Wednesday 19 June 2024

Kisah Nabi Musa as dan pemuda yang bernazar minum air dari bumbung orang yang tidak solat

 

Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

 

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

 

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

 

Takhrij

 

Tidak ditemui asal. Pastilah tidak sahih

 

Ada kisah yang hampir serupa, yang ditemukan dalam kitab Irsyadul Ibad juga tidak ditemukan sanadnya yang mengisahkan Nabi Musa as berkata dosa meninggalkan solat itu lebih buruk dari berzina dan membunuh anak itu

 

Rujukan

 

https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/jangan-makan-air-tangan-orang-tidak-solatassalamualaikum-ustazsaya-ingin-betanya/1631955686831925/

 

https://nu.or.id/hikmah/nabi-musa-ditegur-malaikat-jibril-WQHob

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...