Wednesday 19 June 2024

Hadith pemuda yang terakhir dimatikan dari pemuda suku Madinah sebelum kiamat

 

Matan hadith

 

يَتْرُكُونَ الْمَدِينَةَ عَلَى خَيْرِ مَا كَانَتْ عَلَيْهِ لَا يَغْشَاهَا إِلَّا الْعَوَافِي قَالَ يُرِيدُ عَوَافِيَ السِّبَاعِ وَالطَّيْرِ وَآخِرُ مَنْ يُحْشَرُ رَاعِيَانِ مِنْ مُزَيْنَةَ يَنْعِقَانِ لِغَنَمِهِمَا فَيَجِدَاهَا وُحُوشًا حَتَّى إِذَا بَلَغَا ثَنِيَّةَ الْوَدَاعِ حُشِرَا عَلَى وُجُوهِهِمَا أَوْ خَرَّا عَلَى وُجُوهِهِمَا

 

Terjemahan

 

Orang-orang akan meninggalkan kota Madinah dalam keadaan baik sebagaimana keadaan sebelumnya, tidak ada yang memasukinya lagi kecuali al 'awafi" Yazid berkata, "Burung-burung dan binatang buas", dan orang yang terakhir kali dibangkitkan ialah dua orang penggembala dari Muzainah yang meneriaki kambing gembalanya dan ternyata keduanya mendapatinya telah berubah menjadi binatang liar hingga jika keduanya telah sampai di Tsaniyyatul Wada' keduanya dibangkitkan setelah dibinasakan.

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 7193, Bukhari no. 1874, Muslim no. 1389, daripada Abu Hurairah ra.

 

Sahih al-Arnauth

 

 

Syarah

 

Dalam hadith ini, Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- mengkhabarkan tentang beberapa hal yang akan terjadi di akhir zaman, iaitu orang-orang akan meninggalkan kota, sehingga kota itu menjadi sepi, tetapi ia menjadi subur, banyak tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Kerana kota itu kosong dari manusia, maka haiwan ternak dan burung-burung pun mendatanginya, dan haiwan ternak itu mencari makan, kerana semua orang telah dihalau ke tempat perkumpulan, dan hanya tersisa dua orang penggembala dari suku Muzainah.yang merupakan kabilah Madar, salah satu kabilah Arab, adalah yang terakhir digerakkan; iaitu eereka mendapati kota itu telah kosong dari manusia, dan binatang buas berlimpah di dalamnya, hingga ketika mereka sampai di pintu masuk Kota Madinah, mereka jatuh tersungkur, dan mati .

Dan sabdanya: "Yang terakhir yang gerakkan" , yakni ada kemungkinan bahawa hijrah mereka tertunda kerana kematian mereka tertunda, dan ada kemungkinan bahawa mereka adalah orang-orang terakhir yang hijrah ke Madinah, yakni: digerakkan ke Madinah (al-Durarul Saniyah).

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari 4/90 :

 

Umar bin Syabbah " meriwayatkankan hadith dengan sanad yang sahih dari Auf bin Malik beliau berkata :

 

Rasulullah SAW masuk masjid, lalu beliau memandangi kami, lalu bersabda: " Ketahuilah, demi Allah penduduk Madinah akan meninggalkan Madinah sepi selama 40 tahun dan hanya tertinggal awafi disana. Adakah kamu tahu apa itu awafi? Burung dan haiwan buas" (HR. Ahmad 1/124, syeikh Ahmad Syakir menilai sanad hadith ini sahih). Ibnu Hajar berkata: ' dan ini belum pasti'

 

 

Ini menunjukkan bahawa keluarnya manusia dari Madinah secara serentak ialah terjadi pada akhir zaman setelah keluarnya Dajjal dan turunnya Isa a.s. Dan ada kemungkinan bahawa mereka meninggalkan Madinah setelah keluarnya kobaran api yang menghalau umat manusia, dan itu ialah akhir dari tanda tanda Kiamat, dan tiada apa terjadi setelahnya melainkan Kiamat.

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...