Hadith Sa'ad bin Abi Waqs ra
(palsu)
وَقَالَ سَعْدُ ابْنُ اَبِى وَقَّاصٍ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ
: سَمِعْتُ رَسُوْلَ
اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ، يَقُوْلُ : 《اَيُّمَا امْرَأَةِ كَلَّفَتْ زَوْجَهَا
فَوْقَ طَاقَتِهِ اِلاَّ عَذَّبَهَا اللّٰهُ مَعَ الْيَهُوْدِ وَالنَّصَارَى》
Dan Sa'id bin Abu Waqqash ra
berkata : aku mendengar Rasulullah saw bersabda, mana mana isteripun yang
membebani suami diluar kemampuannya, kecuali Allah akan mengazabnya bersama
kaum yahudi dan nasrani."
Takhrij
HN. Syeikh Idris al-Kasani dalam
Qurratul Uyun hal. 55.
Tidak tidak ditemukan dalam
kitab-kitab hadith muktabar sunnah (palsu)
Athar Sa'id bin al Musayyab
(mursal, palsu)
وَقَالَ سَعِيْدُ بْنُ الْمُسَيِّبِ : قَالَ رَسُوْلُ اللّٰهِ
صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : 《اَيُّمَا امْرَأَةِ طَلَبَتْ مِنْ زَوْجِهَا شَيْئًا وَهِيَ
تَعْلَمُ أَنَّهُ لاَيَقْدِرُ عَلَيْهِ اِلاَّ طَلَبَهَا اللّٰهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
بِامْتِدَادِ الْعَذَابِ》
Dan berkata Sa'id bin Al-Musayyib
(tabi'in Madinah, w.94H) berkata, Rasulullah saw bersabda," mana mana
isteri yang meminta sesuatu dari suaminya dan isteri tahu bahawa suaminya tidak
mampu atasnya, maka pada hari Kiamat dipanjangkan siksa ke atasnya."
Takhrij
HN. Syeikh Idris al-Kasani dalam
Qurratul Uyun hal. 54.
Hadith mursal palsu, kerana Said
bin Musayyib, adalah tabi'in dan sanadnya tidak bersambung kepada Rasulullah
saw. Serta tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah.
Kalau tak jumpa juga dalam kitab-
kitab tersebut, berhenti dulu untuk beramal sehingga datang bukti yang dapat
mensahihkan hadith tersebut.
Panduan ini telah disebutkan Imam
Baihaqi dan as-Suyuthi:-
Setiap hadith yang tidak
ditemukan dalam kitab-kitab ulama terdahulu, maka pastilah hadith itu tidak
sahih (Manaqib as-Syafi'ie 2/321; al-Matsuni wa al-Battar 2/29).
No comments:
Post a Comment