Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan
dari Rasulullah SAW, beliau bersabda,
أتدرون فيمن نزلت هذه الآية؟ {فإن له معيشة ضنكاً ونحشره
يوم القيامة أعمى} أتدرون ما المعيشة الضنك؟ قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: عذاب الكافر
في القبر، والذي نفسي بيده إنه ليسلط عليه تسعة وتسعون تنيناً. أتدرون ما التنين؟ تسعة
وتسعون حية لكل حية تسعة أرؤس ينفخن في جسمه، ويلسعنه ويخدشنه إلى يوم القيامة ويحشر
من قبره إلى موقفه أعمى
"Tahukah kalian untuk siapa
ayat ini diturunkan? Maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan
Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Qs. Thaha
[20]: 124) Tahukah kalian siapa yang mendapat kehidupan yang sempit?"
Mereka berkata, "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Beliau SAW
bersabda, "Azab bagi orang kafir dalam kuburnya, demi jiwaku yang berada
di Tangan-Nya (Allah), orang kafir benar-benar akan dililit oleh 99 at-taniin?
Tahukah kalian apakah at-taniin itu? Iaitu 99 ular besar yang masing-masing
memiliki sembilan kepala yang berdesis dalam tubuhnya yang menyengat, dan
mencabik- cabik tubuh sampai Hari Kiamat, dan dia dihimpun dalam kuburannya
dalam keadaan buta.
Takhrij
HR. Abu Ya'la dalam Musnadnya no.
6644, Ibnu Hibban no. 3122, Ibnu Abi Hatim dalam Tafsirnya no. 14389,
al-Baihaqi dalam Itsbat Azab Kubur no. 68.
Ibnu Katsir menilai hadith ini
munkar jiddan dalam Tafsirnya 5/317.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini hasan dalam Sahih al-Mawarid no. 651.
Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij
Sahih Ibnu Hibban menilai sanad hadith ini hasan.
Dari Abu Sa'id Al Khudri, dia
mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,
يُسَلَّطُ عَلَى الْكَافِرِ فِي قَبْرِهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ
تِنِّينًا تَنْهَشُهُ وَتَلْدَغُهُ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ , وَلَوْ أَنَّ تِنِّينًا
مِنْهَا نَفَخَ فِي الْأَرْضِ مَا أَنْبَتَتْ خَضْرَاءَ
"Orang kafir disiksa dalam
kuburnya berupa 99 ular besar yang menyengat dan menggigitnya sampai Hari
Kiamat. Jika satu ekor saja diletakkan di bumi, nescaya tidak satu pun tanaman
yang tumbuh
Takhrij
HR. Ahmad no. 11334, ad-Darimi
no. 2815, Ibnu Hibban no. 3121.
Sanadnya dhaif menurut Syeikh
al-Arnauth dalam Takhrij Sahih Ibnu Hibban
Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani
dalam Dhaif Targhib no. 2079
Syeikh Husain Asad ad-Darani
menilai sanad hadith ini hasan dalam Takhrij Sunan ad-Darimi
No comments:
Post a Comment