Telah tular hadith:
Bersabdalah Nabi,
قال صلى الله عليه وسلم هو جبريل لأن الله موجود بلا مكان
فلا يوصف بصفات الأجسام ولا بالمسافة بالمرة
Dia adalah Jibril karena
sesungguhnya Allah Dzat yang wujud (ada) tanpa tempat, maka tidak boleh
dishifati dengan beberapa shifat jisim dan tidak dishifati dengan jarak
jangkuan (HR Imam Bukhari dan Muslim dan Baihaqi dalam kitab Asma wa al Shifat
/ 260)
Takhrij
Ini adalah penisbatan palsu
kepada Imam Bukhari, Imam Muslim dan al-Baihaqi.
Tidak wujud matan/lafaz hadith
seperti yang disebutkan. Ia merupakan rekaan orang-orang yang tidak takut
kepada ancaman Nabi saw yang berdusta ke atas nama Beliau.
Hadith tersebut caca merba
bahasanya, matannya dan bercanggah dengan nas syariat yang sahih. Bahkan
sebahagian dari perkataan itu ditemukan cantumannya dari atsar Saidina Ali ra
yang munkar dan palsu:
kata Saidina Ali ra:-
كان الله ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان
Allah wujud pada azali dan tidak
bertempat dan sekarang juga tidak bertempat
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abu Mansur
al-Baghdadi dalam Kitab al-Firaq bin al-Firaq hal. 333
Tidak ditemui sanadnya dalam
kitab tersebut. Dan ini adalah penisbatan palsu ke atas Ali bin Abi Thalib ra.
(Fatwa Syabakah Islamiyah no. 275170).
Ada lagi satu atsar dari
Ali ra.
من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود.
”Sesiapa menganggap bahawa Tuhan
kita terbatas (mahdhud) maka ia telah jahil (tidak mengenal) Tuhan Sang
Pencipta.”[Hilyatul Awliya’; Abu Nu’aim al Isfahani 1/73, ketika menyebut
sejarah Ali ibn Abi Thalib ra.]
Hadith ini dinilai gharib oleh
Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya' 1/72-73.
Az-Zahabi berkata dalam Al
‘Uluwwu lil ‘Aliyyil Ghaffar hal. 81 no. 182:
هذا حديث منكر وإسناده غير ثابت لكنه صح إلى عبد الوارث
Hadith ini munkar dan sanadnya
tidak tsabit, tetapi hadith sah sehingga Abdul Warits
Sesungguhnya atsar ini dibawakan
oleh orang-orang Syi’ah Rafidhah dalam buku-buku mereka tanpa ada sanad sama sekali.
Antaranya dalam kitab mereka Al-Kaafi (karya Al-Kulaini). Al-Kulaini berkata:
وَ رُوِيَ أَنَّهُ سُئِلَ ( عليه السلام ) أَيْنَ كَانَ رَبُّنَا
قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ سَمَاءً وَ أَرْضاً فَقَالَ ( عليه السلام ) أَيْنَ سُؤَالٌ عَنْ
مَكَانٍ وَ كَانَ اللَّهُ وَ لَا مَكَانَ
Dan diriwayatkan bahawasanya Ali
bin Abi Thalib ‘alaihis salam ditanya : Dimanakah Rabb kami sebelum menciptakan
langit dan bumi?, maka Ali bin Abi Thalib ‘alaihis salaam berkata, “Mana
pertanyaan tentang tempat?! padahal Allah dahulu tanpa ada tempat (Bihar
al-Anwar 4/295; Al-Kaafi 1/90 dalam بَابُ الْكَوْنِ وَ الْمَكَانِ)
Jelas bertentangan dengan
pemahaman sahabat tabien dan tabiut tabien. Dan tidak ada imam sunnah
menyebutkan sedemikian. Para sahabat bersepakat bahawa Allah Maha Besar, dan Maha
Tinggi dia atas semua mahluk ciptaanNya dan dia bersemayam di atas Arasy dan
mengimani sifat yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t. sendiri tentang diri-Nya dan
apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat-sifat Allah tanpa
ta’wil (mengubah) takyif (membagaimanakan) juga tidak tasybih (menyamakan)
tidak juga ta’thil (menafikannya) (Fatwa Soaljawab Islam no. 219727).
Dan sebahagian perkataan dalam
hadith palsu itu merupakan cantuman dari perkataan Imam Baihaqi dalam Asma’ wal
Sifat (kalau kita jodohkan dengan sumber yang tertera pada hadith tular
tersebut) pada ketika menjelaskan hadith:
وَأَنْتَ الظَّاهِرُ
فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ
“Engkaulah Yang Maha Nampak, maka
tak ada sesuatu pun di atasMu. Dan, Engkaulah Yang Maha Samar, maka tak
ada sesuatu pun yang di bawahMu.” (HR. Muslim no. 2713)
Mengomentari hadith ini, Imam al-Baihaqi,
mengatakan:
وَالَّذِي رُوِيَ
فِي آخِرِ هَذَا الْحَدِيثِ إِشَارَةٌ إِلَى نَفْيِ الْمَكَانِ عَنِ اللَّهِ تَعَالَى،
وَأَنَّ الْعَبْدَ أَيْنَمَا كَانَ فَهُوَ فِي الْقُرْبِ وَالْبُعْدِ مِنَ اللَّهِ
تَعَالَى سَوَاءٌ، وَأَنَّهُ الظَّاهِرُ، فَيَصِحُّ إِدْرَاكُهُ بِالْأَدِلَّةِ؛ الْبَاطِنُ،
فَلَا يَصِحُّ إِدْرَاكُهُ بِالْكَوْنِ فِي مَكَانٍ. وَاسْتَدَلَّ بَعْضُ أَصْحَابِنَا
فِي نَفْيِ الْمَكَانِ عَنْهُ بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«أَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ» . وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ
شَيْءٌ ". وَإِذَا لَمْ يَكُنْ فَوْقَهُ شَيْءٌ وَلَا دُونَهُ شَيْءٌ لَمْ
يَكُنْ فِي مَكَانٍ
"Yang diriwayatkan di bahagian
akhir hadith ini mengisyaratkan tiadanya tempat bagi Allah dan baahwa seorang
hamba di mana pun berada jaraknya sama saja dari Allah. Dia adalah ad-Zahir
(Yang Tampak) sehingga boleh diketahui dengan dalil. Tapi Dia juga al-Bathin
(Yang Tak Nampak) sehingga tak boleh difahami berada di suatu tempat pun. Sebahagian
sahabat kami berdalil untuk menafikan adanya tempat Allah dengan hadith
tersebut. Kalau di atasnya tidak ada sesuatu pun dan dibawahnya juga tidak
ada sesuatu pun, maka bererti Allah tidak ada di satu tempat pun." (Asma’
was Sifat 2/289).
Terjemahan yang tepat bukan atas
atau bawah, tetapi seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Abul Jauza:
kata itu mesti dilihat konteks kalimatnya:
أنت الظاهر
Makna Az-Zahir di situ
berhubungan dengan kalimat setelahnya :
فليس فوقك شىء
Sebagaimana telah dijelaskan, Az-Zahir
itu merupakan isim fa'il dari kata Az-Zuhuur, yang ertinya tinggi.
Nah sekarang Anda lihat makna
Al-Baathin. Cari dan belek dalam kamus bahasa Arab atau cari penjelasan ulama
mengenai makna Al-Baathin.,... Cocok tak ertinya kalau kemudian digandingkan
dengan : 'tidak ada sesuatupun di bawah-Mu' ???.
Para ulama menjelaskan (sebagaimana
saya kutip di atas) bahawa Al-Baathin maknanya buthuunush-shifaat, iaitu Allah
lebih dekat dengan makhluk-Nya daripada yang lainnya. Ada juga yang memaknai
Allah mengetahui baik yang nampak mahupun tersembunyi (yang menunjukkan ilmu
Allah ta'ala). Variasi tafsir yang ada merujuk pada makna ini. Nah, apakah
kemudian benar dan sesuai jika Al-Baathin itu digandingkan dengan : 'tidak ada
sesuatupun di bawah-Mu' ???. Atau yang lebih tepat : 'Tidak ada sesuatupun yang
lebih dekat dari-Mu ?. Duunaka di situ berasal dari kata ad-dunuw yang ertinya dekat.
Rujukan
https://abul-jauzaa.blogspot.com/2013/09/penjelasan-adz-dzahabiy-tentang-dzat.html
https://www.abuaminaelias.com/does-allah-exist-in-a-place/
No comments:
Post a Comment