Matan kisah
اختلف الإمامان الجليلان مالك والشافعي رضي الله تعالى عنهما
فالإمام مالك يقول: إن الرزق بلا سبب بل لمجرد التوكل الصحيح على الله سبحانه يُرزق
الإنسان مستنداً للحديث الشريف (لو توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير
تغدو خماصا وتروح بطانا)
أما الإمام الشافعي رحمه الله تعالى، فيخالفه في ذلك، إذ
يقول: لولا غدوها ورواحها ما رزقت، أي إنّه لا بد من السعي.
فأراد الإمام الشافعي أن يثبت لأستاذه الإمام مالك صحة قوله،
فخرج من عنده مهموماً يفكر، فوجد رجلاً عجوزاً يحمل كيساً من البلح وهو ثقيل فقال له:
أحمله عنك يا عمّاه، وحمله عنه، فلمّا وصل إلى بيت الرجل، أعطاه الرجل بضع تمرات استحساناً
منه لما فعله معه، هنا ثارت نفس الإمام الشافعي وقال: الآن أثبت ما أقول، فلولا أنّي
حملته عنه ما أعطاني وأسرع إلى أستاذه الإمام مالك ومعه التمرات ووضعها بين يديه وحكى
له ما جرى، وهنا تبسّم الإمام مالك وأخذ تمرة ووضعها في فَيِهْ وقال له: وأنت سُقت
إليّ رزقي دونما تعب مني.
فالإمامان الجليلان استنبطا من نفس الحديث الشريف حكمين مختلفين
تماماً وهذا من سعة رحمة الله تعالى بالناس.
Terjemahan
Ringkasnya,
Imam Malik rah berkata :
Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar
kepada Allah nescaya Allah akan memberikan rezeki. Lakukan yang menjadi
bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya.
Imam Syafie rah berkata :
Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia
akan mendapatkan rezeki.
Guru dan murid itu tetap bersikap
kukuh pada pada pendapatnya masing-masing.
Suatu ketika Imam Syafie keluar
berjalan dan melihat serombongan orang petani tengah memetik anggur/kurma.
Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafie memperolehi
imbalan beberapa ikat anggur/kurma sebagai balas jasa. Imam Syafie girang,
bukan kerana mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan
pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat
rezeki. Seandainya dia tak membantu memanen, nescaya tidak akan mendapatkan
anggur.
Imam Syafie bergegas menjumpai
gurunya Imam Malik. Sambil menaruh seluruh anggur yang didapatnya, beliau
bercerita, Imam Syafie sedikit mengeraskan bahagian kalimat “seandainya saya
tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memanen), tentu saja anggur
itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”
Mendengar itu Gurunya Imam Malik
tersenyum, seraya mengambil anggur dan mencicipinya. Imam Malik berucap
perlahan, “Sehari ini aku memang tidak keluar, hanya mengambil tugas sebagai
guru, dan sedikit berfikir alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini
aku boleh menikmati anggur. Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa
ikat anggur segar untukku. Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang
tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah nescaya Allah akan
berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang
mengurus lainnya.”
Takhrij
Tidak ditemui asal
Melalui pencarian saya, saya tak
jumpa sumber primer yang menyebutkan kisah ini.
dan hasil carian saya senada
dengan hasil pencarian Syeikh Dr. Saadullah Ahmad Arif dalam web rasmi berliau
Saadarif.com soalan no. 2360
Rujukan
No comments:
Post a Comment