Wednesday 19 June 2024

Hadith dosa melalaikan solat kerana malas/tidur

 

 

Matan hadith

 

ثُمَّ أَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى قَوْمٍ تُرْضَحُ رُءوْسُهُمْ بِالصَّخْرِكُلَّمَارُضِحَتْ عَادَتْ كَمَاكَانَتْ وَلَا يَفْتُرُعَنْهُمْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ,  قَالَ يَاجِبْرِيْلُ مَنْ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ هَؤُلَاءِالَّذِيْنَ تَثَاقَلَتْ رُءُوْسُهُمْ عَنِ الصَّلَاةِ المكتوبة

 

 

Terjemahan

 

Kemudian  Nabi saw mendatangi satu kaum (dalam peristiwa israk mi'raj), yang kaum itu sedang ditindih kepala mereka dengan batu besar. Setiap kali kepala mereka itu ditindih batu (lalu hancur) maka kembali lagi kepala mereka seperti semua (berulang-ulang). Tidak sedikitpun dikendurkan siksa bagi mereka. Nabi saw bertanya: ya Jibril siapa orang-orang yang kepalanya ditindih dengan batu itu? Jibril menjawab: mereka adalah orang-orang yang sangat berat kepalanya (malas/tidur) untuk mengerjakan solat fardhu

 

 

Takhrij

 

HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no. 9518, at-Thabarani dalam Tafsinya 17/337, al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwah 2/397, daripada Abu Hurairah ra.

 

Hadith ini dinilai sebagai lemah oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif al-Targhib wa al-Tarhib no  315.

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...