حافظا
دينا لا يخاف في الله لومة لائم، وله مصنفات غزيرة، توفى في شعبان سنة اربع وثمانين
وثلاث مائة. والدعاء عند قبره مستجاب
“Shaleh bin Ahmad bin Muhammad,
al-Hafidz, yang banyak jujurnya, Abu al-Fadlal at-Tamimi al-Hamdzani.
Syairawaih menyebutkan dalam Tarikhnya bahawa Ia termasuk ahli hadith,
terpercaya, hafiz, dan agamis. Ia tidak takut celaan orang lain dalam agama
Allah. Ia punya banyak karya kitab. Meninggal pada 384 H. Berdoa di kuburnya
adalah mustajab” [Tadzkirah al-Huffadz 3/985]
Az-Zahabi juga mengatakan :
علي بن حُميد بن علي بن محمد بن حُميد بن خالد. أبو الحسن
الذُّهلي، إمام جامع همذان ورُكن السنة بها. وتوفي في ثاني عشر جمادى الأولى، وقبره
يزار ويُتبرك به
“Ali bin Humaid bin Ali bin
Muhammad bin Humaid bin Khalid, Abu Hasan ad-Dahli, Imam di masjid Jami’
Hamdzan dan penopang sunah disana. Wafat pada 12 Jumada al-Ula. Makamnya
diziarahi dan dicari berkahnya”[Tarikh al-Islam 7/182]
Walaupun begitu Az-Zahabi di
tempat lain tetap tidak mengatakan perbuatan doa di kuburan itu yang utama
kerana ada tempat yang lebih utama lagi seperti masjid:
والدعاء مستجاب عند
قبور الانبياء والاولياء، وفي سائر البقاع، لكن سبب الاجابة حضور الداعي، وخشوعه وابتهاله،
وبلا ريب في البقعة المباركة، وفي المسجد، وفي السحر، ونحو ذلك، يتحصل ذلك للداعي كثيرا،
وكل مضطر فدعاؤه مجاب.
Doa itu MUSTAJAB (BILA DIBACA) DI
SISI MAKAM PARA NABI DAN WALI, juga di beberapa tempat yang lain. Namun
penyebab terkabulnya doa adalah hadirnya hati orang yang berdoa, kekhusyukannya,
dan TIDAK DIRAGUKAN LAGI DI TEMPAT-TEMPAT YANG DIBERKATI, di masjid, saat sahur
dan sebagainya dimana doa akan lebih banyak didapat oleh pelakunya. Dan setiap
orang yang sangat memerlukan maka doanya akan diijabahi (Siyar A’alam an-Nubala 17/77).
Adapun tentang nukilan Imam Az-Zahabi
yang janggal tersebut, itu memang benar terdapat pada kitab-kitabnya, dan ini
memang menghairankan. Kerana beliau, seorang ulama besar, sungguh telah
mengingkari perbuatan semacam ini. Andai beliau tidak menukil riwayat semacam
itu, itulah yang lebih baik.
Sebagai peringatan yang perlu
digaris bawahi, hendaknya janganlah terpedaya dengan nukilan-nukilan janggal
yang berasal dari az-Zahabi ataupun ulama Islam yang lain. Apa yang menjadi
dalil adalah apa-apa yang ditetapkan oleh nas-nas syariat, baik Al Quran atapun
Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, kemudian pemahaman yang benar
terhadap nas-nas tersebut, iaitu pemahaman para sahabat dan yang mengikuti
mereka. Kerana merekalah tiga generasi yang terbaik dalam Islam. Sedangkan
perkataan ulama itu memerlukan dalil dan bukan dijadikan dalil.
Syaikh Sulaiman Al ‘Ulwan dalam
kitab beliau yang berjudul Ithaf Ahlil Fadhl Wal Inshaf Bi Naqdhi Kitab Ibnil
Jauzi, kitab ini adalah sebuah bantahan terhadap syubhat dari komentar-komentar
As Saqqaf terhadap kitab Ibnul Jauzi. Syaikh Sulaiman berkata:
والذهبي ـ عفا الله عنه ـ عنده تساهل في نقل مثل هذه الحكاية
وأشباهها دون تعقب لها، وقد قرأت كتابه: السير ـ فرأيت فيه أشياء يتعجب منها، كيف يذكرها
ولا يتعقبها؟ مع أن بعضها مما يناقض ما بعث الله به محمدا صلى الله عليه وسلم، فكان
الأولى بالذهبي ـ رحمه الله ـ ردها وإبطالها، أو عدم ذكرها، لأنها تخالف مذهب السلف،
وهو واحد من علماء السلف الذين خدموا هذا الدين بالمصنفات الكثيرة، وقد رأيت بالاستقراء
أهل السير والتواريخ يتساهلون في النقل، والله المستعان
“Az-Zahabi, semoga Allah
mengampuni beliau, ia telah bermudah-mudah dan membuat syubhat dalam menukil
kisah seperti ini, tanpa memberikan tanggapan terhadapnya. Saya telah membaca
kitabnya, iaitu As-Siyar, dan saya dapati banyak hal yang menghairankan.
Mengapa beliau menyebutkannya dan tidak menanggapinya? Padahal sebahagiannya
termasuk hal-hal yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad
Shallallahu’alaihi Wasallam yang diutus oleh Allah. Semestinya Az-Zahabi
rahimahullah membantah dan mengingkarinya, atau minimal tidak menyebutkan
riwayat-riwayat tersebut. Kerana hal tersebut bertentangan dengan mazhab salaf.
Beliau sendiri adalah salah satu ulama salaf yang melayani agama ini dengan
tulisan-tulisan beliau yang banyak. Namun saya memang telah meneliti bahawa
ternyata penulis kitab-kitab sejarah sering bermudah-mudah dalam menukil
riwayat. Wallahul musta’an”. [sampai di sini perkataan Syaikh Sulaiman]
Pandangan yang sama juga
disebutkan oleh Syeikh Fahd bin Abdurrahman al-Utsman dalam kitabnya al-Fawaid
Zahabiyyah min Siyar A’alam an-Nubala 2/23 ketika membahasakan kisah orang
berdoa di kubur Sayyidah Nafisah:
لم يثبت عنه - صلى الله عليه وسلم - شيء في كون الدعاء مستجابًا
عند قبور الأنبياء والصالحين والسلف الصالح لا يعرف عنهم أنهم كانوا يقصدون قبور الأنبياء
والصالحين للدعاء عندهم
Tidak ada satu riwayat pun yang
tsabit dari Nabi saw tentang fakta bahawa doa dikabulkan di kuburan para nabi
dan orang-orang soleh serta para salafussoleh. Tidak diketahui dari mereka bahawa
mereka biasa pergi ke kuburan para nabi dan orang-orang soleh untuk berdoa
bersama mereka.
Selain kelonggaran az-Zahabi
tersebut, di tempat lain az-Zahabi banyak membantah, meragui/ mendhaifkan/
menerangkan maksud riwayat-riwayat dalam bab kuburan ini seperti:
Ketika Az-Zahabi membawakan
perkataan dari Ibrahim Al Harbi yang berbunyi:
قبر معروف الترياق المجرب
“Kuburan Ma’ruf Al Kharki adalah ubat
yang mujarab”
Az-zahabi rahimahullah
mengomentari:
يريد إجابة دعاء المضطر عنده، لأن البقاع المباركة يستجاب
عندها الدعاء، كما أن الدعاء في السحر مرجو، ودبر المكتوبات، وفي المساجد بل دعاء المضطر
مجاب في أي مكان اتفق
“Yang dimaksudkan, adalah
terkabulnya doa di samping kuburnya. Kerana sebidang tanah yang diberkati
membuat doa dikabulkan di sana. Sebagaimana doa di waktu sahur dikabulkan, juga
doa di hujung solat, doa di masjid bahkan doa dalam keadaan terdesak akan
dikabulkan dimanapun tempat yang disepakati” (Siyar A’alam an-Nubala
9/343-344).
Ini menunjukkan tempat berdoa itu
menjadi sebab doanya terkabul, bukan kerana perantara dengan si mati kepada
Allah swt. Ditempat lain dia sempat meragukan perkataan ulama yang sampai kepaa
beliau yang mengatakan doa dikuburan dibolehkan. Beliau menegaskan berdoa di
kuburan orang soleh tidak diperbolehkan:
فهذا ما وحدت من أخبار هذا الشَّيْخ ، وفي النّفس شيءٌ من
ثُبُوت هذه الحكايات.
والدّعاء عند القبور جائزٌ لكنْ فِي المسجد أفضل ، وفي السَّحَر
أفضل ، ودُبُر الصّلاة أفضل ، والصّلاة لا تجوز عند القبور الفاضلة.
Inilah apa yang saya dengar dari
Syeikh ini, dan saya meragukan sahihannya. Doa di kuburan diperbolehkan, tetapi
lebih baik berdoa di masjid, dan lebih baik di bahagian akhir malam, lebih baik
(berdoa) setelah solat dan doa tidak diperbolehkan di kuburan orang-orang
saleh. (Tarikh al Islam 47/77).
Dan banyak lagi seperti:
a) Mendhaifkan kisah Bilal bin Rabah
ra ziarah,tawasul, tabarruk ke kubur nabi saw ( Siyar A’lam an-Nubala
1/357-358)
b) Mendhaifkan kisah Fatimah ra
menabur tanah kubur Nabi saw sambil bersyair (Siyar A’alam an-Nubala 3/113).
c) Mendhaifkan kisah Ibnu Munkadir meletakkan
dagunya ke makam dan beristi’anah kepada
Nabi saw (Tarikh al-Islam 2/456, mendhaifkan perawi Ismail bin Yaakub
at-Taimi)
Terkait dengan bahasan ini,
Ibnul-Qayyim rahimahullah memberikan penjelasan yang cukup bagus :
فلو كان الدعاء عند القبور، والصلاة عندها، والتبرك بها فضيلة
أو سنة أو مباحا، لفعل ذلك المهاجرين والأصار، وسنّوا ذلك لمن بعدهم، ولكن كانوا أعلم
بالله ورسوله ودينه من الخلوف التي خلفت بعدهم، وكذلك التابعون لهم بإحسان راحوا على
هذه السبيل، وقد كان عندهم من قبور أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم بالأمصار عدد
كثير، وهم متوافرون، فما منهم من استغاث عند قبر صاحب، ولا دعاه، ولا دعا به، ولا دعا
عنده، ولا استشقى به، ولا استسقى به، ولا استنصر به، ومن المعلوم أن مثل هذا مما تتوفّر
الهمم على نقله، بل على نقل ما دونه.
“Seandainya berdoa di sisi
kuburan, solat di sisinya, dan mencari berkah dengannya adalah suatu keutamaan
atau sesuatu yang disunnahkan atau diperbolehkan; tentunya hal itu pernah
dilakukan oleh kaum Muhajirin dan Ansar, dan mencontohkannya kepada generasi
setelah mereka. Akan tetapi mereka adalah orang yang lebih mengetahui tentang
Allah, Rasul-Nya, dan agama-Nya daripada orang-orang yang datang belakangan
setelah mereka. Seperti itulah, orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik
(tabi’in) menempuh jalan ini, padahal di sekitar mereka banyak terdapat makam
para sahabat Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang berada di berbagai
negeri dan jumlah mereka (tabi’in) pun cukup banyak. Namun, tidak ada seorang
pun yang meminta pertolongan (istighatsah) di sisi makam seorang sahabat, tidak
juga berdoa kepadanya, berdoa dengan perantaraannya, berdoa di sisinya, meminta
kesembuhan, meminta hujan, dan meminta pertolongan dengannya. Sebagaimana
diketahui bahawa hal seperti ini termasuk sesuatu yang memiliki perhatian penuh
untuk diriwayatkan, bahkan meriwayatkan hal yang lebih rendah daripada itu”
[Ighaatsatul-Lahfaan, 1/204 dengan sedikit perubahan – dinukil melalui
perantaraan At-Tabarruk, Anwaa’uhu wa Ahkaamuhu oleh Dr. Naashir Al-Judai’,
hal. 405].
Syeikh al-Arnauth berkomentar
pada nota kaki Siyar A’alam an-Nubala 9/343 pada riwayat “ Kuburan Ma’ruf Al
Kharki adalah ubat yang mujarab” :
هذا الكلام لا يسلم لقائله، إذ كيف يكون قبر أحد من الاموات
الصالحين ترياقا ودواءا للاحياء، وليس ثمة نص من كتاب الله يدل على خصوصية الدعاء عند
قبر ما من القبور، ولم يأمر به النبي صلى الله عليه وسلم، ولا سنه لامته، ولا فعله
أحد من الصحابة والتابعين لهم بإحسان، ولا استحسنه أحد من أئمة المسلمين الذين يقتدى
بقولهم، بل ثبت النهي عن قصد قبور الأنبياء والصالحين لاجل الصلاة والدعاء عندها، فعن
علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب زين العابدين الثقة الثبت، الفقيه أنه رأى رجلا يجئ
إلى فرجة كانت عند قبر النبي صلى الله عليه وسلم، فيدخل فيها فيدعو، فدعاه، فقال: ألا
أحدثك بحديث سمعته من أبي عن جدي رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قال: ” لا تتخذوا قبري
عيدا، ولا بيوتكم قبورا، وصلوا علي، فإن صلاتكم وتسليمكم تبلغني حيثما كنتم ” أخرجه
ابن أبي شيبة 2 / 375
Ucapan ini tidak benar bagi orang
yang mengucapkannya. Bagaimana mungkin kuburan salah seorang dari orang-orang soleh
yang telah wafat dapat menjadi ubat bagi orang yang masih hidup, sedangkan
tidak ada dalil dari kitab Allah yang menunjukkan keistimewaan berdoa di dekat
kuburan, tidak ada pula dari Nabi shallallahu alaihi wasallam yang
memerintahkannya dan tidak ada seorang imam pun dari kalangan sahabat dan
tabi'in yang menganjurkannya kepada umatnya; Tidak ada seorang pun dari para
sahabat, tidak ada seorang pun dari tabi'in yang mengikuti jejak mereka dalam
kebaikan, tidak ada seorang pun imam dari A'immah kaum muslimin yang ucapannya
diikuti, yang merestuinya. Sebaliknya, larangan mengambil kuburan Anbiya dan
orang-orang soleh untuk tujuan berdoa dan memanjatkan doa di dalamnya telah
terbukti. Oleh keraa itu, Ali bin Al-Husain bin Ali bin Abi Thalib Zainul
Abidin, seorang yang sangat terpercaya, mapan, dan faqih, pernah melihat
seorang lelaki mendatangi salah satu sudut kuburan Nabi shallallahu alaihi wasallam,
lalu ia memasukinya dan berdoa di dalamnya. Maka ia pun memanggilnya dan
berkata: "Belumkah sampai kepadamu hadith yang aku dengar dari ayahku,
dari datukku, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda,
"Janganlah kalian menjadikan kuburanku sebagai tempat perayaan, dan
janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, dan berselawatlah
untukku, kerana sesungguhnya selawat dan salam kalian akan sampai kepadaku di
mana saja kalian berada." (HR. Ibnu Abi Syaibah)".
Al-Allamah Taqiyuddin Ahmad bin
Ali al-Maqrizi asy-Syafi’i (wafat tahun 845 H) rahimahullah berkata:
والناس في هذا الباب ( أعني زيارة القبور ) ، على ثلاثة أقسام
:
– قوم يزورون الموتى فيدعون لهم وهذه الزيارة الشرعية .
– وقوم يزورونهم يدعون بهم ، فهؤلاء هم المشركون في الألوهية
والمحبة .
– وقوم يزورونهم فيدعونهم أنفسهم ، وقد قال النبي ( (( اللهم
لا تجعل قبري وثنا يعبد )) وهؤلاء هم المشركون في الربوبية ،..الخ
“Manusia dalam bab ini (yaitu
ziarah kubur) ada tiga macam:
Pertama: kaum yang berziarah kepada
orang-orang mati, kemudian mendoakan untuk kebaikan orang mati tersebut. Ini
adalah ziarah syar’iyah.
Kedua: kaum yang berziarah kepada
orang mati dan berdoa (kepada Allah) dengan perantaraan orang mati tersebut.
Mereka adalah orang-orang musyrik dalam hal uluhiyah dan cinta.
Ketiga: kaum yang berziarah kepada
orang mati, kemudian berdo’a dan memohon kepada orang mati tersebut. Padahal
Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Ya Allah, janganlah Engkau
menjadikan kuburanku sebagai berhala yang diibadahi!” Mereka ini adalah orang-orang
musyrik dalam hal rububiyah…dst.” (Tajridut Tauhid lil Maqrizi: 8).
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 131790,
137854
https://www.kulalsalafiyeen.com/vb/showthread.php?t=43958
https://www.ansarsunna.com/vb/showthread.php?t=37670
https://thecuriousbystander.wordpress.com/2014/02/22/tabarruk-dan-tawwasul/
https://systemoflife.com/ibn-jawzi-versus-the-creed-of-asking-help-from-dead/
https://ebnhussein.com/2022/06/22/tomb-tourism-in-the-name-of-ahlul-bayt-in-egypt/
No comments:
Post a Comment