Thursday 20 June 2024

Hadith mandi wajib kerana jimak dapat pahala amalan setahun

 

Pahala setahun itu hadithnya sahih.

 

Tapi pemahaman hadith bawa sampai ke jimak itu tidak tepat, malah menurut Imam Nawawi itu adalah pendapat yang lemah dan batil, yang tepat  dirajihkan ramai ulama dan merupakan pendapat majoriti, maksud  mandi itu adalah mandi sunat jumaat (Fathul Bari 2/366):

 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

مَنْ غَسَّلَ وَاغْتَسَلَ وَغَدَا وَابْتَكَرَ وَدَنَا مِنْ الْإِمَامِ وَلَمْ يَلْغُ كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ عَمَلُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا

 

“Barang siapa membersihkan dirinya dan mandi , lalu ia segera berangkat (ke masjid) seawal mungkin serta mendekat (duduk saf paling dekat) kepada imam, dan ia tidak melakukan hal yang sia-sia, setiap langkahnya laksana amalan satu tahun disertai puasa dan solat malamnya.” (HR. An-Nasaie no. 1364; HR. At-Tirmidzi no. 456; HR. Ad-Darimi no. 1503; HR. Ahmad no. 16348, sahih)

 

Keutamaan menggauli isteri di malam Jumaat pun tidak luput dari serbuan hadith-hadith dhaif. Misalnnya hadith,

 

أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يُجَامِعَ أَهْلَهُ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ لَهُ أَجْرَيْنِ: أَجْرُ غَسْلِهِ، وَأَجْرُ غَسْلِ اْمرَأَتِهِ؟

 

“Apakah seorang di antara kalian lemah untuk menggauli isterinya di setiap Jumaat padahal itu mempunyai dua pahala; pahala mandi junub dan pahala memandikan isterinya (menggauli isterinya)?”

 

Hadith yang diriwayatkan dari Baqiyah bin al-Walid, dari Yazid bin Sinan, dari Bakir bin Fairuz, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ini ternyata dinilai sebagai hadith yang munkar .

 

Pernyataan ini disampaikan oleh Syeikh al-Albani dalam kitabnya Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah no. 6194 (13/424) versi al-Maktabah asy-Syamilah.

 

Hadith tersebut dikeluarkan oleh abu Na’im dalam kitab Ath-Thibb 2/79, Al-Baihaqi dalam kitab Syu’abul Iman no. 2991 (3/98), ad-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus no. 1 (1/180).

 

Terdapat riwayat lain yang dibawakan oleh Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin 2/51 yang dijadikan hujah fadhilat jimak secara umum.

 

إن الرجل ليجامع أهله فيكتب له بجماعه أجر ولد ذكر قاتل في سبيل الله فقتل

 

Sesungguhnya seseorang lelaki akan menggauli isterinya lalu ditulis untuk jimaknya itu pahala seorang anak lelaki yang berjihad di jalan Allah lalu terbunuh.

 

Al-Hafiz Al-Iraqi dalam semakan kepada Ihya' Ulumuddin menyatakan hadith ini tiada asalnya (palsu ) (Takhrij Ahadits Ihya’ Ulumiddin, Muhammad al-Haddad, 2/994)

 

Rujukan

 

https://islam.nu.or.id/syariah/awal-mula-keutamaan-sunnah-rasul-malam-jumat-PnUc9

 

https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/benarkah-terdapat-dalil-menyatakan-sunat-jima-di-malam-jumaatdiriwayatkan%D8%A3%D9%8E%D9%8A%D9%8E%D8%B9%D9%92%D8%AC/1378194548874708/

 

https://muslim.or.id/68525-benarkah-sunnah-berhubungan-intim-di-malam-jumat.html

 

https://www.dakwah.id/menggauli-istri-di-malam-jumat/

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...