Wednesday 19 June 2024

Hadith dan kisah telaga Barhut di Yaman

 

Telaga Barhut memang wujud di bumi ini dan letaknya dengan sepakat para ulama dan pengkaji sejarah di negeri Yaman dan kisahnya diceritakan pada beberapa hadith Nabi saw dan atsar Sahabat r.a. dengan berbagai-bagai lafaz.

 

Antaranya ialah hadith riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. sabda Rasulullah saw :

 

خير ماء على وجه الأرض ماء زمزم، فيه طعام من الطعم، وشفاء من السقم، وشر ماء على وجه الأرض ماء بوادي برهوت؛ بقبة حضرموت

 

Sebaik-baik air di atas muka bumi ialah air zam-zam. Padanya makanan dari segala makanan dan ubat segala penyakit. Dan seburuk-buruk air di atas muka bumi ialah air pada lembah Barhut berdekatan Hadhramaut (Yaman).” (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath 8/112,  Dhia Al-Muqaddasi pada kitab Al-Mukhtarah no. 137 dan al-Fakihi dalam Akhbar Makkah no. 1106, sanad hadith ini hasan menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1056)

 

Manakala dalil roh orang kafir berada di telaga Barhut ialah riwayat sahabat yang bernama Anas bin Malik r.a. katanya :

 

وأرواح الكافرين إلى وادٍ بحضر موت يُقال له بَرَهوت

 

Dan segala roh orang-orang kafir itu di satu lembah dekat Hadhramaut yang disebut namanya Barhut

 

Atsar ini dinukilkan oleh Ibnu Rejab dalam Ahwal al-Qubur hal. 119.

 

Ibnu Qayyim berkata dalam al-Ruh 1/158:

 

و أما قول من قال: إن أرواح المؤمنين بالجابية، وأرواح الكفار بحضرموت ببرهوت، فقال أبو محمد بن حزم: هذا من قول الرافضة، وليس كما قال، بل قد قاله جماعة من أهل السنّة

 

Adapun perkataan mereka yang mengatakan bahwa ruh orang-orang mukmin ada di Al-Jabiya, dan ruh orang-orang kafir ada di Hadhramaut, di Barhut, Ibnu Hazm berkata: Ini adalah perkataan kaum Rafidhah juga dikatakan oleh sekelompok orang Sunni.

 

 

Dan diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. katanya :

 

خير وادي النّاس وادي مكّة، وشرّ وادي الناس وادي الأحقاف، وادٍ بحضرموت يُقال له: برهوت فيه أرواح الكفّار

 

Sebaik-baik lembah subur bagi manusia ialah lembah Makkah. Dan seburuk-buruk lembah bagi manusia ialah lembah Ahqaf dekat Hadhramaut yang dinamakan Barhut yang padanya ada roh-roh orang kafir  (AR. Abdul Razzaq dalam Musannafnya 5/116 no. 9118, Ibnu Asakir Said bin Mansur dalam Musnadnya, sanadnya sahih)

 

Dan telah berkata Abu Hurairah ra. :

 

 إن أرواح الكفار تجمع ببرهوت

 

Sungguhnya segala ruh orang kafir berhimpun di Barhut (HR. Ibnu Hibban no. 3013, sanadnya sahih menurut Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Sahih Ibnu Hibban).

 

Kisah

 

 

 

حكي أن رجلا من الأغنياء حج إلى بيت الله الحرام، فلما وصل إلى مكة أودع من ماله ألف دينار عند رجل كان موسوما بالأمانة والصلاح إلى أن يقف بعرفات، فلما وقف بعرفات ورجع إلى مكة وجد الرجل قد مات، فسأل أهله عن ماله علم أنه لم يكن لهم به علم.

فأتى علماء مكة فأخبرهم بحاله وماله، فقالوا له : "إذا كان نصف الليل فأت زمزم وانظر فيها وناد "يا فلان" باسمه، فإن كان من أهل الجنة فسيجيبك بأول مرة، فمضى الرجل ونادى في زمزم فلم يجبه أحد، فجاء إليهم وأخبرهم فقالوا : "إنا لله وإنا إليه راجعون، نخشى أن يكون صاحبك من أهل النار.

اذهب إلى أرض اليمن ففيها بئر يسمى برهوت يقال أنه على فم جهنم، فانظر فيه بالليل وناد "يا فلان"، فإن كان من أهل النار فسيجيبك منها، فمضى إلى اليمن وسأل عن البئر فدل عليها فأتاها بالليل ونظر فيها ونادى "يا فلان" فأجابه فقال : "أين ذهبي؟" قال : "دفنته في الموضع الفلاني من داري ولم ائتمن عليه ولدي، فأتهم واحفر هناك تجده"، فقال له : "ما الذي أنزلك هاهنا وكنا نظن بك الخير؟" فقال : "كان لي أخت فقيرة هجرتها وكنت لا أحنو عليها فعاقبني الله سبحانه بسببها وأنزلني الله هذه المنزلة".

 

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki kaya telah pergi menunaikan haji di Baitullah al-Haram. Tatkala sampai di Mekah, beliau menyerahkan sebanyak seribu dinar kepada seorang lelaki yang dikenali dengan sifat amanah dan kesolehan supaya menjaga hartanya itu sehingga beliau selesai wukuf di Arafah.  Setelah berwukuf di Arafah dan kembali ke Mekah, beliau mendapati lelaki tadi telah mati. Lalu beliau bertanya keluarganya tentang hartanya yang ditinggalkan kepada si lelaki.Akhirnya beliau mendapat tahu bahawa mereka tidak mengetahuinya. Lalu beliau pergi menemui ulama-ulama Mekah dan menceritakan kepada mereka tentang situasi dan hartanya yang tidak diketahui dimana berada. Lalu mereka para ulama Mekah berkata kepadanya, "apabila tiba pertengahan malam, kamu pergilah ke telaga Zam Zam, dan lihatlah ke dalamnya, dan serulah 'wahai di fulan' dengan menyebut namanya. Jika dia tergolong dari kalangan ahli syurga, nescaya dia akan menyawab seruanmu itu dengan sekali seru sahaja. Lantas, si lelaki pergi ke telaga Zam Zam dan menyeru nama si mati di telaga Zam Zam, tetapi tiada seseorang pun menjawab seruannya. Lalu beliau datang semula kepada mereka [para ulama, dan menceritakan [apa yang berlaku], lantas mereka berkata, "inna lillah wa inna ilaihi raji'un, kami bimbang rakan mu itu (si mati) tergolong dari kalangan ahli neraka! . Pergilah ke negeri Yaman kerana di sana terdapat sebuah telaga yang dinamakan Barahut, yang dikatakan bahawa ia terletak di mulut neraka Jahannam. Lihatlah ke dalamnya (telaga Barahut) pada waktu malam, dan serulah 'wahai si fulan'. Jika dia dari kalangan ahli neraka, maka dia akan menyahut seruanmu dari dalamnya (perigi Barahut)". Lalu beliau pergi ke Yaman dan bertanya tentang telaga tersebut, lantas ditunjukkan kepadanya lokasinya. Lalu, beliau mengunjunginya pada waktu malam lantas sebaik tiba beliau merenung ke dalamnya dan menyeru 'wahai si fulan'. Lantas dia (si mati) menjawab seruannya, lalu beliau bertanya, "di mana wang emasku kamu letakkan?". Dia (si mati) menjawab, "aku menanamnya di tempat sekian-sekian di kawasan rumahku. Aku tidak mengamanahkannya kepada anakku agar dia menjaganya selepas kematianku. Maka, pergilah kamu menemui mereka (keluargaku), dan galilah di sana, nescaya kau akan menemuinya (wang emas)". Beliau bertanya kepadanya (si mati), "apakah yang telah menempatkan kamu di sini (telaga Barahut), sedangkan kami menyangka kamu orang yang baik?". Dia menjawab, "aku mempunyai seorang saudara kandung perempuan yang fakir. Aku tidak bertegur sapa dengannya dan tidak mengasihinya, maka Allah menghukumku disebabkannya (disebabkan sikapku terhadapnya) dan menempatkanku pada kedudukan ini!"

 

Takhrij

 

Kisah ni dinukilkan oleh az-Zahabi dlam al-Kabair 1/77

 

Yang menariknya, sebaik sahaja menukilkan cerita ini, pengarang al-Kaba'ir terus memberi komentar berikut :

 

و تصديق ذلك في الحديث الصحيح قوله صلى الله عليه و سلم : [ لا يدخل الجنة قاطع ] يعني قاطع رحم كالأخت و الخالة و العمة و بنت الأخت و غيرهم من الأقارب فنسأل الله التوفيق لطاعته إنه جواد كريم  

 

Perakuan [kepada yang sedemikian] itu terdapat dalam sepotong hadith sahih, iaitu sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang berbunyi, "tidak masuk syurga orang yang memutuskan", yakni orang yang memutuskan hubungan silaturrahim, seperti saudara kandung perempuan, adik beradik perempuan ibu (ibu saudara sebelah ibu), adik perempuan bapa (ibu saudara sebelah bapa), anak perempuan kepada saudara kandung perempuan (anak saudara perempuan) dan kaum kerabat yang lain.

 

Kisah ini bukan hanya dinukilkan oleh kitab al-Kaba'ir, yang dikatakan dikarang oleh Imam al-Zahabi itu malah turut dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn Abi Dunya, al-Hafiz Ibn Hajar al-Haithami dalam Az-Zawajir 'an Iqtiraf al-Kabair 2/129, Imam al-Saffarini dalam Ghiza' al-Albab fi Syarh Manzumah Al-Adab 1/357, dan ulama-ulama muktabar lain seperti yang dinyatakan Imam al-Saffarini sendiri.

 

Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya dalam al-Qubur hal. 59 umpamanya mencatatkan :

 

حدثنا الحسن بن عبد العزيز ثنا عمرو بن أبي سلمة عن عمر بن سليمان قال : "مات رجل من اليهود وعنده وديعة لمسلم، وكان لليهودي ابن مسلم فلم يعرف موضع الوديعة فأخبر شعيبا الجبائي فقال : إإت برهوت، فإن دونه عين تسبت، فإذا جفت في يوم السبت فامش عليها حتى تأتي عينا هناك فادع أباك، فإنه سيجيبك فاسأله عما تريد". ففعل ذلك الرجل، ومضى حتى أتى العين فدعا أباه مرتين، أو ثلاثا فأجابه فقال : "أين وديعة فلان؟"، قال : تحت أسكفة الباب، فادفعها إليه والزم ما أنت عليه".

 

Telah menceritakan kepada kami al-Hasan Ibn Abdul Aziz, beliau berkata telah menceritakan kepada kami Amru Ibn Abi Salamah, yang memetik daripada Umar Ibn Sulaiman bahawa dia berkata, "seorang lelaki Yahudi telah mati, dan dia ada menyimpan wadi'ah (barang yang diamanahkan untuk dijaga) seorang muslim. Lelaki Yahudi tersebut mempunyai  seorang anak lelaki muslim, namun beliau (anak Yahudi yang muslim) tidak tahu tempat wadi'ah disimpan. Lalu beliau memberitahu [hal itu] kepada Syuaib al-Juba'ie, lantas Syuaib al-Juba'ie berkata, "pergilah ke telaga Barahut, dan sesungguhnya sebelumnya [ada] mata air yang tenang. Apabila ia kering pada hari Sabtu, lintasilah ia (kawasan mata air yang sudah kering) sehingga kamu sampai kepada satu mata air di sana, dan di sana serulah ayahmu. Sesungguhnya, dia akan menyahut seruanmu, maka tanyalah dia tentang apa yang kamu mahu". Si lelaki tadi melakukan apa yang disarankan Syuaib al-Juba'ie, dan bergerak sehingga sampai kepada mata air yang dinyatakan. Lalu sebaik tiba beliau menyeru ayahnya dua kali atau tiga kali. Lantas ayahnya yang telah mati menjawab [seruan]nya, lalu beliau bertanya ayahnya, "di manakan wadi'ah si fulan?". Ayahnya menjawab, "di bawah ambang pintu. Serahkannya (wadi'ah) kepadanya (empunyanya), dan hendaklah kamu kekal di atas keadaan kamu sekarang ini-iaitu kekal di atas Islam" (AN. Ibn Abi al-Dunya dalam al-Qubur hal. 59, sanadnya didhaifkan oleh pentahqiq)

 

 

Namun, berdasarkan konteks ayat, maksud 'perakuan kepada yang sedemikian itu terdapat dalam sepotong hadith sahih...', ialah 'hakikat bahawa orang yang memutuskan hubungan silaturahim, tidak masuk syurga', diperakui oleh hadith sahih yang dinyatakan.

 

Komentar ini tidak bermaksud bahawa kebenaran keseluruhan cerita yang dikisahkan ini diperakui oleh hadith sahih tersebut.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 383601

 

https://www.islamink.com/2022/05/blog-post_23.html

 

https://warisan-semasa.blogspot.com/2014/04/telaga-barahut-cerita-ustaz-popular.html

 

https://askimam.org/public/question_detail/32709

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...