Wednesday 19 June 2024

Hadith-hadith berkaitan Nabi Adam as dan al-Hind

 

 

1. Nabi Adam berhaji 1000 kali jalan kaki dari India ke Mekah

 

إن آدم أتى البيت ألف أتية – لم يركب قط فيهن – من الهند على رجليه.

 

Sesungguhnya Nabi Adam telah mendatangi Baitullah sebanyak seribu kali namun baginda tidak pernah menaiki kenderaan. Semuanya dengan berjalan kaki dari India.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Khuzaimah no. 2792, Abu Syaikh dalam al-Azhamah 5/1586, Ibnu Busyran dalam al-Amali no. 788, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 4605, daripada Ibnu Abbas ra.

 

 

Ibnu Khuzaimah mengisyaratkan kedhaifan pada hadith ini

 

Dinilai dhaif jiddan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5092.

 

Juga dinilai dhaif jiddan oleh Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 3831.

 

 

2. Nabi Adam diturunkan di India

 

Ibnu Abbas berkata:

 

إنَّ أوَّلَ ما أهبَطَ اللهُ آدَمَ إلى أرْضِ الهِندِ

 

Sesungguhnya tempat pertama dimana Allah swt turunkan Nabi Adam as di bumi adalah di al-Hind

 

Takhrij

 

AR. al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 4042,  daripada Said bin Jubair ra. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 7/437.

 

al-Hakim menilai sanad atsar ini sahih

 

Syeikh al-Albani menilai hadith Ibnu Asakir itu dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 403

 

Para ulama berselisih pendapat berkenaan hal ini, ada yang mengatakan tempat diturunkan di India, di Arafah, di Thaif di Dhana, di Safa-Marwah, di Jeddah. Akan tetapi kesemua keterangan tempat turunnya Adam ini tidak dapat dibuktikan kebenarannya (Tafsir Al-Quran Al-`Azim 1/237, Fatwa Soaljawab Islam no. 141280)

 

 

3. Nabi Adam diturunkan di India dengan ketinggian yang sangat tinggi lalu dikurangkan Allah

 

عن قتادة قال: وضع الله البيت مع آدم، حين أهبط الله آدم إلى الأرض، وكان مهبطه بأرض الهند، وكان رأسه في السماء، ورجلاه في الأرض، فكانت الملائكة تهابه، فنقص إلى ستين ذراعا…

 

Dari Qatadah katanya, ‘ Allah meletakkan baitullah bersama Adam, ketika Allah menurunkannya ke bumi, tempat turunnya adalah di bumi India, kepalanya menjejak langit dan kedua kakinya di bumi, malaikat takut padanya hingga dikurangkan kepada 60 hasta..

 

Takhrij

 

AR. Abdurrazzaq dalam Tafsirnya 1/58-59, Ibnu Jarir at-Thabari no. 2042.

 

Dhaif kerana terdapat pertentangan  dengan hadith yang lebih sahih, Ibnu Kathir menyebutkan selepas mengisyaratkan kedhaifan  atsar ini seperti berikut:

 

وفي هذا نظر لما تقدم من الحديث المتفق على صحته عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: " إن الله خلق آدم وطوله ستون ذراعا فلم يزل الخلق ينقص حتى الآن " * وهذا يقتضي أنه خلق كذلك لا أطول من ستين ذراعا...

 

Riwayat ini perlukan penelitian, telahpun disebutkan sebelumnya hadith yang disepakati kesahihahnnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam berkata, ‘ Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dengan ketinggiannya 60 hasta dan sentiasa berkurangan sejak penciptaanya sehingga sekarang’. Ini menunjukkan bahawa demikianlah penciptaan (Adam) dan tidak lebih tinggi dari 60 hasta (Bidayah wan Nihayah 1/102).

 

 

4.Bahtera Nabi Nuh as tawaf Kaabah

 

عن ابن عباس قال : كان بين دعوة نوح عليه السلام وبين هلاك قومه ثلاثمائة سنة وكان فار التنور بالهند وطافت سفينة نوح عليه السلام بالبيت

 

Dari Ibnu Abbas ra telah berkata bahawa, "Jarak antara Nabi Nuh as dengan hancurnya kaumnya adalah 300 tahun. Dari tungku api (tannur) di AL HIND telah keluar air dan kapalnya Nabi Nuh as. berminggu-minggu mengelilingi Kaabah

 

Takhrij

 

AR. al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 3810, daripada Ikrimah ra.

 

al-Hakim menilai sanad hadith ini sahih

 

Akan tetapi yang benarnya atsar ini tidak sahih (Multaqa Ahlil Hadith 46/451)

 

Dhaif menurut pentahqiq Mustadrak al-Hakim 2/406, Islamkotob, Dar al-Haramain, kerana terdapat perawi yang lemah bernama al-Nadhru:

 

 

حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ، ثنا الْعَبَّاسُ بْنُ مُحَمَّدٍ الدُّورِيُّ، ثنا أَبُو يَحْيَى الْحِمَّانِيُّ، ثنا النَّضْرُ أَبُو عُمَرَ الْخَزَّازُ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ....

 

Dia dilemahkan jemaah nuqqad. Abu Hatim menilai beliau munkarul hadith (Tahzibut Tahdzib 4/225)

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 141280

 

https://shamela.ws/narrator/6558

 

https://shamela.ws/book/2266/3932

 

https://titian-sebenar.blogspot.com/2014/03/tinggi-adam-alaihissalam-60-hasta.html?m=1

 

https://rb.gy/btrfv9

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...