Thursday 20 June 2024

Atsar yang menjadi dalil kepada kenduri tahlil kematian??

 

Matan atsar

 

Al-Ahnaf bin Qais rah berkata:

 

فلما طعن عمر أمر صهيباً أن يصلي بالناس، ويطعمهم ثلاثة أيام حتى يجتمعوا على رجل، فلما رجعوا من الجنازة جيء بالطعام ووضعت الموائد كف الناس عن الطعام، فقال العباس: يا أيها الناس إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد مات، فأكلنا بعده، وشربنا ومات أبو بكر -رضي الله عنه-، فأكلنا، وإنه لا بد للناس من الأكل والشرب، فمد يده فأكل الناس

 

Terjemahan

 

Ketika Umar bin al-Khatthab ra ditikam (oleh Abu Lu’lu’ah al-Majusi), maka beliau memerintahkan Shuhaib untuk mengimami solat manusia dan memberikan makan mereka selama 3 hari sampai terpilih khalifah pengganti. Ketika mereka pulang dari jenazah Umar (pada hari keenam setelah ditusuk) dan hidangan diletakkan, maka manusia tidak mahu makan (kerana sedih atas kematian Umar). Maka Abbas berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya Rasulullah saw juga mati, maka kami tetap makan setelah beliau. Dan Abu Bakar ra juga mati, maka kami pun tetap makan. Sesungguhnya manusia itu harus makan dan minum. Maka Abbas mengambil makan dan manusia pun ikut makan.

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Sa’ad dalam ath-Thabaqat 4/30, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 12/357, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 26/373, Al Bazzaz, Al Fawaid Asy Syahir no. 305

 

Di dalam sanadnya terdapat Ali bin Zaid bin Jud’an. Ia dilemahkan oleh banyak ulama (Mizanul I’tidal 3/127-128).

 

Al Bushiri dalam Al Ittihaf Al Khairah no. 2000, katanya: diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’ dalam sanadnya terdapat Zaid bin Ali bin Jud’an (seorang perawi yang dhaif).

 

Kisah kematian Umar di atas (seandainya sahih atau hasan) dan tapi ternyata dhaif, merupakan bukti bahawa orang-orang yang bersedih kerana kematian perlu dibuatkan hidangan ‘Atirah’.

 

Dan diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Bakar ra bahawa beliau berkata:

 

فَمَازَالَتْ السُّنَّةُ فِينَا ، حَتَّى تَرَكَهَا مَنْ تَرَكَهَا

 

“Dan ajaran sunnah ini terus berlangsung di masa kami, sampai perlahan-lahan ditinggalkan.” (Al-Mughni 5/48, asy-Syarhul Kabir 2/426).

 

Dan yang terjadi di zaman sekarang adalah bukan mengirimkan makanan kepada keluarga si mati, malah sebaliknya. Keluarga si mati yang sudah kesusahan harus bertambah susah lagi untuk membiayai acara ma’tam dan wadhimah.

 

 

Matan atsar

 

Al-Imam Abdur Razzaq ash-Shan’ani ra berkata:

 

عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ: قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ: إِنَّمَا يُفْتتَنُ رَجُلَانِ مُؤْمِنٌ وَمُنَافِقٌ، «أَمَّا الْمُؤْمِنُ فَيُفْتَنُ سَبْعًا، وَأَمَّا الْمُنَافِقُ فَيُفْتَنُ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا، وَأَمَّا الْكَافِرُ فَلَا يُسْأَلُ عَنْ مُحَمَّدٍ وَلَا يَعْرِفُهُ». قَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ: وَأَنَا أَقُولُ: قَدْ قِيلَ فِي ذَلِكَ، فَمَا رَأَيْنَا مِثْلَ إِنْسَانٍ أَغْقَلَ هَالِكُهُ سَبْعًا أَنْ يَتَصَدَّقَ عَنْهُ

 

Terjemahan

 

“Abdur Razzaq dari Ibnu Juraij. Ia berkata: “Abdullah bin Umar berkata: “Yang difitnah (ditanyai di kuburnya) hanyalah 2 orang, iaitu orang mukmin dan orang munafik. Adapun orang mukmin, maka ia ditanya selama 7 hari. Adapun orang munafik, maka ia ditanya selama 40 hari. Adapun orang kafir, maka ia tidak ditanya tentang Muhammad dan ia tidak mengetahuinya.” Ibnu Juraij berkata: “Dan aku berkata: “(Konon) dikatakan demikian dalam berita ini. Maka kami berpendapat seperti manusia yang ditakutkan binasanya pada 7 hari tersebut untuk dikirimkan (pahala) sedekah kepadanya.” .

 

Takhrij

 

AR. Abdur Razzaq dalam Mushannafnya 3/590, no. 6757

 

Atsar di atas adalah dhaif kerana adanya Ibnu Juraij yang merupakan seorang mudallis (orang yang suka menyembunyikan periwayatan).

 

Al-Imam ad-Daraquthni ra berkata:

 

تجنب تدليس ابن جريج فإنه قبيح التدليس لا يدلس إلا فيما سمعه من مجروح مثل ابراهيم بن أبي يحيى وموسى بن عبيدة وغيرهما وأما ابن عيينة فكان يدلس عن الثقات

 

Jauhilah tadlis yang dilakukan oleh Ibnu Juraij. Kerana ia adalah buruk tadlisnya. Ia tidaklah melakukan tadlis (menyembunyikan periwayatan) kecuali dari perawi yang dijarh (dicela kerana dhaifnya) seperti Ibrahim bin Abi Yahya, Musa bin Ubaidah dan lainnya. Adapun Ibnu Uyainah, maka ia tidak melakukan tadlis kecuali dari orang-orang yang tsiqah.” (Tahdzibut Tahdzib 6/360).

 

Imam Ahmad berkata:

 

إذا قال ابن جريج قال فلان وقال فلان وأخبرت جاء بمناكير وإذ قال أخبرني وسمعت فحسبك به

 

“Jika Ibnu Juraij berkata “Fulan telah berkata dan Fulan telah berkata” dan “Aku diberitahu”, maka ia datang dengan riwayat-riwayat mungkar. Jika ia berkata “telah menceritakan kepadaku” dan “Aku telah mendengar”, maka cukuplah bagimu.” (Tahdzibut Tahdzib  6/359, Siyar A’lam an- Nubala’: 6/328).

 

 

Matan atsar

 

Dari Mujahid bin Jabr rah dia berkata,

 

إن الموتى كانوا يفتنون في قبورهم سبعاً ، فكانوا يستحبون أن يطعم عنهم تلك الأيام

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya orang yang wafat diuji di kuburnya selama 7 hari  Mereka menganjurkan untuk memberi makan atas nama mayat.”

 

Ibnu Rajab dalam kitabnya Ahwal Al-Kubur hal. 16 mengaitkan riwayat ini kepada Mujahid tanpa menyebut sumbernya dan tidak kami dapatkan sanadnya.

 

Demikian pula As-Suyuthi rahimallah berkata demikian,

 

لم أَقف على سَنَده

 

 “Tidak kami dapatkan sanadnya.” (Ad-Dibaj Syarhul Muslim, Sahih Muslim 2/491)

 

 

 

Mereka juga memperdalilkan dengan fatwa Imam as-Suyuthi yang berkomentar:

 

 

إن سنة الإطعام سبعة أيام بلغني أنها مستمرة إلى الآن بمكة والمدينة فالظاهر أنها لم تترك من عهد الصحابة إلى الآن وإنهم أخذوها خلفا عن سلف إلى الصدر الأول

 

“Sesungguhnya sunnah memberi makan selama 7 hari telah sampai kepadaku bahawa sunnah tersebut berlangsung sampai sekarang di Makkah dan Madinah. Maka yang jelas bahawa sunnah tersebut belum pernah ditinggalkan semenjak masa sahabat sampai sekarang. Dan mereka mengambil sunnah ini dari generasi ke generasi.” (Al-Hawi lil Fatawa 3/288).

 

Akan tetapi ucapan ini dibantah:

 

Pertama: perbuatan penduduk Makkah dan Madinah tidak boleh dijadikan dalil untuk melarang atau memperbolehkan suatu perkara. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama usul fiqh.

 

Al-Allamah Badruddin az-Zarkasyi asy-Syafi’i (wafat tahun 794 H) rahimahullah berkata:

 

إجْمَاعُ أَهْلِ الْحَرَمَيْنِ : مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ ، وَالْمِصْرَيْنِ : الْبَصْرَةِ وَالْكُوفَةِ ، لَيْسَ بِحُجَّةٍ ، خِلَافًا لِمَنْ زَعَمَ ذَلِكَ مِنْ الْأُصُولِيِّينَ .

 

“Ijma’ (kesepakatan) penduduk al-Haramain; yakni Makkah dan Madinah, dan penduduk al-Mishrain; yakni Bashrah dan Kufah bukanlah hujah (dalil) dalam rangka menyelisihi ulama usul fiqh yang meyakini ke-hujahannya.” (Al-Bahrul Muhith fi Ushulil Fiqh 6/127).

 

Beliau melanjutkan:

 

وَهَذَا صَرِيحٌ بِأَنَّ الْقَائِلِينَ بِذَلِكَ لَمْ يُعَمِّمُوا فِي كُلِّ عَصْرٍ ، بَلْ فِي عَصْرِ الصَّحَابَةِ فَقَطْ

 

“Ini jelas bahawa ulama yang berpendapat demikian tidak menggeneralisasi (ijma’) pada setiap zaman, tapi hanya ijma’ (Ahlul Haramain) pada zaman sahabat saja.” (Al-Bahrul Muhith fi Ushulil Fiqh 6/127).

 

Demikian pula menurut al-Allamah Abul Hasan al-Amidi asy-Syafi’i (wafat tahun 631 H) rahimahullah. Beliau berkata:

 

وعلى ما ذكرناه فلا يكون إجماع أهل الحرمين مكة والمدينة والمصرين الكوفة والبصرة حجة على مخالفيهم وإن خالف فيه قوم لما ذكرناه من الدليل

 

“Dan menurut penjelasan yang telah kami sebutkan, maka ijma’ (konsensus) penduduk al-Haramain; iaitu Makkah dan Madinah, serta penduduk al-Mishrain; yaitu Kufah dan Bashrah, tidak boleh menjadi hujah bagi orang yang menyelisihi mereka, meskipun tidak disetujui oleh sebahagian ulama, kerana dalil yang telah kami sebutkan.” (Al-Ihkam fi Ushulil Ahkam: 1/305).

 

Kedua: as-Suyuthi tidak membawakan dengan sanad yang boleh diterima bahawa kebiasaan memberikan makan selama 7 hari itu terjadi di jaman as-Salaf. Beliau hanya berkata:

 

فالظاهر أنها لم تترك من عهد الصحابة إلى الآن وإنهم أخذوها خلفا عن سلف إلى الصدر الأول

 

“Maka yang jelas bahawa sunnah tersebut (yakni: memberi makan) belum pernah ditinggalkan semenjak masa sahabat sampai sekarang. Dan mereka mengambil sunnah ini dari generasi ke generasi.” (Al-Hawi lil Fatawa: 3/288).

 

Begitu pula di dalam kitab-kitab fiqih keempat mazhab, terutama Mazhab Maliki yang menjadikan perbuatan penduduk Madinah sebagai hujah dan dalil. Tidak dijumpai penukilan ini selain dari as-Suyuthi rahimahullah.

 

Al-Allamah Syamsuddin al-Haththab ar-Ru’aini al-Maliki rahimahullah menyatakan:

 

الراجح في مذهبنا أن إجماع أهل المدينة حجة فيما طريقه النقل، وليس هو بحجة عند الجمهور

 

“Pendapat yang rajih (kuat) menurut mazhab kami (Malikiyah) adalah bahwa kesepakatan penduduk Madinah adalah menjadi hujjah di dalam perkara yang dinukil melalui periwayatan. Sedangkan menurut jumhur ulama, kesepakatan penduduk Madinah tidak boleh dijadikan hujjah.” (Qurratul Ain li Syarah Waraqat Imamil Haramain hal. 52).

 

Di dalam kitab-kitab fiqh Malikiyah tidak dijumpai penukilan periwayatan bahawa penduduk Madinah melakukan sedekah makanan untuk orang mati selama 7 hari. Yang dijumpai adalah keterangan sebaliknya, al-Allamah Haththab ar-Ru’aini al-Maliki rahimahullah berkata:

 

أما إصلاح أهل الميت طعاما وجمع الناس عليه فقد كرهه جماعة وعدوه من البدع لأنه لم ينقل فيه شيء وليس ذلك موضع الولائم

 

“Adapun jika keluarga mayit membuat hidangan dan mengumpulkan manusia pada hidangan tersebut, maka sebahagian ulama Malikiyah membencinya dan menganggapnya sebagai perkara bidaah, kerana acara tersebut tidak pernah dinukilkan (dari as-Salaf di Madinah) dan itu bukan tempat walimah (untuk bersenang-senang).” (Mawahibul Jalil li Syarah Mukhtashar Khalil 3/37).

 

Keterangan di atas menunjukkan bahawa al-Hafiz as-Suyuthi rahimahullah terlalu tasahul (bermudah-mudahan) di dalam periwayatan. beliau banyak sekali menshahihkan hadith dhaif bahkan menguatkan hadith-hadith maudhu’.

 

Al-Allamah Nu’man al-Alusi (wafat tahun 1342 H) rahimahullah berkata:

 

والسيوطي رحمه الله كان فيما ألفه من الكتب حاطب ليل، في كل كتاب له مذهب ومشرب

 

“Dan as-Suyuthi rahimahullah di dalam kitab-kitab yang ditulisnya termasuk ‘hathibu lail’ (pencari kayu bakar di malam hari) mengambil dari segala kitab yang memiliki mazhab dan sumber.” (Ghayatul Amani fir Radd alan Nabhani 1/73).

 

Istilah ‘hathibu lail’ atau ‘pencari kayu bakar di malam hari’ digunakan oleh para ulama untuk orang yang terlalu bermudahan di dalam sanad hadith.

 

Al-Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata:

 

مثل الذي يطلب الحديث بلا إسناد كمثل حاطب ليل

 

“Permisalan orang yang mencari haditth tanpa sanad ibarat orang yang mencari kayu bakar di malam hari.” (Fathul Mughits Syarh Alfiyatil Hadith  3/4).

 

Al-Allamah Ahmad bin Shiddiq al-Ghumari (wafat 1961 M) rahimahullah berkata:

 

ومنها أحاديث لم يَظن هو أنها موضوعة، لأنه متساهلٌ في ذلك غاية التساهل. فلا يكاد يحكم على حديثٍ بالوضع إلا إذا دعته الضرورة إلى ذلك فى الاحتجاج على خصمه…. وما عدا ذلك فإنه يتساهل في إيراد الحديث الموضوع، بل وفي الاحتجاج به أيضاً..الخ

 

“Di antaranya (yakni: hadith-hadith maudhu’ dalam al-Jami’ush Shaghir) adalah hadith-hadith yang mana as-Suyuthi tidak menyangka bahawa itu hadith maudhu’, kerana beliau itu bersikap tasahul (bermudah-mudahan) dengan sikap tasahul yang teramat sangat. Beliau hampir tidak pernah menghukumi suatu hadith sebagai hadits palsu kecuali jika beliau terpaksa menilainya sebagai hadith maudhu’ di dalam mematahkan lawan debat beliau….. Dan selain itu beliau bersikap tasahul di dalam membawakan hadith palsu, bahkan berdalil dengannya juga..dst.” (Al-Mughir ala al-Ahadits al-Maudhu’ah fil Jami’ish Shaghir: 6).

 

Ketiga: Katakanlah riwayat yang dibawakan oleh as-Suyuthi rahimahullah itu sahih. Maka pelaksanaan pemberian sedekah untuk mayit tidak seperti acara selamatan kematian atau ma’tam’, kerana ijma’ (kesepakatan) as-Salaf tentang dibencinya acara ini. Di sini terdapat kaedah bahawa teks hadith yang muhtamal (mempunyai banyak kemungkinan makna seperti atsar Thawus dan Ibnu Juraij) harus dibawa kepada teks hadith yang muqayyad (terperinci dan jelas).

 

Al-Allamah Ala’uddin al-Bukhari (wafat 730 H) rahimahullah berkata:

 

ولأن المطلق محتمل والمقيد بمنزلة المحكم فيحمل المحتمل عليه ويكون المقيد بيانا للمطلق على ما هو المختار..الخ

 

“Dan kerana lafaz yang mutlak itu bersifat muhtamal. Dan lafaz yang muqayyad itu menduduki teks yang muhkam. Maka teks yang muhtamal haruslah dibawa (difahami) dengan teks yang muhkam. Sehingga lafaz yang muqayyad menjadi penjelasan bagi lafaz yang mutlak menurut pendapat yang terpilih…dst.” (Kasyful Asrar an Ushul al-Bardza’i 2/418).

 

Maka dari keterangan di atas jika kita menjumpai hadith atau atsar dari as-Salaf tentang anjuran memberi sedekah atas mayit kepada fakir miskin, maka kita tidak boleh membawanya kepada pemahaman acara ‘ma’tam’ atau ‘wadhimah’. Kerana larangan ma’tam dan wadhimah bersifat muhkam.

 

Di antara contoh sedekah untuk mayit adalah memberikan sedekah makanan kepada fakir miskin atas seseorang yang mati dalam keadaan mempunyai hutang puasa Ramadlan.

 

Amrah bintu Abdirrahman rahimahallah berkata:

 

سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، فَقُلْتُ لَهَا: إِنَّ أُمِّيَ تُوُفِّيَتْ وَعَلَيْهَا رَمَضَانُ، أَيَصْلُحُ أَنْ أَقْضِيَ عَنْهَا؟ فَقَالَتْ: ” لَا , وَلَكِنْ تَصَدَّقِي عَنْهَا مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ عَلَى مِسْكِينٍ , خَيْرٌ مِنْ صِيَامِكِ عَنْهَا “

 

“Aku bertanya kepada Aisyah radliayallahu anha, maka aku bertanya: “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia sedangkan ia mempunyai hutang satu puasa pada bulan Ramadlan, apakah pantas aku berpuasa untuk membayar hutangnya?” Beliau menjawab: “Tidak usah, tetapi bersedekahlah makanan baginya untuk setiap hari puasa kepada seorang miskin. (Itu) lebih baik daripada kamu berpuasa atasnya.” (AR.  ath-Thahawi dalam Musykilul Atsar no. 1989 , 5/373, sanadnya disahih-kan oleh Ibnu at-Turkamani dalam al-Jauharun Naqi 4/257).

 

Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma juga berkata:

 

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامُ شَهْرٍ فَلْيُطْعَمْ عَنْهُ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا

 

“Barangsiapa mati, sedangkan ia mempunyai hutang puasa Ramadhan, maka hendaknya disedekahkan makanan baginya untuk setiap hari puasa kepada seorang miskin.” (HR. At-Tirmidzi no. 718, Ibnu Majah no. 1757 dan al-Baihaqi dalam al-Kubra 8476 4/254. Al-Hafiz merajihkan mauqufnya dalam at-Talkhish no.  922, 2/453).

 

Maka memberikan sedekah makanan atas mayit yang mempunyai hutang puasa Ramadhan tidak boleh difahami dengan mengadakan acara ‘ma’tam’ dan ‘wadhimah’.

 

 

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 172254

 

https://tulisansulaifi.wordpress.com/2017/07/27/selamatan-kematian-menurut-islam/

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...