Friday, 29 November 2024

Jubah Nabi saw bagus dan mahal

 

Nabi saw banyak terima hadiah pakaian berupa jubah, hullah, jubah berbulu unta, yang bahannya memang berkualiti dan mahal sebab datang dari luar madinah seperti Rom, Yaman, Syam dll...

 

 

Diriwayatkan daripada al-Mughirah Bin Syu’bah belaiu berakata:

 

 أن النبيَّ ﷺ لبس جُبَّةً روميَّةً ضيقةَ الكمين

 

Nabi SAW pernah memakai jubah dari Rom yang mana kedua tangan bajunya sempit.”(HR. Tirmidzi no. 1768, hasan sahih).

 

Dalam riwayat yang lain disebutkan jubah dari negeri Syam yang sempit kedua tangan bajunya. (HR. Bukhari no. 363 dan Muslim no  274).

 

 

ولبس حُلة حمراء

 

Beliau mengenakan Hullah yang berwarna merah (HN. as-Syaukani dalam Fathur Rabbani, 9/4312, tsabit)

 

 

Diriwayatkan oleh  Abu Daud no. 4047, dengan sanad yang dhaif dari Anas bin Malik:

 

أن ملك الروم أهدى للنبي صلى الله عليه وسلم مُسْتَقَةً مِنْ سُنْدُسٍ ، فلبسها ، فَكأَنِّي أنظرُ إلى يَدَيْه تَذَبْذَبانِ 

 

Sesungguhnya  Raja Rom memberikan hadiah kepada Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam sebuah jubah yang dari bulu unta yang dipinggirnya berjahitkan sutera nipis, lalu beliau mengenakannya, maka seakan-akan saya melihat kepada kedua tangan beliau berayun-ayun

 

Al Ashma’i berkata: Al Masatiq adalah jubah yang terbuat dari bulu unta yang memiliki lengan yang panjang. Al Khaththabi menambah: Jubah yang terbuat dari bulu unta ini menyerupai jubah yang pinggiran kainnya berjahitkan kain sutera nipis, kerana tenunan dari bulu binatang bukanlah berupa sutera nipis.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 126692

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...