Matan hadith
تَفَكُّرُ سَاعَةٍ خَيْرٌ مِنْ عِبَادَةِ سَنَةٍ
Terjemahan
Berfikir sesaat itu lebih baik
daripada ibadah setahun
Takhrij
HR. al-Qurthubi dalam Tafsirnya
4/314, as-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin hal. 22. Kedua-duanya tidak
membawa sanad.
Mulla Ali al-Qari menyatakan
dalam al-Asrar al-Marfuah no. 175,
hadith ini tiada asal dan direka-reka.
Yang benarnya, ia bukanlah hadith
Nabi saw, akan tetapi kalam ulama salaf (al-Lu' lu'al Marsu' no. 66)
Mulla Ali al-Qari dan al-Ajluni
menyatakan bahawa perkataan tersebut adalah merupakan perkataan al-Sari ibn
al-Mughallis al-Saqati (al-Masnu' fi Ma'rifatul Haditsil Maudhu' hal. 82,
Kasyaful Khafa' 2/369)
Ada juga riwayat yang menyebut 60
tahun, akan tetapi hadith tersebut juga tidak sahih:
فِكْرَةُ سَاعَةٍ خَيْرٌ مِنْ عِبَادَةِ سِتِّينَ سَنَةً
Berfikir sesaat lebih baik dari
pada beribadah 60 tahun (HR. Abu Syaikh dalam al-Adzamah no. 43, daripada Abu
Hurairah ra, hadith ini tidak sahih menurut Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat
3/144*, palsu menurut Mulla Ali al-Qari dalam al-Masnu' hal. 82).
*tidak sahih/ (لا يصح)
menunjukkan predikat hadith palsu, hal ini telah diterangkan oleh Syeikh Abdul
Fattah Abu Ghuddah dalam Mukaddimahnya kepada kitab al-Masnu' fi Ma'rifatul
Haditsil Maudhu' oleh Mulla Ali al-Qari hal. 27).
Ada juga riwayat-riwayat yang
hampiir serupa diriwayatkan dari Hasan al-Basri, Ibnu Abbas, Abu Musa
al-Asya'ari, Abu al-Darda' dan Abu Hurairah ra:
Hasan al-Basri,
لأن أتعلم باباً من العلم فأعلمه مسلماً أحب إلي من أن تكون
لي الدنيا كلها أجعلها في سبيل الله عز وجل
Aku memahami satu masalah ilmu
syariah, kemudian aku ajarkan ke muslim yang lain, lebih aku sukai dari pada
aku memiliki dunia seisinya yan aku jadikan untuk infak fi sabilillah (AR.
al-Khatib dalam al-Faqih wal Mutafaqqih 1/102)
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma,
تفكر ساعة خير من قيام ليلة
Berfikir sesaat lebih baik dari
pada qiyamullail (Abu Syaikh dalam al-Adzamah 1/298).
Ibnu Abbas juga mengatakan,
تذاكر العلم بعض ليلة أحب إلي من إحيائها
Belajar beberapa saat di malam
hari, lebih aku sukai dari pada menghabiskan seluruh malam untuk solat (AR.
Abdurrazaq dalam Musannafnya 11/253).
Abu Musa al-Asy’ari,
لمجلس أجلسه مع عبد الله بن مسعود أوثق في نفسي من عمل سنة
Aku duduk belajar bersama Ibnu
Mas’ud, itu lebih menenangkan hatiku dari pada beramal satu tahun (AR. Ibnu Abi
Syaibah dalam Musannafnya 7/521)
Abu Darda radhiyallahu ‘anhu,
مذاكرة العلم ساعة خير من قيام ليلة
Mengkaji ilmu syariat sesaat
lebih baik dari pada solat malam (AR. Ibnu Sa'ad dalam Thabaqal al-Kubra 6/208)
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,
لأن أفقه ساعة أحب إلي من أن أحيي ليلة أصليها حتى أصبح
Saya belajar sesaat lebih saya
cintai dari pada saya habiskan waktu malam untuk solat sampai subuh (AR.
al-Khatib dalam Jamiul Akhlak wal Rawi no. 1340)
Abu Hurairah juga mengatakan,
لأن أعلم باباً من العلم في أمر أو نهي أحب إلي من سبعين
غزوة في سبيل الله عز وجل
Saya memahami satu masalah ilmu,
baik terkait perintah, ataupun larangan, lebih aku cintai dari pada 70 kali
perang di jalan Allah (AR. al-Khatib dalam al-Faqih wal Mutafaqqih 1/102)
Rujukan
https://hadithnotes.org/the-hadith-to-ponder-for-a-moment-is-greater-than-sixty-years-of-worship/
https://konsultasisyariah.com/26102-berfikir-sesaat-lebih-baik-dari-beribadah-60-tahun.html
https://www.almosleh.com/ar/29020
No comments:
Post a Comment