Wednesday 19 June 2024

Hadith kemunculan al-Hashimi sebelum keluarnya dajjal

 

 

Matan hadith

 

 «سَتَكُونُ فِتْنَةٌ يُحَصَّلُ النَّاسُ مِنْهَا كَمَا يُحَصَّلُ الذَّهَبُ فِي الْمَعْدِنِ، فَلَا تَسُبُّوا أَهْلَ الشَّامِ، وَسَبُّوا ظَلَمَتَهُمْ، فَإِنَّ فِيهِمُ الْأَبْدَالُ، وَسَيُرْسِلُ اللَّهُ إِلَيْهِمْ سَيْبًا مِنَ السَّمَاءِ فَيُغْرِقُهُمْ حَتَّى لَوْ قَاتَلَتْهُمُ الثَّعَالِبُ غَلَبَتْهُمْ، ثُمَّ يَبْعَثُ اللَّهُ عِنْدَ ذَلِكَ رَجُلًا مِنْ عِتْرَةِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي اثْنَيْ عَشَرَ أَلْفًا إِنْ قَلُّوا، وَخَمْسَةَ عَشْرَ أَلْفًا إِنْ كَثُرُوا، أَمَارَتُهُمْ أَوْ عَلَامَتُهُمْ أَمِتْ أَمِتْ عَلَى ثَلَاثِ رَايَاتٍ يُقَاتِلُهُمْ أَهْلُ سَبْعِ رَايَاتٍ لَيْسَ مِنْ صَاحِبِ رَايَةٍ إِلَّا وَهُوَ يَطْمَعُ بِالْمُلْكِ، فَيَقْتَتِلُونَ وَيُهْزَمُونَ، ثُمَّ يَظْهَرُ الْهَاشِمِيُّ فَيَرُدُّ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ إِلْفَتَهُمْ وَنِعْمَتَهُمْ، فَيَكُونُونَ عَلَى ذَلِكَ حَتَّى يَخْرُجَ الدَّجَّالُ

 

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan daripada Ali R.A beliau berkata, 

 

"Akan berlaku fitnah di mana manusia akan memperolehi hasil daripadanya sepertimana ia memperolehi emas yang ada di lombongnya, maka janganlah kamu mencerca penduduk Syam tetapi cercalah kezaliman mereka, kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapat Abdal, dan Allah akan mengutus ke atas mereka hujan dari langit lalu menenggelamkan mereka sehiggakan sekiranya mereka memerangi serigala serigala, mereka akan menewaskannya. Kemudian Allah akan mengutus di waktu itu seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW bersama 12,000 orang jika sedikit, dan 15,000 orang jika banyak, tanda tanda mereka “amt amt” (maut bagi penentangnya) di bawah tiga bandera, lalu mereka itu memerangi pasukan tujuh bandera, tidak seorang pun di kalangan mereka yang memimpin (7)bandera itu melainkan kesemuanya tamakkan kerajaan (kuasa), mereka pun berjuang dan tewas (atau menang), kemudian zahirlah Al Hasyimi (Pemuda Bani Hasyim) lalu Allah mengembalikan kepada manusia kesenangan hidup mereka sehinggalah Allah mengeluarkan Dajjal."

 

Takhrij

 

HR. Nua'im bin Hammad dalam al-Fitan 1/57, al-Hakim dalam Mustadraknya no. 8883, at-Thabarani dalam al-Awsath no. 3905, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq1/334, daripada Abdullah al-Zurair al-Ghafiqi dan Ayyash bin Abbas Al-Qatbani

 

 أَخْبَرَنِي أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ سَلَمَةَ الْعَنَزِيُّ، ثَنَا عُثْمَانُ بْنُ سَعِيدٍ الدَّارِمِيُّ، ثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ، أَنْبَأَ نَافِعُ بْنُ يَزِيدَ، حَدَّثَنِي عَيَّاشُ بْنُ عَبَّاسٍ، أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ يَزِيدَ حَدَّثَهُ، أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ زُرَيْرٍ الْغَافِقِيَّ، يَقُولُ: سَمِعْتُ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، يَقُولُ

 

al-Hakim mensahihkan sanad hadith ini dan disetujui oleh az-Zahabi

 

Akan tetapi ia satu kecelaruan bahkan sanad hadith ini munkar kerana terkandung beberapa kecacatan, Antaranya di dalam sanadnya terdapat perawi yang lemah dan ingatannya bercampur bernama Abi Lahiyah. dan sanad ini juga terputus.

 

Sanad ini tidak mampu dinilai sahih dalam keadaan terputus, dan tidak juga mampu dinilai sahih dalam keadaan bersambung, dan sanad ini (sanad Al-Hakim) adalah salah satu sanad yang paling sahih dalam masalah al-Abdāl, mengingat bahawa lafaz al-Abdāl adalah lafaz yang benar, yang diucapkan oleh para imam, seperti Imam Ahmad, Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, dan Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab Al-Wasithah dan yang lainnya. Para imam ini tidak mengatakan terma al-Abdal itu dengan makna sufi yang menyimpang, akan tetapi mereka menegaskan al-Abdāl dengan makna yang benar yang sesuai dengan nas-nas dan kaedah-kaedah syariat (Mathalib Aliyah 13/364; Multaqa Ahlil Hadith no. 20829)

 

 

Rujukan

 

http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=20829

 

https://www.islamink.com/2023/06/blog-post_24.html

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...