Rasulullah saw bersabda;
مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبَ
اللهُ لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً
“Siapa yang beristighfar
(memintakan ampunan) untuk orang-orang beriman lelaki dan perempuan maka Allah
mencatat kebaikan untuknya sebanyak kaum muminin dan mukminat.”
Takhrij
HR. at-Thabrani dalam Musnad
Syamiyyin no. 2155, daripada Ubadah bin Shamit ra.
Sanadnya jayyid (bagus) menurut
al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/213.
Hadith hasan menurut Syeikh
al-Albani dalam Shahih Jami' no. 6026.
Rasulullah saw bersabda:
مَنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ مَالٌ يَتَصَدَّقُ بِهِ فَلْيَسْتَغْفِرْ
لِلْمُؤْمِنِينَ فَإِنَّهُ صَدَقَةٌ
Barangsiapa yang tidak memiliki
harta yang dapat ia sedekahkan, maka hendaklah memohonkan ampunan bagi
orang-orang yang beriman, kerana sesungguhnya hal tersebut adalah sedekah.
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam ad-Dua no.
1849, Mu'jam al-Awsath no. 2963, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 5961,
daripada Abu Hurairah ra.
Hadith dhaif menurut Syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6122.
Terdapat perawi yang tidak
dikenali dalam sanadnya (Majma Zawaid 10/213).
No comments:
Post a Comment