Thursday 20 June 2024

Hadith 4 golongan yang dibangkitkan di Mahsyar dengan berpakaian

 

Sebaran tular

 

Nabi kata 4 golongan yang dibangkit di padang masyar berpakaian adalah

1) nabi & rasul

2) syuhada

3) orang anyg meninggal dalam ihram &

4) orang yang bersedekah pakaian kepada orang miskin semasa hayatnya. Wassllam

 

Takhrij

 

Tak berjaya jumpa hadith dengan matan demikian

 

Pada asalnya semua dibangkitkan dengan keadaan tidak berpakaian

 

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 

يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلاً

 

“Manusia akan dikumpulkan pada hari Kiamat dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian dan belum dikhitan.” (HR. Muslim. no. 5102 dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha).

 

 

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:  يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلاً . قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ النِّسَاءُ وَالرِّجَالُ جَمِيعًا يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ قَالَ صلى الله عليه وسلم  يَا عَائِشَةُ الأَمْرُ أَشَدُّ مِنْ أَنْ يَنْظُرَ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ 

 

“Manusia kelak pada hari kiamat akan dihimpun dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang bulat dan tidak berkhitan’. Maka aku penasaran, lalu bertanya: ‘Wahai Rasulallah, laki dan perempuan semuanya akan dihimpun bersamaan, nanti mereka akan saling melihat satu sama lain? Namun beliau menjelaskan: “Wahai Aisyah! Perkaranya lebih besar dari hanya sekedar melihat pada aurat satu sama lainnya.” (HR. Bukhari no. 6527 dan Muslim no. 2859)

 

 Walaubagaimanapun sebaran tersebut mempunyai asas, dan mungkin dia adalah hasil daripada beberapa hadith yang disebutkan di bawah.

 

Dan hadith manusia tidak berpakaian dan manusia bangkit dengan pakaiannya semata mati tidaklah bertentangan.

 

Selepas kebangkitan dan menuju ke padang mahsyar, lalu barulah manusia diberi pakaian sesuai dengan darjat kemuliaan dan amal dia buat semasa hidup, seperti tertuang dalam hadith-hadith di bawah:

 

إِنَّ أَوَّلَ مَنْ يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِبْرَاهِيْمُ

 

“Sesungguhnya orang pertama yang diberi pakaian pada hari Kiamat adalah Nabi Ibrahim.” (HR. Bukhari no. 4371).

 

اَلْمَيِّتُ يُبْعَثُ فِيْ ثِيَابِهِ الَّتِيْ يَمُوْتُ فِيْهَا

 

“Mayit akan dibangkitkan dengan pakaian yang dikenakannya ketika mati.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib no. 3575)

 

Hadith ini menunjukkan jika orang berhaji mati, maka pakaian kafannya adalah ihram kerana  mereka tidak dikafankan selain  pakaian ihram rujuk hadith terakhir.

 

Begitu juga, orang yang mati syahid, mereka bangkit dengan pakaian perang mereka, kerana mereka tidak dimandi dan dikafankan.

 

Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, tatkala hendak menguburkan jenazah ibunya, beliau meminta agar jenazah ibunya dikafani dengan pakaian yang baru. Beliau mengatakan, “Perbaguskanlah kafan jenazah kalian, kerana sesungguhnya mereka akan dibangkitkan dengan (memakai) pakaian itu.” (Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari 11/383).

 

 

  يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ

 

“Setiap hamba akan dibangkitkan (dari kuburnya) sesuai dengan keadaan tatkala dirinya meninggal.” (HR. Muslim no. 2878)

 

والشهيد يبعث يوم القيامة وجرحه يثعب , اللون لون الدم , والريح ريح المسك

 

 “Seorang yang mati syahid, kelak pada hari kiamat akan dibangkitkan dalam keadaan lukanya mengalirkan darah, warnanya darah namun baunya bau misk.” (HR. Bukhari no. 5533)

 

أَيُّمَا مُؤْمِنٍ أَطْعَمَ مُؤْمِنًا عَلَى جُوعٍ أَطْعَمَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ ثِمَارِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُؤْمِنٍ سَقَى مُؤْمِنًا عَلَى ظَمَإٍ سَقَاهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ الرَّحِيقِ الْمَخْتُومِ وَأَيُّمَا مُؤْمِنٍ كَسَا مُؤْمِنًا عَلَى عُرْيٍ كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ خُضْرِ الْجَنَّةِ

 

"Siapapun orang mukmin yang memberi makan mukmin lain saat lapar, Allah akan memberinya makan dari buah surga, siapapun mukmin yang memberi minum mukmin lain saat dahaga, Allah akan memberinya minum pada hari kiamat dengan minuman yang penghabisannya adalah beraroma wangi kesturi, siapapun mukmin yang memberi pakaian mukmin lain saat telanjang, Allah akan memberi pakaian dari sutera suyrga."(HR, Tirmidzi no. 2499, dhaif al-Albani)

 

Dari sahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata,

 

أَنَّ رَجُلًا كَانَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَقَصَتْهُ نَاقَتُهُ وَهُوَ مُحْرِمٌ فَمَاتَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اغْسِلُوهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوهُ فِي ثَوْبَيْهِ وَلَا تَمَسُّوهُ بِطِيبٍ وَلَا تُخَمِّرُوا رَأْسَهُ فَإِنَّهُ يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُلَبِّيًا

 

“Ada seorang laki-laki ketika sedang bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dijatuhkan

oleh untanya dalam keadaan sedang berihram hingga meninggal dunia. Maka, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Mandikanlah dia dengan air dan air yang dicampur daun bidara, kafanilah dengan dua helai kain, janganlah diberi wewangian, dan jangan pula diberi tutup kepala (serban). Karena dia nanti dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan ber-talbiyyah.’” (HR. Bukhari no. 1851 dan Muslim no. 99, 1206)

 

Rujukan

 

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170514/281990377446776

 

https://www.hafizfirdaus.com/64-daracom/soal-jawab-agama/1048-pakaian-di-padang-mahsyar.html

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...