Matan kisah
عن أبي بكر بن أبي الطيب قال بلغنا عن عبد الله بن الفرج
العابد قال احتجت إلى صانع يصنع لي شيئا من امر الروز جاريين فأتيت السوق فجعلت ارمق
الصناع فإِذا في آواخرهم شاب مصفر بين يديه زبيل كبير ومر وعليه جبة صوف ومئزر صوف
فقلت له تعمل قال نعم قلت بكم قال بدرهم ودانق قلت له قم حتى تعمل قال على شريطه قلت
ما هي قال إذا كان وقت الظهر واذن المؤذن خرجت وتطهرت وصليت في المسجد جماعةثم رجعت
فإِذا كان وقت العصر فكذلك قلت نعم فقام معي فجئنا المنزل فوافقته على ما ينقله من
موضع إلى موضع فشد وسطه وجعل يعمل ولا يكلمني بشيء.
حتى إذا أذّن المؤذن للظهر قال يا عبد الله قد أذّن المؤذن
قلت شانك.
فخرج فصلى فلما رجع عمل أيضاً عملا جيدا إلى العصر فلما أذّن
المؤذن قال يا عبد الله قد أذّن المؤذن قلت شأنك فخرج فصلى ثم رجع فلم يزل يعمل إلى
آخر النهار فوزنت له اجرته وانصرف.
فلما كان بعد أيام احتجت إلى عمل فقالت لي زوجتي اطلب لنا
ذلك الصانع الشاب فانه قد نصحنا في عملنا فجئت السوق فلم اره فسألت عنه فقالوا تسأل
عن ذلك المصفر المشؤوم الذي لا نراه إلا من سبت إلى سبت لا يجلس إلا وحده في آخر الناس
فانصرفت.
فلما كان يوم السبت اتيت السوق فصادفته فقلت تعمل فقال قد
عرفت الاجرة والشرط قلت استخر الله تعالى فقام فعمل على النحو الذي كان عمل.
قال فلما وزنت له الاجرة زدته فابى أن يأخذ الزيادة فألححت
عليه فضجر وتركني ومضى فغمني ذلك فاتبعته وداريته حتى أخذ اجرته فقط.
فلما كان بعد مدة احتجنا أيضاً إليه فمضيت في يوم السبت فلم
اصادفه.
فسألت عنه فقيل لي هو عليل وقال لي من كان يخبر أمره إنما
كان إلى السوق من سبت إلى سبت يعمل بدرهم ودانق يتقوت كل يوم دانقا وقد مرض.
فسألت عن منزله فأتيته وهو في بيت عجوز فقلت لها هذا الشاب
الروزجاري فقالت هو عليل منذ أيام فدخلت عليه فوجدته لما به وتحت رأسه لبنة.
فسلمت عليه وقلت لك حاجة قال نعم ان قبلت قلت اقبل ان شاء
الله تعالى قال إذا أنا مت فبع هذا المر واغسل جبتي هذه الصوف وهذا المئزر وكفني بهما
وافتق جيب الجبة فان فيها خاتما فخذه ثم انظر يوم يركب هارون الرشيد الخليفة فقف له
في موضع يراك فكلمه واره الخاتم فانه سيدعو بك فسلم إليه الخاتم ولا يكن هذا إلا بعد
دفني قلت نعم.
فلما مات فعلت ما امرني ثم نظرت اليوم الذي يركب فيه الرشيد
فجلست له على الطريق فلما مر ناديته يا أمير المؤمنين لك عندي وديعة ولوحت بالخاتم
فامر بي فأخذت وحملت حتى دخل إلى داره ثم دعا بي ونحى جميع من عنده وقال من أنت فقلت
عبد الله بن الفرج فقال هذا الخاتم من أين لك فحدثته قصة الشاب فجعل يبكي حتى رحمته.
فلما انس الي قلت يا أمير المؤمنين من هو منك قال ابني قلت
كيف سار إلى هذه الحال قال ولد لي قبل ان ابتلى بالخلافة فنشأ نشوءاً حسناً وتعلم القرآن
والعلم فلما وليت الخلافة تركني ولم ينل من دنياي شيئا فدفعت إلى أمه هذا الخاتم وهو
ياقوت ويساوي مالا كثيرا فدفعته إليها وقلت لها تدفعين هذا إليه وكان براً بأمه وتسأليه
أن يكون معه فلعله ان يحتاج إليه يوماً من الأيام فينتفع به وتوفيت أمه فما عرفت له
خبراً إلا ما أحبرتني به أنت ثم قال لي إذا كان الليل فأخرج معي إلى قبره.
فلما كان الليل خرج وحده معي يمشي حتى أتينا قبره فجلس إليه
فبكى بكاء شديدا فلما طلع الفجر قمنا فرجع فقال لي تعاهدني في الأيام حتى ازور قبره.
فكنت اتعاهده بالليل فيخرج حتى يزور قبره ثم يرجع.
قال عبد الله بن الفرج ولم اعلم انه ابن الرشيد حتى أخبرني
الرشيد انه ابنه أبو كما قال ابن أبي الطيب
Terjemahan
Daripada Abu Bakar bin Abi
al-Thayyib berkata: Telah sampai kepada kami daripada Abdullah bin al-Faraj
al-‘Abid, katanya:
Aku memerlukan seorang tukang
bangunan. Lalu aku pergi ke pasar dan memperhatikan para tukang yang menunggu
panggilan kerja. Maka tiba-tiba aku melihat pada bahagian hujung mereka seorang
pemuda yang berwajah pucat, di hadapannya terdapat alat pertukangan, dan dia
memakai jubah bulu serta kain sarung bulu. Maka aku berkata kepadanya: “Adakah
kamu mahu bekerja?” Dia menjawab: “Ya.” Aku bertanya: “Dengan upah berapa?” Dia
menjawab: “Satu dirham dan satu daniq (pecahan dirham).” Aku berkata kepadanya:
“Bangunlah, mari bekerja.” Dia berkata: “Dengan satu syarat.” Aku bertanya:
“Apakah dia?” Dia menjawab: “Apabila masuk waktu Zuhur dan muazin melaungkan
azan, aku akan keluar, berwuduk, dan solat berjemaah di masjid. Kemudian aku
kembali. Dan apabila masuk waktu Asar, maka demikian juga.” Aku berkata:
“Baiklah.”
Lalu dia pun bangun bersamaku dan
kami sampai ke rumah. Aku menyuruhnya mengangkat barang dari satu tempat ke
tempat lain. Dia mengikat pinggangnya dan mula bekerja, tidak berkata sepatah
pun kepadaku. Hingga apabila muazin melaungkan azan Zuhur, dia berkata: “Wahai
Abdullah, azan telah dilaungkan.” Aku menjawab: “Silakan.” Maka dia keluar lalu
solat, kemudian kembali dan bekerja dengan baik sehingga waktu Asar. Apabila
muazin melaungkan azan Asar, dia berkata: “Wahai Abdullah, azan telah
dilaungkan.” Aku berkata: “Silakan.” Maka dia keluar lalu solat, kemudian
kembali. Dia terus bekerja sehingga penghujung siang, lalu aku menimbang
upahnya dan dia pun pulang.
Beberapa hari kemudian, aku
memerlukan kerja lagi. Isteriku berkata: “Carilah tukang muda itu, kerana dia
telah melakukan kerja kita dengan jujur.” Maka aku pergi ke pasar, tetapi tidak
menjumpainya. Aku bertanya tentangnya, lalu mereka berkata: “Adakah engkau
bertanya tentang pemuda pucat yang malang itu? Kami tidak melihatnya melainkan
dari hari Sabtu saja. Dia hanya duduk sendirian di hujung orang ramai.” Maka
aku pun pulang.
Apabila tiba hari Sabtu, aku
pergi ke pasar dan menemuinya. Aku berkata: “Adakah kamu mahu bekerja?” Dia
berkata: “Kamu sudah tahu upah dan syaratnya.” Aku berkata: “Bertawakkallah
kepada Allah.” Maka dia pun bangun dan bekerja seperti sebelumnya. Setelah aku
menimbang upahnya, aku menambahkan sedikit kepadanya, tetapi dia enggan
menerimanya. Aku mendesaknya sehingga dia kesal, meninggalkanku dan pergi. Aku
berasa sedih lalu mengejarnya, memujuknya hingga akhirnya dia mengambil hanya
upah yang sepatutnya.
Selepas beberapa lama, kami
memerlukan dia lagi. Aku pergi pada hari Sabtu, tetapi tidak menemuinya. Aku
bertanya tentangnya, lalu dikatakan kepadaku: “Dia sakit.” Orang yang
sebelumnya mengabariku tentang jadual kedatangan orang itu ke pasar dan besar upah
kerjanya berkata kepadaku: “Kini dia jatuh sakit.”
Aku bertanya alamat rumahnya lalu
aku pergi ke sana. Dia tinggal di sebuah rumah seorang wanita tua renta. Aku
berkata kepadanya: “Adakah pemuda tukang itu di sini?” Dia berkata: “Ya, dia
sakit sejak beberapa hari.” Maka aku masuk menemuinya, dan mendapati dia sedang
sakit tenat, dan di bawah kepalanya hanya sepotong bata.
Aku memberi salam kepadanya lalu
berkata: “Apakah engkau memerlukan sesuatu?.” Dia menjawab: “Ya, sekiranya
engkau sudi menerima amanah dariku.” Aku berkata: “InsyaAllah aku akan terima.”
Dia berkata: “Apabila aku mati nanti, juallah peralatan ini, basuhlah jubah
bulu dan kain sarung ini, lalu kafankan aku dengannya. Kemudian bukalah poket
jubah itu, kerana di dalamnya ada sebuah cincin. Ambillah cincin itu, kemudian
perlihatkanlah kepada khalifah Harun ar-Rasyid pada hari beliau keluar
menunggang, berdirilah di suatu tempat hingga dia melihatmu. Bercakaplah dengannya
dan tunjukkan cincin itu. Maka dia akan memanggilmu. Serahkanlah cincin itu
kepadanya, tetapi jangan lakukan semua ini melainkan selepas aku meninggal
dunia.” Aku menjawab: “Baik.”
Apabila dia meninggal dunia, aku
lakukan sebagaimana yang diperintahkannya. Aku menunggu hari ar-Rasyid keluar
menunggang, lalu aku duduk di jalan. Apabila dia lalu, aku menyeru kepadanya:
“Wahai Amirul Mukminin, aku ada amanah untukmu,” sambil menunjukkan cincin itu.
Maka dia memerintahkan agar aku dibawa kepadanya. Aku dibawa hingga masuk ke
dalam istananya. Dia memanggilku dan menyuruh semua orang keluar. Dia berkata:
“Siapakah engkau?” Aku menjawab: “Aku Abdullah bin al-Faraj.” Dia berkata:
“Dari mana engkau mendapat cincin ini?” Maka aku menceritakan kepadanya kisah
pemuda itu. Dia pun menangis sehingga aku merasa kasihan kepadanya.
Apabila suasana sudah tenang, aku
berkata kepadanya: “Wahai Amirul Mukminin, siapakah dia denganmu?” Dia
menjawab: “Dia adalah anakku.” Aku berkata: “Bagaimana dia boleh sampai ke keadaan
ini?” Dia berkata: “Dia dilahirkan sebelum aku diuji dengan kekhalifahan. Dia
membesar dengan baik, mempelajari al-Quran dan ilmu. Tetapi apabila aku
dilantik menjadi khalifah, dia menjauhiku dan tidak mahu mengambil sedikitpun
dari duniaku. Aku berikan cincin ini kepada ibunya, ia batu yaqut yang sangat
berharga, lalu aku berkata kepadanya: ‘Berikan cincin ini kepadanya, dan
mintalah dia menyimpannya. Mungkin suatu hari dia memerlukan cincin itu, lalu
ia akan bermanfaat baginya.’ Dia adalah anak yang berbakti kepada ibunya.
Tetapi setelah ibunya wafat, aku tidak pernah tahu khabarnya lagi, sehinggalah
engkau memberitahuku cerita sebentar tadi.” Kemudian dia berkata kepadaku:
“Apabila malam tiba, keluarlah bersamaku menuju ke kuburnya.”
Apabila malam tiba, dia keluar
berjalan bersamaku sehingga kami sampai ke kuburnya. Dia duduk di sisinya lalu
menangis dengan tangisan yang sangat hebat. Apabila fajar menyingsing, kami
bangun dan pulang. Dia berkata kepadaku: “Ingatkan aku pada hari-hari
berikutnya agar aku dapat menziarahi kuburnya.” Maka aku sentiasa menemaninya
pada waktu malam. Dia keluar, menziarahi kuburnya, kemudian kembali.
Berkata Abdullah bin al-Faraj:
“Aku tidak mengetahui bahawa pemuda itu adalah anak ar-Rasyid sehinggalah
ar-Rasyid sendiri memberitahuku bahawa dia adalah anaknya.” Atau sebagaimana
yang dikatakan oleh Ibn Abi al-Ṭayyib.
Takhrij
Kisah anak Khalifah Harun
ar-Rasyid ini ada banyak versi, dan dua jalan riwayat. Sanadnya berlegar antara
hasan dan sahih.
Ia nukilkan dalam beberapa kitab
seperti Uyunul Hikayat hal. 69, DKI; dan
Sifatul Safwah 1/466-468, Syamilah, karya Ibnul Jauzi dan at-Tawwabin
hal. 105, Syamilah, karya Ibnu Qudamah.
Ibnul Jauzi dalam Sifatul Safwah
1/468 berkata:
هذا طريق حسن والطريق الذي قبله اصح لانه متصل ورواته ثقات
وقد زاد القصاص في حديث السبتي وابداوا واعادوا وذكروا ان هذا الرجل كان من زبيدة وانه
خرج يتصيد فوعظه صالح المري فوقع فرسه في اشياء كلها محال. فاقتصرنا على ما صح والله
الموفق
Ini adalah sanad (riwayat) yang
hasan, tetapi sanad sebelumnya lebih sahih kerana ia bersambung dan para
perawinya adalah orang-orang yang terpercaya. Adapun para pencerita (al-Quṣṣāṣ)
telah menambah dalam kisah as-Sabtī, mereka ulang-ulanginya, dan mereka
menyebut bahawa lelaki itu adalah daripada (keturunan) Zubaidah, bahawa dia
keluar berburu lalu dinasihati oleh Ṣāliḥ al-Marrī, kemudian kudanya jatuh ke
dalam perkara-perkara yang semuanya adalah kepalsuan. Maka kami hanya
mencukupkan diri dengan riwayat yang sahih, dan Allah jualah yang memberi
taufiq.
No comments:
Post a Comment