Matan kisah
حكي عن عائشة رضي
الله تعالى عنها أن امرأة أتت إلى النبي عليه الصلاة والسلام قد يبست يدها اليمني فقالت
يا رسول الله ادع الله حتى يصلح يدي ويعيدها إلى الحالة الاولي فقال لها النبي عليه
الصلاة والسلام ماالذي أيبس يدك قالت رأيت في منامي كأن القيامة قد قامت والجحيم قد
سعرت والجنة أزلفت وصارت النار أودية فرأيت في واد من أودية جهنم والدتي وفي يدها قطعة
من شحم وفي يدها الأخرى خرقة صغيرة تتقى بها من النار قلت ما لي أراك يا أماه في هذا
الوادي وكنت مطيعة لربك وراض عنك زوجك فقالت لي يا ابنتي إني كنت بخيلة فى الدنيا فهذا
موضع البخلاء قلت لها هذه الشحمة والخرقة اللتان أراها في يدك قالت هذه الصدقة التي
تصدقت بهما فى الدنيا وماتصدقت في جميع عمري إلا بهذه الخرقة والشحمة فأعطيت ذلك فأنا
أتقى بهما من النار والعذاب عن نفسي قلت لها أين أبي قالت هو كان سخيا فهو في موضع
الأسخياء فى الجنة فجئت إلى الجنة وإذا والدي قائم على شط حوضك يارسول الله يسقى الناس
يأخذ الكأس من يدعلي وعلي من يد عثمان وعثمان من يد عمر وعمر من يد أبي بكر الصديق
وأبو بكر منك يا رسول الله فقلت يا أبي إن والدتي امرأتك المطيعة لربها وراض أنت عنها
وهي في وادي كذا في جهنم وأنت تسقى الناس من حوض النبي عليه الصلاة والسلام وهي عطشانة
فاعطها شربة من ماء فقال يا ابنتي إن والدتك في موضع البخلاء والعصاة والمذنبين وان
الله تعالى حرم ماء حوض النبي عليه الصلاة والسلام على البخلاء والعصاة والمذنبين قالت
فأخذت منه كأسا بكف من ماء لأشربها فسقيت بها أمي فلما شربت سمعت صوتا يقول أيبس الله
تعالى يدك جئت سقيت العاصية البخيلة من حوض النبي عليه الصلاة والسلام فانتبهت فإذا
يدي يبست فقال لها النبي عليه الصلاة والسلام أضربك بخل والدتك فى الدنيا فكيف لها
فى العقبي ثم قالت عائشة رضي الله تعالى عنها أن النبي عليه الصلاة والسلام قد وضع
عصاه على يدها فقال إلهي بالرؤيا التي حكت عنها أن تصلح يدها فصلحت يدها على المكان
فصارت كما كانت.
Terjemahan
Daripada Sayyidah ‘Aisyah
radhiyallahu ‘anha; bahawa seorang wanita datang kepada Nabi Muhammad
shallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan tangan kanannya lumpuh, lalu
berkata: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia memperbaiki
tanganku dan mengembalikannya seperti sediakala.”
Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan tanganmu lumpuh?”
Dia menjawab: “Dalam mimpiku aku
melihat seolah-olah hari kiamat benar-benar terjadi, neraka Jahannam
dinyalakan, syurga didekatkan dan neraka menjadi jurang. Aku melihat ibuku
berada di salah satu jurang neraka Jahannam. Di tangannya ada sepotong lemak dan
di tangan yang lain ada kain perca kecil, kedua-duanya digunakan untuk
melindungi dirinya daripada api neraka.
Aku berkata: ‘Mengapa aku
melihatmu berada dalam jurang ini wahai ibuku, sedangkan engkau taat kepada
Tuhanmu dan suamimu reda kepadamu?’
Ibuku menjawab: ‘Wahai anakku!
Sesungguhnya aku seorang yang kedekut ketika hidup di dunia, dan tempat ini
adalah tempat orang-orang yang kedekut.’
Aku bertanya: ‘Apakah lemak dan
kain perca kecil di tanganmu itu?’
Ibuku menjawab: ‘Inilah sedekah
yang pernah aku berikan di dunia. Sepanjang hidupku aku tidak pernah bersedekah
kecuali dengan lemak dan kain perca kecil ini. Kerana itulah aku diberi
keduanya untuk melindungi diriku daripada api neraka dan azabnya.’
Aku bertanya: ‘Di manakah
ayahku?’
Ibuku menjawab: ‘Ayahmu seorang
yang dermawan. Dia berada bersama orang-orang dermawan di dalam syurga.’
Kemudian aku pergi ke syurga.
Ternyata ayahku sedang berdiri di tepi telagamu wahai Rasulullah, memberi minum
orang ramai. Dia menerima gelas daripada tangan Sayyidina ‘Ali, Sayyidina ‘Ali
menerima daripada tangan Sayyidina ‘Utsman, Sayyidina ‘Utsman menerima daripada
tangan Sayyidina ‘Umar, Sayyidina ‘Umar menerima daripada tangan Sayyidina Abu
Bakar, dan Sayyidina Abu Bakar menerima daripada tanganmu wahai Rasulullah.
Aku berkata: ‘Wahai ayahku! Ibuku
seorang wanita yang taat kepada Tuhannya dan engkau reda kepadanya. Kini dia
berada di salah satu jurang neraka Jahannam, sedangkan engkau memberi minum
orang ramai dari telaga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan ibuku sedang
kehausan. Maka berilah dia seteguk air dari telaga itu.’
Ayahku menjawab: ‘Sesungguhnya
ibumu berada di tempat orang-orang yang kedekut, maksiat dan berdosa. Allah
Ta‘ala mengharamkan air telaga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bagi
orang-orang yang kedekut, maksiat dan berdosa.’
Lalu aku mengambil air dari
telagamu dengan tanganku untuk memberi minum ibuku. Ketika ibuku meminumnya,
terdengarlah satu seruan: ‘Semoga Allah Ta‘ala melumpuhkan tanganmu. Engkau
telah memberi minum wanita yang maksiat dan kedekut dari telaga Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam.’
Apabila aku terjaga dari tidur,
tiba-tiba tanganku benar-benar menjadi lumpuh.”
Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: “Sifat kedekut ibumu telah membahayakanmu di dunia. Maka
bagaimana mungkin sifat kedekut itu tidak membahayakan ibumu di akhirat.”
Kemudian Sayyidah ‘Aisyah
radhiyallahu ‘anha berkata: “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
meletakkan tongkatnya di atas tangan wanita itu dan bersabda: ‘Wahai Tuhanku!
Dengan sebab mimpi yang diceritakannya, sembuhkanlah tangannya.’ Maka tangan
wanita itu pun sembuh kembali seperti sediakala.”
Takhrij
Kisah ini merupakan sebuah
hikayat yang dinukilkan oleh Syeikh al-Usfuri dalam al-Mawaidz al-Usfuriyyah
pada perbahasan hadith ke-11.
Sebuah hikayat tidak mempunyai
asal (palsu) yang tidak bersanad dan tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith
muktabar sunnah.
No comments:
Post a Comment