Thursday 20 June 2024

Hadith tertahannya rezeki kerana dosa

 

Matan hadith

 

 عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ، وَلَا يَرُدُّ الْقَدَرَ إِلَّا الدُّعَاءُ، وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمُرِ إِلَّا الْبِرُّ

 

Terjemahan

 

Daripada Tsauban, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki ditahan rezekinya kerana dosa yang dia lakukan. Tidaklah ditolaknya takdir kecuali dengan doa, dan tidaklah bertambah umur kecuali dengan amal kebaikan.

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 22386, Ibnu Majah no. 4022

 

Shaikh Syu'aib al-Arnauth menyatakan riwayat ini hasan lighairihi kecuali pada lafaz 'Sesungguhnya seorang lelaki ditahan rezekinya kerana dosa yang dia lakukan'. Lafaz ini dhaif kerana sanad hadith ini dhaif disebabkan oleh  Abdullah bin Abu Al-Ja'd. Beliau seorang perawi yang majhul.

 

Al-Hafiz Ibn Hajar meletakkan beliau sebagai perawi maqbul di kategori yang keempat. Ini bermaksud riwayatnya hanya diterima apabila mempunyai mutaba'ah.

 

Akan tetapi riwayat beliau yang mempunyai lafaz 'Sesungguhnya seorang lelaki ditahan rezekinya kerana dosa yang dia lakukan' tidaklah mempunyai mutaba'ah. Oleh itu ia kekal dhaif.

 

Adapun isi kandungan lain dalam hadis ini iaitu 'Tidaklah ditolaknya takdir kecuali dengan doa, dan tidaklah bertambah umur kecuali dengan amal kebaikan' wujud dalam riwayat-riwayat lain yang lebih kuat. Oleh sebab itu Shaikh Al-Arnaouth, dan Al-Albani menyatakan riwayat ini hasan lighairihi tanpa lafaz ''Sesungguhnya seorang lelaki ditahan rezekinya kerana dosa yang dia lakukan'.

 

Kesimpulan: Riwayat ini dhaif.

 

Wallahua'lam.

 

Rujukan

 

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...