Kebenaran dalam Cahaya Ilmu
Objektif blog ini dihasilkan adalah semata-mata untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai. Ilmu itu maha luas dan ia adalah kepunyaan Allah SWT.
Manusia juga telah dituntut untuk mencari ilmu sehinggalah ke nafasnya yang terakhir. Mencari ilmu itu tiada batas waktunya. Ilmulah akan memandu kita ke jalan yang terang dan benar, serta dapat menghindarkan diri dari kejahilan. Ilmu jugalah akan menyebabkan amalan yang kita lakukan bersesuaian dengan tuntutan agama dan nanti menjadi syarat untuk diterima oleh Allah SWT. Orang berilmu yang melakukan ibadah lebih tinggi darjatnya jika dibandingkan dengan orang yang banyak melakukan ibadah tetapi tak didasari dengan ilmu.
Saya sendiri masih di dalam kembara memugar kekayaan ilmu yang ada di atas muka bumi ini, baik ilmu duniawi mahupun agma.
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Dari Abu Darda “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar.” (HR Ibnu Majah no. 219, disahihkan oleh al-Albani)
Orang yang menuntut ilmu ini ada pelbagai ragam. Saya mengkelaskannya kepada 5:-
- orang yang sekadar menghadiri majlis
- orang yang belajar atau minta diajarkan
- orang yang mengajar
- orang yang sekadar mendengar
- orang yang suka bertanya
Saya bukanlah seorang ustaz. Tetapi saya mempunyai kebiasaan dari kecil lagi untuk tidak mudah menerima bulat-bulat sesuatu maklumat tanpa diketahui dadi mana sumbernya. Tidak kira ilmu apapun dan siapa yang menyampaikannya.
Tetapi dalam urusan agama, lagilah saya tidak mudah untuk mempercayainya sehingga saya sendiri menyiasat hal tersebut serta memahaminya berdasarkan kekuatan hujah-hujah yang ada. Soal agama kita sama sekali tidak boleh bermudah mudahan menerimanya, kerana agama adalah unit asas kepada panduan hidup insan. Agama tidak mungkin dipisah-pisahkan di dalam kehidupan seharian seseorang meskipun dia adalah seorang Raja, Dato', Profesor, Pensyarah, Jurutera, Doktor perubatan, Ahli Sains, Sainstis, Akauntan, Peguam, Guru, Asatizah, Pekerja am, Jurujual, Tukang dan sebagainya. Setiap orang wajib meletakkan agama pada tingkat yang tertinggi dalam dirinya, kerana agama adalah perlembagaan hidup insan. Perlembagaan inilah perlu dicerna dan difahami dengan ilmu serta disiplinnya yang benar.
Ilmu hendaklah sentiasa dicari dan ditambah dari masa ke semasa, untuk mengemaskini pemahaman kita dalam kehidupan, termasuk tatacara beragama dengan berlandaskan syariat yang benar.
Blog ini juga, saya jadikan sebagai salah satu metod dakwah. Ini akan dapat dilihat berdasarkan isi-isi penulisan yang akan saya terbitkan di blog. Ia akan berfokus kepada:-
1) menyebarkan ilmu
2) mencari kebenaran
3) menyampaikan nasihat
4) analisis fakta, kisah, hadith dan lain-lain
5) meluruskan pemahaman
Berdakwah itu tidak terhad kepada suatu kaedah, tempat dan masa sahaja. Dengan keadaan dunia yang serba canggih sekarang, medium internet seperti media sosial adalah pentas yang sesuai untuk menyampaikan mesej-mesej kebaikan, pesanan serta nasihat. Malah, seperti yang kita sedia maklum, capaian manusia menerusi laman media sosial adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan buku fizikal pada zaman moden ini.
Saya merupakan seorang graduan UPM, berkelulusan Doktor Falsafah di dalam bidang sains. Kini berkhidmat sebagai pensyarah dan penyelidik di sebuah universiti swasta. Bidang kepakaran saya sains kesihatan dan kaedah penyelidikan. Saya suka untuk mengingatkan diri sendiri dan orang lain, bahawasanya tahap pendidikan seseorang bukanlah neraca ukur ketinggian ilmu semata-mata.
Keilmuan seseorang tidak wajar diukur dengan jumlah sijil akademik, pengalaman, prestij institusi pendidikan , jumlah guru, dan lamanya seseorang itu menuntut ilmu. Ia terlalu abstrak. Ia sepatutnya dilihat secara menyeluruh.
Saya merupakan seorang graduan UPM, berkelulusan Doktor Falsafah di dalam bidang sains. Kini berkhidmat sebagai pensyarah dan penyelidik di sebuah universiti swasta. Bidang kepakaran saya sains kesihatan dan kaedah penyelidikan. Saya suka untuk mengingatkan diri sendiri dan orang lain, bahawasanya tahap pendidikan seseorang bukanlah neraca ukur ketinggian ilmu semata-mata.
Keilmuan seseorang tidak wajar diukur dengan jumlah sijil akademik, pengalaman, prestij institusi pendidikan , jumlah guru, dan lamanya seseorang itu menuntut ilmu. Ia terlalu abstrak. Ia sepatutnya dilihat secara menyeluruh.
Saya sendiri melihat ketinggian ilmu seseorang sewajarnya diukur dari sudut:-
1) pemahaman seseorang yang mendalam dalam ilmu tersebut
2) kebijaksanaan dalam mengaplikasi ilmu tersebut
3) ilmu itu harus digerakkan dengan disiplin ilmu yang benar
4) ilmu itu didasari dengan akhlak yang terpuji
5) nilai amanah dan insaf yang ada ada seseorang
Walaupun seseorang itu sedikit pengalaman, dan guru, bukan dari institusi yang berprestij serta tidak mempunyai sijil akademik yang banyak, tetapi jika beliau mempunyai 5 kriteria seperti yang disebutkan di atas, maka wajarlah untuk saya mengiktiraf keilmuan beliau.
Saya berpendapat, setiap orang di atas muka bumi ini ada peranan dan sumbangannya yang tersendiri. Kita semua menyumbang kepada pembangunan agama, diri, keluarga, ummah, bangsa dan negara dengan cara dan kemampuan yang berbeza-beza. Setiap individu itu faqih dan alim di dalam bidangnya masing-masing. Semua ilmu yang ada pada kita ini, adalah saling melengkapi di antara satu sama lain.
Saya juga suka untuk menukilkan kata-kata Dr. Kamilin Jamilin ketika menghadiri salah satu kuliah hadith beliau, bahawasanya kita ini selalu berdoa untuk ditingkatkan/ ditambahkan ilmu, tapi kita jarang/lupa meminta kepada Allah supaya dikurniakan kefahaman dalam ilmu tersebut. Walaupun ilmu yang kita dapat itu sedikit. Tetapi ilmu yang sedikit itulah kadang-kadang banyak memberi manfaat kepada diri dan orang sekeliling kita, kerana keberkatan ilmu tersebut.
Analisis secara sistematik (systematic review) berdasarkan disiplin yang terdapat dalam penulisan akademik. Walaubagaimanapun ia tidaklah begitu formal. Saya lebih kepada bacaan santai. Cuma disiplin itu adalah mengikut kaedah penulisan akademik dari segi cedokan maklumat dari sumber yang absah, sitasi, rujukan dan lain-lain.
Semua sumber yang digunapakai adalah dari:
1) Al-Quran
2) Hadith
3) Buku-buku rujukan yang absah/muktabar
4) Kajian ilmiah
5) Laman-laman sesawang yang berautoriti
6) Dan lain-lain yang difikirkan relevan dan sahih
Sumber-sumber di atas tidak pula terhad kepada sumber primer, saya juga akan menggunakan sumber-sumber sekunder mahupun tertier.
Semoga kerja yang tidak seberapa ini, akan diberkati oleh Allah SWT dan membuatkan kita menjadi lebih berilmu.
Jazakallahu khairan kathira
(Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu).
5) Laman-laman sesawang yang berautoriti
6) Dan lain-lain yang difikirkan relevan dan sahih
Sumber-sumber di atas tidak pula terhad kepada sumber primer, saya juga akan menggunakan sumber-sumber sekunder mahupun tertier.
Saya juga sedia menerima teguran dan cadangan yang membina demi memperbaiki kelancaran objektif penulisan blog ini.
Semoga kerja yang tidak seberapa ini, akan diberkati oleh Allah SWT dan membuatkan kita menjadi lebih berilmu.
Jazakallahu khairan kathira
(Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu).
No comments:
Post a Comment