Wednesday 19 June 2024

Meluruskan kisah tabiien Abdah bin Abdurrahim yang murtad

 

Kisah tersebut dinisbatkan kepada tabiien bernama Abdah bin Abdurrahim, bahawasanya dialah yang murtad seperti tertuang dalam Bidayah wan Nihayah:

 

Kisah tersebut awalnya, berasal dari penceritaan Imam Ibnu Katsir, sebagai berikut:

 

 وفيها توفى عبده بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ قَبَّحَهُ اللَّهُ. ذَكَرَ ابْنُ الجوزي أن هذا الشقي كان من المجاهدين كثيرا في بلاد الروم، فلما كان في بعض الغزوات والمسلمون محاصرو بلدة مِنْ بِلَادِ الرُّومِ إِذْ نَظَرَ إِلَى امْرَأَةٍ من نساء الروم

 

 .. Pada saat itu, Abdah bin Abdurrahim wafat, semoga Allah burukkan dia. Ibnul Jauzi bercerita bahawa orang celaka ini dulunya adalah mujahidin, banyak perang di negara Rom. Pada sebahagian peperangan kaum muslimin, saat mengepung Rom, saat itu dia melihat seorang wanita Rom … (Bidayah wan Nihayah 11/64, Darul Fikr)

 

 

Akan tetapi dalam sumber asal dari Ibnul Jauzi bukanlah tabiien tersebut tetap pemuda yang mengikuti beliau, yang tidak disebutkan nama. 

 

Imam Ibnul Jauzi Rahimahullah menuliskan:

 

 عبدة بن عبد الرحيم .كان من أهل الدين والجهاد.

 

 Abdah bin Abdurrahim, dia adalah ahli agama dan jihad. 

 

Kemudian Imam Ibnul Jauzi melanjutkan:

 

 قَالَ عبدة بن عبد الرحيم: خرجنا في سرية إلى أرض الروم، فصحبنا شاب لم يكن فينا أقرأ للقرآن منه، ولا أفقه ولا أفرض، صائم النهار، قائم الليل، فمررنا بحصن فمال عنه العسكر، ونزل بقرب الحصن، فظننا أنه يبول، فنظر إلى امرأة من النصارى تنظر من وراء الحصن، فعشقها فقال لها بالرومية: كيف السبيل إليك؟

 

Abdah bin Abdurrahim bercerita: kami keluar bersama kumpulN (Safiyah) ke negeri Rom. Kami ditemani oleh seorang pemuda yang tidak ada bacaan Al Quran kami lebih baik darinya, tidak ada yang lebih faqih, tidak pula lebih baik menjalankan kewajipan darinya, dia puasa di siang hari, solat di malam hari. Kami melewati benteng Rom, perajurit pun mendekatinya, dan dia turun mendekati benteng. Kami kira dia turun untuk kencing. Lalu dia melihat seorang wanita Nasrani dari belakang benteng, dia pun terpikat hatinya kepada wanita itu. Lalu dia bertanya dengan wanita Rom itu: Bagaimana aku mampu sampai kepadamu? … dst. (Al Muntazham fi Tarikhil Umam wal Muluk 12/301, Darul Kutub Al ‘Ilmiyah. Beirut. Tahqiq: Syaikh Muhammad Abdul Qadir ‘Atha dan Syaikh Mushthafa Abdul Qadir ‘Atha) 

 

Kemudian, yang serupa dengan Imam Ibnul Jauzi adalah apa yang ditulis oleh:

 

 – Imam Az- Zahabi dalam Tarikh Al Islam wa Wafayat Al Masyaahir wal A’laam 5/1176, Darul Gharb Al Islamiy. Tahqiq: Dr. Basyar Awwad Ma’ruf 

 

– Imam Ibnu Manshur dalam Mukhtashar Tarikh Dimasyq Libni ‘Asaakir,  15/296, Darul Fikr. Tahqiq: Ruhiyah An Nuhaas, Riyadh Abdul Hamid Murad, Muhammad Muthi’ 

 

Hal ini juga diakui oleh pentahqiq Bidayah wan Nihayah Syeikh Abdullah at-Turki bahawasanya Ibnu Katsir terkeliru dalam mengutip riwayat dari Ibnul Jauzi:

 

 

المصدر السابق أي المنتظم الجزء12 الصفحة 302: فيه أن هذه القصة إنما وقعت لشاب كان في صحبة عبدة, فالذي تنصر إنما هو ذلك الشاب وليس ((عبدة بن عبد الرحيم)) ((وعبدة)) هو راوي القصة وليس هو صاحبها. 

 

Sumber rujukan sebelumnya, iaitu al-Muntazham 12/302, menjelaskan bahawa kisah ini sebenarnya terjadi pada seorang pemuda yg menemani Abdah. Jadi yang murtad menjadi nasrani itu adalah pemuda ini, bukanlah 'Abdah bin Abdurrahim, sedangkan Abdah sendiri adalah periwayat Kisah tersebut, bukanlah pelakunya."

 

 

Kesimpulannya, yang murtad itu adalah pemuda yang menemani Abdah bin Abdurrahim, bukannya Abdah bin Abdurrahim yang murtad.

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...