Thursday 20 June 2024

Hadith memandang wajah ulama/guru dapat pahala seperti sedekah 1000 kuda di jalan Allah

 

Matan hadith

 

قال النبي صلى الله عليه وسلم لابن مسعود رضي الله عنه: {يَا ابْنَ مَسْعُوْدٍ، جُلُوْسُكَ سَاعَةً فِيْ مَجْلِسِ العِلْمِ، لاَ تَمَسُ قَلَماً، وَلاَ تَكْتُبُ حَرْفًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ عِتْقِ أَلْفِ رَقَبَةٍ، وَنَظَرُكَ إِلىَ وَجْهِ العَالِمِ خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَلْفِ فَرَسٍ تَصَدَّقْتَ بِهَا فِيْ سَبِيْلِ اللهِ، وَسَلاَمُكَ عَلىَ العَالِمِ خَيْرٌ لَكَ مِنْ عِبَادَةِ أَلْفِ سَنَةٍ}.

 

Terjemahan

 

Nabi Muhammad saw bersabda kepada Ibnu Mas'ud ra. "Wahai Ibnu Mas'ud, dudukmu selama satu jam dalam majlis ilmu, tanpa memegang pena, dan tanpa menulis satu huruf pun, adalah lebih baik bagimu daripada membebaskan seribu orang hamba, dan melihat wajah seorang alim adalah lebih baik bagimu daripada seribu kuda yang kamu sedekahkan di jalan Allah, dan memberi salam kepada seorang alim adalah lebih baik bagimu daripada beribadah seribu tahun."

 

Takhrij

 

HN. as-Suyuthi dalam Lubabul Hadith hal. 5

 

Hadith palsu tiada asal.

 

Berkata Syeikh Abdurrahman bin Qasim dalam Durar Saniniyah al-Ajwibah al-Najdiyyah 12/255:

 

فهذه الآثار ونحوها ليست بشيء عند أهل العلم بالحديث، ولا يحتج بها ويعول عليها من له أدنى تمييز وممارسة; وإنما يلتفت إليها، ويحكيها أهل الجهالة والسفاهة، من القصاصين والكذابين; وأما أهل العلم والدين، فبمجرد النظر إليها، والوقوف عليها، يعرفون أنها من الأخبار الموضوعة المكذوبة، التي لا تروج إلا على سفهاء الأحلام، وأشباه الأنعام

 

Riwayat-riwayat ini dan yang sejenisnya tidak bererti apa-apa menurut ahli hadith, dan tidak dijadikan hujah dan sandaran oleh sesiapa yang mempunyai sedikit pengetahuan dan pengalaman.  Namun hal ini diperhatikan dan diceritakan oleh orang-orang dungu dan bodoh, tukang karut serta pendusta.  Adapun orang-orang yang berilmu dan beragama, hanya dengan melihatnya dan memerhatikan saja, mereka sudah mengetahui bahawa itu adalah berita yang direka-reka dan palsu yang hanya beredar di kalangan manusia lemah akal dan seumpama binatang ternak.

 

Malah kitab Lubabul Hadith ini juga turut diragui kesahihannya oleh para pengkaji hadith, akan penisbatannya kepada  penulisan dari Imam as-Suyuthi (https://www.youtube.com/shorts/drFQOD2vbio; Jawah hadith scholarship in the nineteenth century: a comparative study of the adaptions of Lubab al-Hadith composed by Nawawi of Banten (d.1314/1897) and Wan Ali of Kelantan (d. 1331/1913) hal. 17-20) .

 

Dan penisbatan secara tidak sahih ini juga turut diakui oleh Dr Khafidz Soroni dalam Bicara Hadith beliau.



Di sini jelas berlaku penisbatan tidak sahih berganda, dari hadithnya yang palsu dalam kitab dan keaslian kitab itu sendiri juga dipertikaikan.

 

Rujukan

 

https://ketabonline.com/ar/books/92826/read?part=1&page=5&index=4219773

 

https://shamela.ws/book/3055/5523

 

https://ketabonline.com/ar/books/92826/read?part=1&page=5&index=4219773

 

https://shamela.ws/book/7520/16#:~:text=%D9%88%D9%82%D9%88%D9%84%D9%87%3A%20(%D9%86%D8%B8%D8%B1%D9%83%20%D8%A5%D9%84%D9%89%20%D9%88%D8%AC%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%A7%D9%84%D9%85,%D8%B0%D9%86%D8%A8%D8%A7%20%D9%82%D8%A8%D9%84%20%D8%A3%D9%86%20%D9%8A%D8%BA%D9%81%D8%B1%20%D9%84%D9%84%D8%AC%D8%A7%D9%87%D9%84)%20.

 

https://era.ed.ac.uk/handle/1842/3448

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...