Friday, 29 November 2024

Atsar doa Umar al-Khattab ra didepan Baitullah

 

Matan atsar

 

وقال ابن جرير أيضا : حدثنا عمرو بن علي ، حدثنا معاذ بن هشام ، حدثني أبي ، عن أبي حكيمة عصمة ، عن أبي عثمان النهدي; أن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – قال وهو يطوف بالبيت وهو يبكي : اللهم ، إن كنت كتبت علي شقوة أو ذنبا فامحه ، فإنك تمحو ما تشاء وتثبت ، وعندك أم الكتاب ، فاجعله سعادة ومغفرة .

 

Terjemahan

 

Ibnu Jarir mengatakan bahawa telah menceritakan kepada kami Amr ibnu Ali, telah menceritakan kepada kami Mu’az ibnu Hisyam, telah menceritakan kepada kami ayahku, daripada Abu Hakimah Ismah, daripada Abu Usman An-Nahdi, bahawa Umar ibnul Khattab ra mengucapkan doa berikut dalam tawafnya di Baitullah seraya menangis: “Ya Allah, jika Engkau telah mencatat nasibku celaka atau berdosa, maka hapuskanlah, kerana sesungguhnya Engkau menghapuskan apa yang Engkau kehendaki dan menetapkan apa yang Engkau kehendaki; dan di sisi-Mu terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuz), maka jadikanlah (catatan nasibku) bahagia dan mendapat ampunan.

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Jarir dalam Tafsirnya  16/20478.

 

Sanadnya hasan menurut pentahqiq Tafsir Ibnu Katsir  8/164, cet. ‎Maktabah Aulad As-Syeikh Litturath.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...