Thursday 20 June 2024

Hadith pahala puasa setiap hari di awal bulan Zulhijah bersamaan puasa setahun

 

Matan hadith

 

مَا مِن أَيَّامٍ من أيام الدٌّنْياَ أَحَبُّ إِلىَ اللهِ أَنْ يُتَعَبّدَ له فيها من أيام العَشْرِ، يَعْدِلُ صِيامُ كُلُّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامِ كُلُّ لَيلةٍ مِنْهَا بقيام ليلة القَدْرِ

 

Terjemahan

 

Tiada hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk seseorang melakukkan ibdah kepada-Nya selain 10 hari dalam Zulhijjah. Puasa setiap harinya menyamai puasa setahun, dan qiamullail setiap malamnya menyamai qiamullail pada malam Al-Qadar

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 758 dan Ibnu Majah no. 1728, al-Bazzar no. 7816, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3757, daripada Abu Hurairah ra.

 

Imam at-Tirmidzi berkata:

 

هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ ، لاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ مَسْعُودِ بْنِ وَاصِلٍ ، عَنِ النَّهَّاسِ.وَسَأَلْتُ مُحَمَّدًا عَنْ هَذَا الحَدِيثِ فَلَمْ يَعْرِفْهُ مِنْ غَيْرِ هَذَا الوَجْهِ مِثْلَ هَذَا. وَقَدْ رُوِيَ عَنْ قَتَادَةَ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرْسَلاً شَيْءٌ مِنْ هَذَا. وَقَدْ تَكَلَّمَ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ فِي نَهَّاسِ بْنِ قَهْمٍ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ.

 

“Ini hadith gharib (tunggal), kami tidak mengetahuinya selain dari hadith Mas’ud bin Washil, dari an-Nahhas. Dan saya bertanya kepada Muhamad (al-Bukhari) tentang hadith ini, maka beliau tidak mengetahuinya selain dari jalur ini. Sedikit bagian dari hadith ini telah diriwayatkan pula dari Qatadah, dari Sa’id al-Musayyab, dari Nabi saw. dengan sanad mursal (terputus), dan Yahya bin Sa’id al-Qathan telah memperbincangkan Nahas bin Qahm dari aspek hafalannya.”(Sunan Tirmidzi 3/132).

 

Sanad  hadith ini dhaif menurut al-Baghawi dalam Syarahus Sunnah 2/624, Ibnu Taimiyah dalam Syarahul Umdah 2/555, Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 2/534.

 

Hadith dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5142.

 

al-Mubrakfuri menilai hadith ini dhaif, disebabkan dua perawi dhaif bernama Mas’ud bin Wasil dan Nahhas bin Qahm (Tuhfah al-Ahwazi 3/387)

 

Sanad bermasalah kerana perawi yang lemah:

 

a) Mas’ud bin Washil. Kata ad-Daraquthni, “Abu Daud at-Thayalisi menyatakan bahawa ia dhaif.” [‘Ilal ad-Daraquthni 9/200] Kata Ibnu Hajar, “Layyin al-Hadith” [Tahdzib at-Tahdzib 10/109]

 

b) Nahhas bin Qahm. Kata Ibnu Hibban, “Dia meriwayatkan hadith munkar dari orang-orang masyhur, menyalahi periwayatan para rawi tsiqat, tidak boleh dipakai hujjah.” [Tahdzib al-Kamal 30/28] Kata Ibnu Hajar, “dhaif.” [Taqrib at-Tahdzib hal. 566]

 

Ibnu Rajab  berkata setelah menuliskan hadith tersebut dan hadith lainnya dalam bab yang sama:

 

Ada hadith dari jalur yang lainnya, akan tetapi semuanya maudhu; oleh kerana itu kami berpaling darinya dan dari yang serupa dengannya dalam hal keutamaan 10 awal Zulhijjah, dan jumlahnya sangat banyak (Lathaif Ma’arif hal. 262)

 

Hadith-hadith lain puasa Zulhijah yang tidak sahih

 

Hadith 1

 

 

صِيَامُ أَوَّلِ يَوْمٍ مِنَ الْعَشْرِ يَعْدِلُ مِائَةَ سَنَةٍ وَالْيَوْمِ الثَّانِي يَعْدِلُ مِائَتَي سَنَةٍ فَإِنْ كَانَ يَوْمَ التَّرْوِيَةِ يَعْدِلُ أَلْفَ عَامٍ وَصِيَامُ يَوْمَ عَرَفَةَ يَعْدِلُ أَلْفَي عَامٍ

 

Puasa hari pertama dari 10 hari (Zulhijjah) sebanding dengan 100 tahun. Hari kedua sebanding dengan 200 tahun, jika hari Tarwiyyah (8 Zulhijjah) sebanding dengan 1000 tahun, dan puasa hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebanding dengan 2000 tahun.

 

Takhrij

 

HR. Ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 3755, daripada Aisyah ra

 

Hadith ini dhaif, bahkan maudhu’ (palsu) kerana pada sanadnya terdapat rawi Muhamad bin Umar al-Muharram. Kata Abu Hatim, “Dia pemalsu hadith.” [ad-Dhu’afa wa al-Matrukin 3/96] Kata Ibn al-Jauzi, “Dia manusia paling dusta.” [al-Maudhuat 2/198].

 

Kata Imam Muhammad Tahir: Di dalam isnad hadith ini ada Muhammad bin al-Muharram, seorang penipu (Tadzkirah al-Maudhuat hal. 119)

 

 

Hadith 2

 

 

فِي أَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ ذِي الْحِجِّةِ وُلِدَ إِبْرَاهِيمُ : فَمَنْ صَامَ ذلِكَ اليَوْمَ كَانَ كَفَّارَةُ سِتِّينَ سَنَةً.

 

Pada malam awal bulan Zulhijah itu dilahirkan Nabi Ibrahim, maka siapa yang puasa pada siang harinya, hal itu merupakan kifarat dosa selama enam puluh tahun

 

Takhrij

 

HR. HR. Ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 4381, daripada Ali ra

 

Dalam riwayat lain dengan redaksi:

 

 

فِي أَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ ذِي الْحِجِّةِ وُلِدَ إِبْرَاهِيمُ : فَمَنْ صَامَ ذلِكَ اليَوْمَ كَانَ كَفَّارَةُ ثَمَانِيْنَ سَنَةً – وَفِي رِوَايَةٍ – سَبْعِيْنَ سَنَةً وَفِي تِسْعٍ مِنْ ذِي الْحِجَّةِ أَنْزَلَ اللهُ تَوْبَةَ دَاوُدَ فَمَنْ صَامَ ذلِكَ اليَوْمَ كَانَ كَفَّارَةُ سِتِّينَ سَنَةً – وَفِي رِوَايَةٍ – غَفَرَ اللهُ لَهُ كَمَا غَفَرَ ذَنْبَ دَاوُدَ

 

Pada malam awal bulan Zulhijah itu dilahirkan Nabi Ibrahim, maka siapa yang puasa pada hari itu, hal itu merupakan kifarat dosa selama lapan puluh tahun. Dan pada suatu riwayat tujuh puluh tahun. Dan pada 9 Zulhijjah Allah menurunkan taubat Nabi Daud, maka siapa yang puasa pada hari itu, hal itu merupakan kifarat dosa selama enam puluh tahun” Dan pada suatu riwayat: “Allah mengampuninya sebagaimana Dia mengampuni dosa Nabi Daud.

 

Hadith-hadith di atas dengan berbagai variasi redaksinya adalah maudhu (palsu) menurut as-Suyuthi dan Muhammad Thahir al-Fatthani  kerana diriwayatkan oleh seorang pendusta bernama Muhamad bin Sahl (az-Ziyadah ‘ala al-Mawduat no. 565-567; Tadzkirah al-Maudhuat hal. 119)

 

Hadith 3

 

 

مَنْ صَامَ يَوْمَ ثَمَانِيَّةَ عَشَرَ مِنْ ذِيْ الْحِجَّةِ كَتَبَ اللهُ لَهُ صِيَامَ سِتِّيْنَ شَهْرًا

 

Siapa yang puasa hari ke-18 Zulhijjah, Allah pasti mencatat baginya (pahala) puasa 60 bulan

 

Takhrij

 

HR. al-Khatib dalam Tarikh Bahgdad 8/289, al-Jurqani dalam al-Abathil wal Manakir no. 714, Ibnu Jauzi dalam al-Ilal Mutanahiyah no. 356, daripada Abu Hurairah ra

 

Hadith tidak sahih menurut Ibnu Jauzi dalam al-Ilal Mutanahiyah 1/226, Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah 7/363. Az-Zahabi berkata hadith ini sangat munkar bahkan palsu (Kasyf al-Khifa wa Muzil al-Ilbas 2/258).

 

Hadith 4

 

 

مَنْ صَامَ آخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِي الْحِجَّةِ وَأَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ بِصَوْمٍ وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ فَقَدْ جَعَلَ اللهُ لَهُ كَفَّارَةَ خَمْسِينَ سَنَةً.

 

Siapa yang puasa pada hari terakhir bulan Zulhijah dan hari pertama bulan Muharam, maka ia telah menutup tahun lalu dengan puasa dan membuka tahun yang datang dengan puasa. Sungguh Allah telah menjadikan kifarat dosa selama lima puluh tahun baginya.

 

ini diriwayatkan pula dengan sedikit perbezaan redaksi pada akhir hadith:

 

فَقَدْ جَعَلَهُ اللهُ كَفَّارَةَ خَمْسِينَ سَنَةً

 

Sungguh Allah telah menjadikannya sebagai kifarat dosa selama lima puluh tahun

 

Takhrij

 

HR. Ibnul Jauzi dalam al-Maudhuat 2/199 dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas ra

 

Hadis ini dhaif, bahkan maudhu’ (palsu). Pada sanadnya terdapat dua rawi pendusta, iaitu Ahmad bin Abdullah al-Harawi dan Wahb bin Wahb. Kata Imam as-Suyuthi, “keduanya pendusta.” [al-La’ali al-Mashnu’ah fi al-Ahadits al-Maudhuah 2/92.] Kata Imam Ibn al-Jauzi, “Keduanya pendusta dan pemalsu hadith.” [al-Maudhuat 2/199]

 

Palsu menurut as-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah no. 31, Ibnu Iraq al-Kinani dalam Tanzih Syariah 2/176 dan al-Fatthani dalam Tadzkiratul Maudhuat hal. 118.

 

Hadith 5

 

أَوَّلُ رَحْمَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى الْأَرْضِ فِي تِسْعٍ وَعِشْرِينَ مِنْ ذِي الْقِعْدَةِ، فَمَنْ صَامَ ذَلِكَ الْيَوْمَ عَدْلَ صِيَامِهِ سِتِّينَ سَنَةً، وَوُلِدَ إِبْرَاهِيمُ الْخَلِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَوَّلٌ مَنْ ذِي الْحِجَّةِ، فَمَنْ صَامَ ذَلِكَ الْيَوْمِ أَعْطَاهُ اللَّهُ ثَوَابَ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ، وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ زَبُورَ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَامُ فِي سَبْعٍ خَلَوْنَ مِنْ ذِي الْحِجَّةِ، فَمَنْ صَامَ ذَلِكَ الْيَوْمِ تَابَ عَلَيْهِ كَمَا تَابَ عَلَى دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَامُ، وَكَشَفَ اللَّهُ الضُّرَّ عَنْ أَيُّوبَ عَلَيْهِ السَّلَامُ فِي تِسْعٍ خَلَوْنَ مِنْ ذِي الْحِجَّةِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، فَمَنْ صَامَ ذَلِكَ الْيَوْمَ عَدْلَ صِيَامِهِ السَّنَةَ الَّتِي هُوَ فِيهَا، وَالسَّنَةُ الْمُسْتَقْبَلَةْ، وَاسْتَجَابَ اللَّهُ زَكَرِيَّا عَلَيْهِ السَّلَامُ فِي أَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ، فَمَنْ صَامَ ذَلِكَ الْيَوْمِ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ دُعَاءَهُ كَمَا اسْتَجَابَ لِزَكَرِيَّا عَلَيْهِ السَّلَامُ)

 

Rahmat pertama yang diturunkan Allah -'Azza wa Jalla- ke bumi adalah pada tanggal dua puluh sembilan Zulkaedah, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu, maka puasanya seperti puasa enam puluh tahun. Dan Ibrahim al-Khalil lahir pada tanggal satu Zulhijjah, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah akan memberinya pahala seperti pahala Ibrahim as. Allah -'Azza wa Jalla- menurunkan Zabur Daud as pada hari ketujuh bulan Zulhijjah, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari tersebut, nescaya Allah akan melimpahkan rahmat-Nya kepadanya, sebagaimana Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Daud as. Allah membebaskan Ayyub as dari bahaya pada hari kesembilan bulan Zulhijjah, iaitu hari Arafah, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu, maka puasanya setara dengan puasa pada tahun itu dan tahun yang akan datang. Allah mengabulkan doa Zakariia as pada malam pertama bulan Muharram, maka barangsiapa yang berpuasa pada malam tersebut, maka Allah akan mengabulkan doanya sebagaimana Allah mengabulkan doa Zakaria as.

 

Takhrij

 

HR. as-Syajari dalam al-Amali no. 1651, daripada Ibnu Abbas ra. Hadith ini dhaif bahkan palsu kerana terdapat 2 perawi yang bermasalah. Abu Bakar Muhammad Ibn Ahmad al-Mufid dituduh memalsukan hadith (Mizanul I’tidal no. 7158, al-Kasyf al-Hathith no. 610) dan Daud bin Sulaiman bin Ali yang majhul (Tahdzibut Tahdzib no. 361).

 

 

Hadith 6

 

 

من صام يوم التروية أعطاه الله عز وجل مثل ثواب أيوب على بلائه وإن صام يوم عرفة أعطاه الله ثواب عيسى بن مريم وإن لم يأكل يوم النحر حتى يصلي أعطاه الله ثواب من صلى ذلك اليوم فإن مات إلى ثلاثين يوما مات شهيدا

 

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Tarwiyah, maka Allah akan memberinya pahala seperti pahala Ayyub atas musibah yang menimpanya, dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Arafah, maka Allah akan memberinya pahala seperti pahala Isa bin Maryam, dan jika ia tidak makan pada hari raya Qurban hingga ia solat, Allah akan memberinya pahala seperti pahala orang-orang yang solat pada hari itu, dan jika ia meninggal sebelum hari ketiga puluh, ia akan mati syahid.

 

Takhrij

 

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam az-Ziyadah ‘ala al-Maudhuat no. 569. Hadith ini palsu menurut al-Fatthani dalam Tadzkiratul Maudhuat hal. 119, kerana terdapat perawi matruk menurut an-Nasiae (al-Matrukin no. 136) malah juga dikritik pemalsu hadith iaitu Hammad bin ‘Amr (al-Kamil no. 415; al-Majruhin no. 321)

 

 

Tentang berpuasa pada 10 hari pertama Zulhijjah

 

Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi, seorang muhaddith di Jordan berkata:

 

وقد روى الإمامُ أبو داودٍ: عن عبد الله بن عبَّاس قال: قال رسولُ الله -صلى اللهُ عليهِ وسلَّم-: "ما مِن أيَّام العملُ الصَّالح فيهنَّ أحبُّ إلى اللهِ مِن هذه الأيَّام"، قال الرَّاوي: يعني أيَّام العشر، قالوا: يا رسول الله! ولا الجهادُ في سبيل الله؟ فقال -صلى اللهُ عليهِ وسلَّم-: "ولا الجهادُ في سبيلِ الله؛ إلا رجلٌ خرج بنفسِه ومالِه؛ فلم يرجعْ مِن ذلك بشيءٍ"..

 

Imam Abu Daud telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda: “Tidak ada hari di mana amal soleh di dalamnya adalah lebih dicintai oleh Allah berbanding hari-hari ini.” Berkata perawi hadith ini: Yakni, 10 hari Zulhijjah.

Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Walaupun Jihad di jalan Allah?”

Jawabnya: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang yang keluar (berjihad) dengan jiwanya dan hartanya lalu tidak pulang dengan apa-apapun daripadanya.”

 

كلمة العمل الصَّالح كلمةٌ عامَّة؛ تشمل: الصَّلاة، والصِّيام، والصدقةَ، والذِّكر، وغير ذلك..

 

Kalimat “amal soleh” adalah kalimat umum, yang merangkumi solat, puasa, sedekah, berzikir dan selainnya.

 

فبعضُ أهلِ العلم يقول بأنَّه يُصام في هذه العشرة -كلِّها-.

 

Sebahagian ulama mengatakan bahawa diamalkan puasa untuk seluruh 10 hari zulhijjah.

 

لكنَّ الصَّواب: كما في حديث عائشة -رضي الله عنها-وهي التي يقول عنها الحافظُ ابنُ حجرٍ: (هي أعلمُ النَّاس بِعبادة رسول الله -صلَّى الله عليه وسلم- في سفَره وحضَره، في ليلِه ونهارِه)-؛ قالت: "لَم أرَ رسول الله -صلى اللهُ عليهِ وسلَّم- يصومُ العشرَ من ذي الحجةِ قطُّ".

فهذه إشارةٌ إلى أن النبيَّ -عليهِ الصَّلاةُ والسَّلام- لم يَصُمْها كاملةً.

 

Tetapi, yang sebetulnya, seperti di dalam hadith Aishah (ra) yang disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar sebagai “Dialah (Aishah) manusia yang paling berilmu tentang ibadat Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) di keadaan safar (bepergian) dan hadar (tidak bepergian), di malamnya mahupun siangnya.”

 

Kata (Aishah): “Aku tidak pernah melihat Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) berpuasa 10 hari Zulhijjah langsung!”

[Sahih – Muslim, Tirmizhi, Abu Daud, Ibn Majah dan lain-lain]

 

Ini adalah isyarat bahawa nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) tidak pernah berpuasa (hari-hari tersebut) seluruhnya.

 

Tetapi adakah baginda puasa sebahagian dan meninggalkan sebahagiannya?

 

Nas-nas (yang sahih) tidak mengatakan apa-apa tentang ini, tetapi umum amal soleh termasuk ibadat puasa, tiada syak dan tiada ragu lagi.

 

Namun, untuk berpuasa semua (10 hari zulhijjah) maka tidak ada dalil yang jelas. Malah, nas ini menafikan secara jelas bahawa nabi tidak berpuasa pada kesemua 10 hari-hari zulhijjah.

 

Mungkin ada yang berkata: Apa yang kita nak buat dengan hadith di mana salah seorang sahabat berkata: “Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) biasa berpuasa sembilan daripada zulhijjah”?

 

Kami menjawab: Golongan muhaqqiqun (ulama yang mengkaji semula dalil-dalil) di kalangan ulama menyebutkan bahawa perkataan “sembilan” di sini bermaksud “hari yang ke sembilan” iaitu hari Arafah, dan itulah hari yang menghapuskan dosa-dosa 2 tahun, setahun yang lepas dan setahun yang akan datang, seperti di dalam Sahih Muslim.

 

إذن: الذين يَصومون بِنيَّة عموم العمل الصَّالح في العشرة أيَّام كلِّها؛ هذا ليس مِن السُّنَّة في شيء.

 

Oleh itu, barangsiapa yang berpuasa dengan niat umum amal soleh pada hari-hari 10 Zulhijjah kesemuanya, maka ini bukanlah sunnah nabi!

 

ووَرد في "مسند الإمامِ أحمد": عن عبد الله بن عمر -رضيَ اللهُ-تعالى-عنهُما-: أن رسولَ اللهِ -صلَّى الله عليه وسلَّم- قال -في رواية أخرى للحديثِ الأوَّل-نفسِه- قال: "ما مِن أيَّام أعظم عند الله، ولا أحبُّ إليه العملُ فيهنَّ مِن هذه الأيَّام العشْر؛ فأكثِروا فيهِنَّ مِن التَّكبير والتَّهليل والتَّحميد".

فهذه إشارة توضِّح -أكثر وأكثر- أن المقصودَ بالعمل الصَّالح -أصالةً-؛ هو الذِّكرُ لله -الإكثارُ مِن ذِكر الله-؛ {أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ}، {فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ}.

 

Di dalam Musnad Imam Ahmad: Daripada Abdullah bin Umar (ra) bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda – di dalam riwayat lain kepada hadith pertama (di atas) – sabdanya: “Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah, dan amalan-amalan di dalamnya lebih dicintai olehNya, berbanding sepuluh hari-hari ini. Maka perbanyakkanlah bertakbir (mengucap Allahu akbar), bertahlil (mengucap la ilaha illallah) dan bertahmid (mengucap alhamdulillah) di dalamnya (hari-hari tersebut).”

 

Maka ini isyarat yang memperjelaskan – dengan banyaknya – maksud asal perkataan “amal soleh” , iaitu zikrullah, memperbanyakkan berzikir.

 

“Sesungguhnya, dengan zikrullah hati-hati menjadi tenang.” [ar-Ra’d:28]

“Ingatilah Aku Aku akan ingat kepadamu, dan bersyukurlah dan jangan kufur.” [al-Baqarah: 152]

 

Kesimpulan

Melakukan amal-amal soleh pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah sangat dianjurkan, lebih-lebih lagi berzikir dengan takbir, tahmid dan tahlil. Amalan soleh yang lain juga boleh ditambah pada hari-hari tersebut, termasuk puasa, membaca al-Quran dan sebagainya. Puasa pada 9hb Zulhijjah memang dianjurkan oleh Rasulullah secara khusus, namun berpuasa KESEMUA hari-hari 10 zulhijjah tidak termasuk sunnah nabi, maka lebih baik ditinggalkan, kecuali 9hb, dan puasa hari-hari yang kita biasa puasa seperti Isnin dan Khamis.

 

Dan hadith-hadith palsu yang disebutkan di atas tidak boleh dijadikan sandaran sesuatu amalan, maka janganlah berpuasa hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya mengharapkan ganjaran seperti hadith palsu di atas.

 

 

Rujukan

 

Irsyad al-Hadith no. 403

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 279518

 

Bayan li al-Haj no. 32

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 145046

 

https://www.sigabah.com/hadis-dhaif-seputar-shaum-dzulhijah/#_ftn9

 

https://islamonline.net/%D8%A3%D8%AD%D8%A7%D8%AF%D9%8A%D8%AB-%D9%85%D9%88%D8%B6%D9%88%D8%B9%D8%A9-%D8%B9%D9%86-%D8%A7%D9%84%D8%AD%D8%AC/

 

https://abukhadeejah.blogspot.com/2010/11/elokkah-puasa-sepanjang-10-hari-pertama.html?m=0

 

https://www.kulalsalafiyeen.com/vb/showthread.php?t=42169

 

https://subulassalaam.com/articles/articlea.cfm?article_id=142

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...