Matan atsar
وقال علي بن أبي طلحة ، عن ابن عباس : ( فوربك لنسألنهم أجمعين
عما كانوا يعملون ) ثم قال ( فيومئذ لا يسأل عن ذنبه إنس ولا جان ) [ الرحمن : 39
] قال : لا يسألهم : هل عملتم كذا ؛ لأنه أعلم بذلك منهم ، ولكن يقول : لم عملتم كذا
وكذا ؟
Terjemahan
`Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan
daripada Ibnu ‘Abbas tentang firman Allah فوربك لنسألنهم أجمعين عما كانوا يعملون
dan firman-Nya فيومئذ لا يسأل عن ذنبه إنس ولا جان (“Maka pada hari itu tidak
ditanya manusia atau pun jin tentang dosanya,” Rahman: 39). Dia (Ibn Abbas)
mengatakan: “Allah tidak bertanya apakah kalian berbuat begini, kerana Allah
lebih mengetahui hal itu daripada mereka sendiri. Tetapi Allah bertanya kepada
mereka: “Mengapa kalian berbuat begini dan begitu?”
Takhrij
AR. at-Thabari dalam Tafsirnya
14/141, at-Qurthubi dalam Tafsirnya 9/6344, Ibnu Abi Hatim dalam Tafsirnya
sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam Tafsirnya 6/145 dan Al Baihaqi
dalam Al Ba'ts Wan Nusyur ha. 269
Sanadnya dhaif kerana kedhaifkan
perawi Ali bin Abi Thalhah, dan sanad Ali bin Abi Thalhah terputus.
Juga terdapat perawi lemah lain
bernama Abdullah bin Salleh
قال أبو يعلى الخليلي رحمه الله تعالى:
" وتفسير معاوية بن صالح قاضي الأندلس، عن علي بن أبي
طلحة، عن ابن عباس: رواه الكبار عن أبي صالح كاتب الليث، عن معاوية.
وأجمع الحفاظ على أن ابن أبي طلحة لم يسمعه من ابن عباس"
Abu Ya'ala al-Khalili
rahimahullah berkata:
"Mu'awiyah bin Shalih, qadi
Andalusia, meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalhah, dari Ibnu Abbas: Diriwayatkan
oleh para Kibar, dari Abu Salih, penulis kitab al-Laits, tentang Muawiyah.
Para ulama sepakat bahawa Ibnu
Abi Thalhah tidak mendengar dari Ibnu Abbas (al-Irsyad 1/393-394).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 385238
https://www.youtube.com/watch?v=o4w1mtKyJgY
No comments:
Post a Comment