Friday, 9 August 2024

Hadith kelebihan solat dhuha dengan membaca ayat kursi kursi 10 kali dan surah al-Ikhlas 10 kali

 

Matan hadith

 

من صلى الضحى ، فقرأ فيها بفاتحة الكتاب ، وقل هو الله أحد عشرا ، وآية الكرسي عشرا ، استوجب رضوان الله الأكبر

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang mengerjakan solat dhuha, lalu membaca al-Fatihah dan Qulhuwallahu Ahad sepuluh kali, dan ayat Kursi sepuluh kali, maka ia berhak mendapatkan kebaikan/pertolongan yang besar dari Allah

 

Takhrij

 

HN. as-Shufuri dalam Nuzahtul Majalis 1/125-126, daripada Anas ra.

 

Juga dinukilkan oleh as-Suyuthi dalam al-Hawi al-Fatawi 1/48.

 

Dan disebutkan pula oleh Syeikh Haqqi al-Nazili dalam Khazinat al-Asrar hal. 30 dengan sedikit perbezaan lafaz (daripada Ibnu Abbas ra):-

 

عن ابن عباس رضى الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال من صلى صلاة الضحى أربع ركعات يقرأ في الاولى بفاتحة الكتاب عشر مرات وآية الكرسي عشر مرات وفي الثانية بفاتحة الكتاب عشر مرات وقل يا أيها الكافرون عشر مرات وفي الثالثة بفاتحة الكتاب عشر مرات والمعوذتين عشر مرات وفي الرابعة بفاتحة الكتاب عشر مرات وقل هو الله أحد عشر مرات ثم يتشهد و يسلم ويستغفر الله تعالى سبعين مرة و يقول بعد ذلك سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم سبعين مرة دفع الله عنه شر أهل السماء وأهل الارض وقضى الله تعالى له سبعين حاجة من حوائج الدنيا والآخرة

 

Barangsiapa solat dhuha 4 rakaat, rakaat pertama membaca al-Fatihah 10 kali dan ayat Kursi 10kali, rakaat kedua membaca al-Fatihah 10 kali dan Qul yaa ayyuhal kaafiruun 10 kali, rakaat ketiga meal-mbaca Fatihah 10 kali dan al-Mu'awwidzatain 10kali, rakaat ke-empat membaca al-Fatihah 10 kali dan surah Al Ikhlas 10kali, setelah itu membaca wirid, istighfar 70kali, Subhanallah, wal hamdulillah, wa laa ilaaha illallahu wallahu akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illaa billaahil 'aliyyil 'adziim  70 kali, maka Allah swt akan menolak keburukan penduduk langit dan penduduk bumi, serta mengabulkan 70 keinginannya, baik hajat dunia dan akhirat.

 

Kesemua nukilan tidak membawakan sanad yang dapat dipertanggungjawabkan.

 

Malah kitab Nuzahtul Majalis termasuk kitab bermasalah yang diperingatkan ulama untuk dijauhkan daripada menjadi bahan bacaan dan rujukan kerana banyak mengandungi riwayat-riwayat yang tidak sahih bahkan palsu (Syeikh ‘Abdul Wahhab bin ‘Abdul Lathif dalam pengantar Al-Maqashid Al-Hasanah karya Imam As-Sakhawi hal. 9; Ithaf Al-Muhibb As-Sail bi Ajwibah As-Sab’ Al-Masail hal. 9-11)

 

Rujukan

 

https://youtu.be/6lyFUguMq-E?si=WyUY6SBl9XAGoAxc

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...