Wednesday, 19 June 2024

Hadith ciri-ciri imam Mahdi yang akan menakluk negeri syirik

 

Matan hadith

 

وأخرج أبو نعيم عن أبي أمامة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " بينكم وبين الروم أربع هدن ، يوم الرابعة على يدي رجل من أهل هرقل ، يدوم سبع سنين ، فقال له رجل : يا رسول الله ، من إمام الناس يومئذ ؟ قال : المهدي من ولدي ابن أربعين سنة ، كأن وجهه كوكب دري ، في خده الأيمن خال أسود ، عليه عباءتان قطوانيتان ، كأنه من رجال بني إسرائيل ، يستخرج الكنوز ، ويفتح مدائن الشرك

 

 

Terjemahan

 

Daripada Abi Umamah katanya, Rasulullah ﷺ bersabda,Di antara kamu dan orang-orang Rom akan berlaku 4 kali perdamaian.  Pada kali keempatnya berlaku di tangan salah seorang daripada keluarga Hiraqlius. Perjanjian itu berterusan selama 7 tahun”. Ada seorang sahabat bertanya Rasulullah ﷺ,  “Wahai Rasulullah! Siapakah Imam (pemimpin) orang ramai (orang Islam) pada hari itu?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Al-Mahdi (seorang mendapat petunjuk) daripada anak cucuku (keturunanku). Dia berumur 40 tahun, mukanya bagai bintang yang bersinar-sinar, di pipi sebelah kanannya terdapat tahi lalat hitam, dia memakai dua jubah Qatwaniyyah bagaikan pemuda Bani Israel. Dia membina bangunan dan menakluk negeri-negeri syirik”.

 

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir 8/102 no. 7495, daripada Abu Umamah ra.

 

Juga diriwayatkan oleh Abu Nuaim dalam al-Hilyah beliau sepertimana di sebutkan oleh as-Suyuthi dalam al-Hawi 2/136.

 

Didhaifkan oleh Syeikh Dr. Abdul 'Alim Abdul Azim al-Bustawi dalam Mausuah fi Ahadith al-Imam al-Mahdi al-Dhaifah wal Maudhuah 1/121.

 

Ini kerana terdapat perawi yang dhaif iaitu Anbasah bin Abi Saghirah (Majma Zawaid 7/319)

 

حدثنا علي بن سعيد الرازي ، ثنا علي بن الحسين ، ثنا عنبسة بن أبي صغيرة ، ثنا الأوزاعي ، عن سليمان بن حبيب ، قال : سمعت أبا أمامة ، يقول : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...