Friday, 29 November 2024

Hadith kelebihan tasbih selepas jumaat

 

Matan hadith

 

من قال بعد صلاة الجمعة قبل أن يقوم من مجلسه: سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم وبحمده أستغفر الله، مائة مرة غفر الله له مائة ألف ذنب ولوالديه أربعة وعشرين ألف ذنب

 

Terjemahan

 

Barangsiapa membaca selepas selesai solat jumaat akan tasbih ini سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم وبحمده أستغفر الله sebanyak 100 kali, nescaya diampunkan dosa dia sebanyak 100000 dosa dan ibu bapanya sebanyak 24000 dosa

 

Takhrij

 

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus  dan Ibnu Sunni dalam al-Yawm wa al-Lailah sepertimana disebutkan dalam Al Ajwibatul Mardiyyah 1/290, Kanzul ‘Ummal no. 21321 dan Ithafus Sadah Al Muttaqin 5/13-14, daripada Ibnu Abbas ra.

 

 

Hadith ini tidak sahih, dhaif jiddan bahkan palsu (Al-Fatawa Al-Hadithiya as-Sakhawi hal. 321; Ijlah al-Raghib al-Mutamani 1/429; Muqaddimah Al-Masnu’ fi Ma’rifatul Hadith Syeikh Abdul Fattah Ghuddah hal. 27)

 

 

Rujukan

 

https://islamicportal.co.uk/hadith-query-reciting-subhanallahil-azim-wa-bihamdih-100-times-after-jumuah-salah/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...