Wednesday 19 June 2024

Jarak antara tingkatan syurga

 

Jarak langit dan bumi:

 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi ﷺ bersabda,

 

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ، فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ أُرَاهُ فَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ ، وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ

 

Di syurga itu ada seratus tingkat. Allah menyediakannya untuk para mujahid di jalan Allah. Jarak antara keduanya seperti antara langit dan bumi. Oleh itu, jika kalian meminta kepada Allah, mintalah Firdaus, kerana sesungguh dia adalah syurga yang pertengahan dan tertinggi. Di atasnya terdapat Arasy Sang Maha Pengasih, dan daripadanya terdapat sumber sungai-sungai syurga (HR Bukhari no. 2790 & Ibnu Hibban no. 4611)

 

sahih

 

 

Jarak 100 tahun:

 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi ﷺ bersabda,

 

فِي الْجَنَّةِ مِائَةُ دَرَجَةٍ مَا بَيْنَ كُلِّ دَرَجَتَيْنِ مِائَةُ عَامٍ

 

Di dalam syurga ada seratus tingkatan, jarak di antara satu tingkatan dengan yang lain adalah seratus tahun (HR. Tirmidzi no. 2529, Ahmad no. 7923)

 

Hasan gharib at-Tirmidzi

 

Sahih al-Albani

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...