Thursday 20 June 2024

Hadith masjid Al Khaif Mina kuburan 70 Nabi

 

Sanad dan matan hadith

 

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُسْتَمِرِّ الْعُرُوقِيُّ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ مُحَبَّبٍ أَبُو هَمَّامٍ، ثنا إِبْرَاهِيمُ بْنُ طَهْمَانَ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:  فِي مَسْجِدِ الْخَيْفِ قُبِرَ سَبْعُونَ نَبِيًّا

 

Terjemahan

 

Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al-Mustamir Al-‘Uruqi : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muhabbab Abu Hammam : Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Thahman, dari Manshur, dari Mujahid, dari Ibnu ‘Umar : Bahawasannya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Di masjid Khaif, telah dikubur tujuhpuluh orang Nabi”

 

Takhrij

 

HR. al-Bazzar sepertimana disebutkan al-Haithami dalam dalam Kasyful Astar no. 1177, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 13525, ad-Daraquthni dalam al-Afrad sepertimana disebutkan oleh  Ibnu Thahir al-Maqdisi dalam al-Atraf al-Gharaib wal Afrad 3/416.

 

Dhaif menurut ad-Daraquthni

 

Ibnu Hajar al-Asqalani Mukhtasar Zawaid al-Bazzar 1/476 menilai sanad hadith ini sahih.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Jami’ no. 4020.

 

Pertama, hadith tersebut infarada bihi Ibrahim bin Thahman (hanya diriwayatkan dari jalurnya saja, bersendiri). Sedangkan ia adalah perawi yang walaupun dianggap tsiqah oleh majoriti ahli hadith, akan tetapi ada sebahagian ahli hadith yang mempermasalahkan sebagian riwayatnya. Oleh itu, Ibnu Hajar menyatakannya sebagai perawi tsiqah yang suka meriwayatkan hadith-hadith gharib, sedangkan Ibnu Hibban mengatakan sebagai berikut:

 

 أمره مشتبه, له مدخل في الثقات ومدخل في الضعفاء, وقد روى أحاديث مستقيمة تشبه أحاديث الأثبات, وقد تفرد عن الثقات بأشياء معضلات

 

“(Ibrahim bin Thahman ini) perkaranya tidak jelas. Dia berpotensi untuk digolongkan sebagai perawi tsiqah, namun juga berpotensi untuk digolongkan dalam perawi dhaif. Ia meriwayatkan sejumlah hadith yang mustaqim (benar), yang mirip dengan hadithnya orang-orang tsiqah; namun terkadang meriwayatkan beberapa hal yang kacau dari perawi-perawi yang tsiqah, tanpa ada yang menyertainya dalam periwayatan hal-hal tersebut“ (at-Tsiqat 6/27)

 

Ini menunjukkan bahawa hadith Ibrahim bin Thahman ini tidak boleh diterima begitu saja, apalagi bila matannya terkesan ‘aneh’ seperti ini. Ala kulli haal, kalaupun kita anggap hadith ini sahih sanadnya, maka matannya munkar, sebab:

 

1.       Bercanggah dengan larangan nabi yang melarang kita memijak, duduk di atas kuburan. Kerana bila orang solat dan beraktiviti dalam masjid tersebut pastilah mereka sudah melakukan hal yang terlarang di atas kerana kedudukan 70 kubur itu pun pastilah tersebar di seluruh masjid yang tidak diketahui kedudukannya.

 

 

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه

 

“Nabi shallallaahu alaihi wa sallam melarang untuk menggamping kuburan, duduk di atasnya, atau mendirikan bangunan di atasnya.” (HR. Muslim no. 970).

 

2.       Istilah ‘masjid’ dalam bahasa Arab tidak harus berlaku pada bangunan masjid, namun semua tempat sujud sah-sah saja dinamakan ‘masjid’. Bukankah dalam hadith shahih Nabi bersabda:

 

جعلت لي الأرض مسجدا وطهورا

 

“Bumi (tanah) dijadikan sebagai masjid (tempat sujud/shalat) bagiku, sekaligus sebagai media bersuci (tayammum).” (HR. Bukhari no. 438 dan Muslim no. 521)

 

Demikian pula bila Nabi mengatakan bahawa ada 70 kuburan Nabi di Masjid Khaif, maka jangan dibayangkan bahawa sejak dahulu di tempat itu sudah terdapat bangunan masjid yang berstruktur berkubah seperti sekarang… sebab boleh jadi yang dimaksud masjid sekadar tempat solat/lapangan tanpa memiliki bangunan.

 

Rujukan

 

https://basweidan.com/827/

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...