Thursday 20 June 2024

Hadith tidak sahih sifat Imam Mahdi

 

Matan hadith

 

اَلْمَهْدِي مِنْ وَلَدِي وَجْهُهُ كَالْكَوْكَبِ الدُّرِّيِ اللَّوْنِ لَوْنٌ عَرَبِيٌّ وَالِجسْمُ جِسْمٌ إِسْرَائِيْلِيٌّ يَمْلَأُ الأَرْضَ عَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا يَرْضَى لِخِلاَفَتِهِ أَهْلُ السَّمَاءِ وَأَهْلُ الأَرْضِ وَالطَّيْرُ فيِ الْجَوِّ يَمْلِكُ عِشْرِيْنَ سَنَةً

 

Terjemahan

 

Al-Mahdi dari anak keturunanku, bagai bintang kejora, warna kulitnya kearab-araban dan bentuk badannya seperti Bani Israel . Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan, setelah bumi dipenuhi kezaliman. Para penghuni langit dan bumi serta burung-burung di udara rela dengan kepemimpinan/kekhalifahannya. Ia berkuasa selama dua puluh tahun”

 

Takhrij

 

HR. Abu Nua’im dalam Manaqib al-Mahdi, ar-Ruyani dalam Musnadnya, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 6667 daripada Huzaifah al-Yamani.

 

Hadith batil menurut Ibnu Hamdan ar-Razi sepertimana dinukilkan oleh Ibnul Jauzi dalam al-Ilal Mutanahiyah 2/858.

 

Ar-Zurqani memasukkan hadith ini dalam kitab himpunan hadith tidak sahih beliau al-Abatil wal Manakir 1/484.

 

Ar-Ajluni memasukkan hadith ini dalam kitab himpunan hadith masyhur tersebar ditengah Masyarakat iaitu Kasyaful Khafa’ 2/399 yang majoritinya tidak sahih.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini batil dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4684.

 

 

Matan hadith

 

المهدي من ولد، ابن أربعين سنة، كأن وجهه كوكب دري، في خده الأيمن خال أسود، عليه عباءتان قطوانيتان، كأنه من رجال بني إسرائيل، يستخرج الكنوز، ويفتح مدائن الشرك

 

Terjemahan

 

Al-Mahdi adalah dari keturunanku, berusia empat puluh tahun, di mukanya seolah-olah ada bintang mutiara, di pipi kanannya ada tahi lalat hitam, dia berkulit sawo matang seolah-olah dia itu seorang lelaki dari Bani Israel. Dia menemukan simpanan-simpanan kekayaan dan menakluki bandar-bandar kesyirikan

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 7495, Musnad as-Syamiyyin 2/410 no. 1600, al-Kanaji dalam al-Bayan no. 41, daripada Abu Umamah al-Bahili ra.

 

Hadith dhaif kerana terdapat perawi yang dhaif, munkar, dan tertuduh pendusta iaitu ‘Anbasah bin Abi Saghirah (Ibnu Katsir dalam Jami’ al-Masanid wal Sunan no. 10875, al-Haithami dalam Majma Zawaid 7/321, az-Zahabi dalam Mizanul I’tidal no. 6517, Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Lisanul Mizan 4/384)

 

 

Rujukan

 

https://abughazalabinawam.blogspot.com/2015/08/blog-post_11.html

 

http://www.discoveringislam.org/wars_with_romans.htm

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...