Memandangkan sekarang adalah bulan Rejab, dan banyaklah juga
sebaran - sebaran umum berlaku di media-media sosial berkenaan amalan-amalan
tertentu yang disandarkan kepada Rasululullah SAW.
Antaranya seperti:-
Rejab bulan Allah
Puasa hari TERTENTU dapat pahala TERTENTU
Solat sunat TERTENTU dapat pahala TERTENTU
dll.
Adakah Rejab ini bulan yang mulia?
Jawapannya
Ya
Bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram
merupakan bulan-bulan yang mulia disisi Allah. Segala amalan baik atau buruk
digandakan ganjaran atau azabnya.
Semenjak Allah SWT menciptakan langit dan bumi, Allah SWT telah menentukan
jumlah bulan iaitu dua belas bulan; empat di antaranya adalah bulan haram, tiga
bulan berurutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, lalu Muharam serta satu yang
terpisah iaitu bulan Rejab. Ini merupakan bulan-bulan diagungkan, baik pada
masa jahiliyyah ataupun pada masa islam, Allah menghususkan larangan berbuat
zalim dibulan-bulan tersebut (As-Sunnah Edisi 09/Tahun XIV/1432H/2011M).
Firman Allah swt :
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ
اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi
(hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah
semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang
dihormati.” [surah at-Taubah : 36].
Seterusnya (sambungan) ayat 36 surah
al-Taubah itu menjelaskan :
فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
“janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam
bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)” [Surah at-Taubah
: 36].
Sebaran yang dikatakan hadith kelebihan puasa pada hari-hari tertentu di bulan Rejab
Takhrij
Disebutkan dalam sebuah riwayat tentang keutamaan bulan Rajab, bahwa Rasulullah Saw bersabda:
فضل شهر رجب على الشهور كفضل القرآن على سائر الكلام وفضل شهر شعبان على الشهور كفضلي على سائر الأنبياء وفضل شهر رمضان كفضل الله على سائر العباد.
“Keutamaan bulan Rajab atas bulan-bulan lain seperti keutamaan al-Qur’an atas semua perkataan yang ada. Keutamaan bulan Sya’ban atas bulan-bulan lain seperti keutamaanku atas semua para Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan atas bulan-bulan lain seperti keutamaan Allah atas seluruh hambaNya.”
HR. al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, daripada Anas bin Malik.
Hadis Palsu
Tidak ada yang meragukan kepalsuan Hadis tersebut. Inilah yang kemudian membuat banyak ulama mencantumkan Hadis tersebut ke dalam kitab-kitab mereka yang khusus memuat Hadis palsu. Al-Sakhawi dalam al-Maqashid al-Hasanah menyatakan Hadis di atas palsu (maudhu’). Pendapat ini juga disampaikan oleh al-Syaukani dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah, Mulla Ali al-Qari dalam al-Mashnu’ fi Ma’rifat al-Hadis al-Maudhu’ no. 254, al-Laknawi dalam al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, al-‘Ijluni dalam Kasyf al-Khafa’ 2/110, dan masih banyak ulama lain yang menegaskan kepalsuan Hadis tersebut.
Pendapat para ulama tadi semuanya dinisbatkan kepada pernyataan Ibn Hajar dalam Tabyin al-‘Ajab bima Warada fi Syahri Rajab. Ibn Hajar dalam kitabnya memang menilai demikian, bahkan menjelaskan penyebab kepalsuan Hadisnya. Ibn Hajar menyatakan kepalsuan Hadis tersebut disebabkan seorang rawi bernama Abu al-Barakat Hibbatullah bin al-Mubarak al-Saqathi, ia adalah rawi sangat terkenal sebagai pemalsu Hadis. Mengenai rawi ini, al-Dzahabi dalam Tadzkirah al-Huffadz menyatakan al-Saqathi muttaham (tertuduh berdusta). Kerananya az-Zahabi dalam Siyar A‘lam al-Nubala sekurang-kurangnya menilainya sebagai rawi yang dha’if (lemah) dan tidak kredibel (qalil al-itqan).
Berpijak pada penjelasan di atas, Ibn ‘Arraq al-Kannani dalam Tanzih al-Syari’ah mengaskan kepalsuan Hadis tersebut dikarenakan rawi al-Saqathi tadi. Oleh kerana itu, al-‘Amiriy memasukkan Hadis tersebut ke dalam kitabnya yang berjudul al-Jadd al-Hatsits fi Bayan ma Laysa bi Hadits, kitab ini adalah kitab yang secara khusus membahas Hadis-hadis palsu, atau ungkapan yang ternyata bukan Nabi Saw, namun oleh banyak orang dianggap sebagai Hadis.
Ada Hadis lain tentang keutamaan bulan Rajab itu, namun kualitasnya juga maudhu’ (palsu) tidak boleh diamalkan. Misalnya seperti Hadis berikut;
رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي
“Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.”
رجب شهر الله الأصم فمن صام يوما منه إيمانا واحتسابا استوجب رضوان الله الأكبر
“Rajab adalah bulan Allah yang yang tuli. Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rajab karena iman dan mengharapkan pahala, maka Allah akan mengabulkan segala permintaannya.”
Hadis pertama diriwayatkan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus no. 3276. Menurut Ibn Hajar Hadis tersebut diriwayatkan Abu al-Fath bin Abi al-Fawaris dalam Amalinya. Hadis kedua diriwayatkan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus no. 3274, dan al-Hakim dalam Tarikhnya. Namun kedua Hadis ini tidak boleh menguatkan Hadis di atas kerana darjatnya juga palsu. Sekurang-kurangnya, pandangan ini disampaikan oleh ulama pakar Hadis seperti Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at 2/205, al-Suyuthi dalam al-La’ali al-Mashnu’ah, al-Syaukani dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah no. 439, Ibn Hajar dalam Tabyin al-‘Ajab no. 22, dan al-Kannani dalam Tanzih al-Syari’ah 2/164.
Rasulullah Saw bersabda:
إن شهر رجب شهر عظيم، من صام منه يوما كتب الله له صوم ألف سنة، ومن صام منه يومين كتب له صوم ألفى سنة، ومن صام منه ثلاثة أيام، كتب الله له صوم ثلاثة آلاف سنة، ومن صام منه سبعة أيام غلقت عنه أبواب جهنم، ومن صام منه ثمانية أيام فتحت له أبواب الجنة الثمانية، فيدخل من أيها شاء، ومن صام خمسة عشر بدلت سيئاته حسنات ونادى مناد من السماء قد غفر لك، فاستأنف العمل، ومن زاد زاده الله.
“Sesungguhnya bulan Rajab adalah bulan yang agung, barangsiapa berpuasa satu hari di dalamnya, Allah mencatat baginya puasa seribu tahun. Siapa berpuasa dua hari, Allah mencatat baginya puasa 2000 tahun. Siapa berpuasa tiga hari, Allah mencatat baginya puasa 3000 tahun. Siapa berpuasa tujuh hari, ditutup pintu neraka jahannam baginya. Siapa berpuasa 8 hari, dibukakan pintu 8 pintu surga baginya, dan ia bebas masuk dari pintu mana saja. Siapa berpuasa 15 hari, keburukan-keburukannya diganti dengan kebaikan-kebaikan, dan Allah mengampuni dosamu yang telah berlalu. Maka mulailah mengerjakannya. Siapa yang menambahnya, Allah juga akan menambahkannya.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Syahin dan kemudian disampaikan oleh al-Syaukani dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah dan Ibn ‘Arraq al-Kannani dalam Tanzih al-Syari’ah 2/152.
Hadis Palsu
Ibn Hajar al-Asqalani dalam Tabyin al-‘Ajan Bima Warada fi Syahr Rajab no. 38 berkata huwa hadits maudhu’ la syakka fihi (Hadis palsu, tidak perlu diragukan lagi). Menurut Ibn Hajar, kepalsuan Hadis tersebut disebabkan seorang rawi bernama Ishaq bin Ibrahim al-Khuttali yang ternyata muttaham (dituduh berdusta). Jauh sebelum itu, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at menyatakan,Hadis tersebut bukan sabda Rasulullah Saw (hadza hadits la yashih an Rasulillah Saw). Menurut Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat 2/578, kepalsuan Hadis tersebut disebabkan seorang rawi bernama Harun bin ‘Antarah. Berpedoman kepada pendapat Ibn Hibban, Ibn al-Jauzi berkata; Harun tidak bisa dijadikan pijakan, sebab Harun meriwayatkan banyak Hadis munkar (la yajuz al-ihtijaj, yarwi manakir).
Maka dari itu, berpijak pada penjelasan ini, Ibn ‘Arraq al-Kannani dalam Tanzih al-Syari’ah 2/152 secara tegas menyatakan Hadis tersebut palsu. Begitu pula al-Syaukani dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah dan al-Suyuthi dalam al-La’ali al-Mashnu’ah yang dengan tegas juga menyatakan demikian. Untuk itu, tidak perlu diragukan lagi, berdasarkan pernyataan dan penjelasan ulama tadi, Hadis tersebut adalah palsu.
Memang ada riwayat lain yang berkaitan dengan Hadis di atas, misalnya Hadis riwayat al-Thabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir sebagai berikut:
رجب شهر عظيم يضاعف الله فيه الحسنات فمن صام يوما من رجب فكأنما صام سنة ومن صام منه سبعة أيام غلقت عنه سبعة أبواب جهنم ومن صام منه ثمانية أيام فتحت له ثمانية أبواب الجنة ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيئا إلا أعطاه إياه ومن صام منه خمسة عشر يوما نادى مناد في السماء : قد غفر لك ما مضى فاستأنف العمل
“Rajab adalah bulan yang bulan agung, Allah melipatgandakan di dalamnya dengan banyak kebaikan. Barangsiapa berpuasa sehari di bulan Rajab, maka ia seolah berpuasa satu tahun. Barangsiapa berpuasa tujuh hari, maka ditutup tujuh pintu neraka baginya. Barangsiapa berpuasa delapan hari, dibukakan delapan pintu surga baginya. Barangsiapa berpuasa sepluh hari, maka segala sesuatu yang diminta, Allah akan berikan kepadanya. Barangsiapa yang berpuasa 15 hari, seruan Allah kepadanya; sungguh Allah telah mengampuni dosamu berlalu. Maka mulailah untuk mengerjakannya.”
Riwayat lain yang mirip dengan Hadis riwayat al-Thabarani ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Fadha’il al-Auqat dan Syu’ab al-Iman, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Menurut Ibn Hajar dalam Tabyin al-‘Ajab, Abdul Aziz al-Kattani dalam kitab Fadhl Rajab juga meriwayatkan Hadis yang mirip dengan Hadis tersebut.
Akan tetapi Hadis riwayat al-Thabarani ini tidak mampu memperkuat Hadis di atas, sebab darjat Hadis tersebut tidak dapat dipertanggungjawabkan. Seperti disampaikan al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id wa Manba’ al-Fawa’id 3/191 bahawa Hadis tersebut matruk, kerana seorang rawi bernama Abdul Ghafur bin Sa’id. Hal ini diperkuat oleh pernyataan Imam al-Bukhari bahwa Abdul Ghafur bin Sa’id Hadisnya matruk. Lebih jauh, menurut Ibn Hibban ia adalah pemalsu Hadis (mimman yadha’u al-hadits). Sedangkan Ibn ‘Adi berpendapat Abdul Ghafur dha’if munkar al-hadits (lemah Hadisnya munkar). az-Zahabi dalam Mizan al-I’tidal berkata; Hadis tersebut palsu dan sanadnya tidak jelas juntrungannya (hadza bathil wa isnad muzhlim).
Adapun riwayat al-Baihaqi, Ibn ‘Asakir, al-Baghdadi, Abdul Aziz al-Kattani, mahupun riwayat lainnya juga tidak dapat menguatkan Hadis di atas, sebab semua riwayat terkait kualitasnya juga palsu. Al-Baihaqi sendiri dalam Syu’ab al-Iman sangat meragukan riwayatnya sendiri, bahkan riwayat lain terkait Hadis tersebut juga beliau ragukan. Al-Baihaqi mendasarkan keraguannya itu pada pernyataan Imam Ahmad bin Hanbal sebagai berikut:
وعندي حديث آخر في ذكر كل يوم من رجب وهو حديث موضوع لم أخرجه
“Kami memiliki Hadis lain yang menyebutkan keutamaan setiap hari bulan Rajab. Namun itu adalah Hadis palsu yang tidak kami sampaikan.”
Oleh kerana itu, Hadis di atas mahupun riwayat lain yang sekata mahupun semakna dengan Hadis di atas adalah palsu, atau sekurang-kurangnya semi-palsu (matruk). Maka dari itu, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at, al-Suyuthi dalam al-La’ali al-Mashnu’ah, Ibn ‘Arraq al-Kannani dalam Tanzih al-Syari’ah, al-Syaukani dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah dan banyak ulama lainnya, menilai Hadis tersebut palsu. Penjelasan ulama ini semakin memperjelas ungkapan Imam Ahmad bin Hanbal yang menilai Hadis-hadis tersebut palsu (maudhu’). Kerana itu wajar saja Imam Ahmad tidak mahu meriwayatkan Hadis-hadis tersebut.
Ulasan para ulama mengenai hadith kelebihan/ amalan pada bulan Rejab:
1. Imam Ibnu Taimiyah Rahimahullah , Beliau berkata:
وَأَمَّا صَوْمُ رَجَبٍ بِخُصُوصِهِ، فَأَحَادِيثُهُ كُلُّهَا ضَعِيفَةٌ، بَلْ مَوْضُوعَةٌ، لَا يَعْتَمِدُ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى شَيْءٍ مِنْهَا، وَلَيْسَتْ مِنْ الضَّعِيفِ الَّذِي يُرْوَى فِي الْفَضَائِلِ، بَلْ عَامَّتُهَا مِنْ الْمَوْضُوعَاتِ الْمَكْذُوبَاتِ
Ada pun mengkhususkan puasa Rajab, maka semua hadits-haditsnya adalah dhaif bahkan palsu, para ulama tidak berpegang sedikit pun terhadapnya, dan itu bukanlah termasuk dhaifnya riwayat tentang masalah keutamaan (fadhaail), bahkan umumnya adalah palsu lagi dusta. (Al Fatawa Al Kubra, 2/478, Majmu Fatawa, 25/290)
2. Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyah Rahimahullah, berkata:
كل حديث في ذكر صيام رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى
Semua hadits yang menyebutkan tentang puasa Rajab dan solat pada sebahagian malam-malamnya adalah dusta. (Al Manar Al Muniif, Hal. 96)
3. Imam Ibnu Hajar Al ‘Asqalani Rahimahullah, mengatakan:
قال ابن حجر : لم يرد في فضله، ولا في صيامه، ولا في صيام شئ منه معين، ولا في قيام ليلة مخصوصة منه، حديث صحيح يصلح للحجة.
Tidak ada hadits yang menyebutkan keutamaannya, tidak pula keutamaan puasanya, tidak ada puasa khusus pada bulan Rajab, tidak juga solat malam secara khusus, dan hadits sahih lebih utama dijadikan hujjah (dalil) (Dikutip oleh Syaikh Sayyid Sabiq dalam Fiqhus Sunnah, 1/453)
Imam Ibnu Hajar juga berkata dalam Kitab Tabyinul ‘Ajab, sebagaimana dikutip oleh Imam Abdul Hay Al Lakhnawi:
أما الأحاديث الواردة في فضل رجب أو صيامه أو صيام شيء منه فهي على قسمين ضعيفة وموضوعة
Adapun hadits-hadits yang ada tentang keutamaan Rajab atau puasanya atau sedikit puasa pada bulan Rajab, terdiri atas dua bahagian; yaitu dhaif (lemah) dan maudhu’ (palsu) (Al Atsar Al Marfu’ah fil Akhbar Al Maudhu’ah, hal. 59).
4. Syaikh Sayyid Sabiq Rahimahullah berkata:
وصيام رجب، ليس له فضل زائد على غيره من الشهور، إلا أنه من الاشهر الحرم. ولم يرد في السنة الصحيحة: أن للصيام فيه فضيلة بخصوصه، وأن ما جاء في ذلك مما لا ينتهض للاحتجاج به
Puasa Rajab, tidak memiliki kelebihan apa pun dibanding bulan-bulan lainnya, hanya saja dia termasuk bulan-bulan haram. Tidak ada dalam sunnah yang sahih tentang puasa pada bulan tersebut memiliki keutamaan khusus, adapun riwayat yang ada menyebutkan tentang hal itu tidak kuat dijadikan sebagai hujjah. (Fiqhus Sunnah, 1/453).
5. Imam Ibnu Rajab Al Hambali Rahimahullah, berkata:
وأما الصيام فلم يصح في فضل صوم رجب بخصوصه شيء عن النبي صلى الله عليه وسلم ولا عن أصحابه
Ada pun puasa, tidak ada yang sahih sedikit pun tentang keutamaan puasa Rajab dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Salam dan tidak pula dari sahabat-sahabatnya. (Al Latha-if Al Ma’arif, Hal. 228)
6. Imam Al Munawi Rahimahullah berkata:
بل عامة الأحاديث المأثورة فيه عن النبي صلى الله عليه وسلم كذب
Bahkan Umumnya hadits-hadits tentang keutamaan Rajab adalah dusta (Faidhul Qadir, 4/24)
Tidak boleh beramal dengan hadith palsu kerana:
Jikalau membuat dan meriwayatkan hadith tanpa
diterangkan kepalsuan kepada orang yang mendengar tentang sesuatu hadis palsu itu menurut
ijma' ulama adalah haram, apatah lagi mengamalkannya.
Ini telah dinyatakan oleh
Ibnu Shalah (w 643) “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis
palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan
menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Shalah,‘Ulum al-Hadis hal. 98).
Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala
dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus di bulan Rejab yang sekadar bersumberkan dari hadis-hadis palsu yang merupakan pembohongan
terhadap Nabi Muhammad saw.
Yang sebenarnya adalah Muharam itu Bulan Allah:
Dari Abu Hurairah radhiallahu‘anhu,
Nabi SAW bersabda,
أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم
“Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah puasa
di bulan Allah, bulan Muharram.” (HR Muslim no. 1163)
Keterangan:
a. Imam An Nawawi mengatakan, “Hadis ini
menunjukkan bahawa Muharram adalah bulan yang paling mulia untuk
melaksanakan puasa sunnah.” (Syarah Sahih Muslim, 8/55)
b. As-Suyuthi mengatakan, Dinamakan syahrullah
–sementara bulan yang lain tidak mendapat gelaran ini– kerana nama bulan ini
“Al-Muharram” adalah nama islamik. Berbeza dengan bulan-bulan lainnya.
Nama-nama bulan lainnya sudah ada di zaman jahiliyah. Sementara dulu, orang
jahiliyah menyebut bulan Muharram ini dengan nama Safar Awwal. Kemudian ketika
Islam datang, Allah ganti nama bulan ini dengan Al-Muharram, sehingga nama
bulan ini Allah sandarkan kepada dirinya (Syahrullah). (Syarah Suyuthi ‘Ala
sahih Muslim, 3/252)
c. Bulan ini juga sering dinamakan: Syahrullah Al
Asham [arab: شهر الله الأصم ] (Bulan Allah yang Sunyi). Dinamakan demikian,
kerana sangat terhormatnya bulan ini (Lathaif al-Ma’arif, Hal. 34) kerana itu,
tidak boleh ada sedikitpun pergolakan dan konflik di bulan ini.
KESIMPULAN
Justeru, menjadi kewajipan kepada umat Islam
untuk menyemak dan memastikan segala amalan yang dilakukan bertepatan dengan
syariat dan sama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Jika tidak, amalan
tersebut akan sia-sia dan tidak diterima ALLAH SWT.
Tetapi jika hendak juga melakukan puasa di bulan
Rejab, cukuplah berpuasa dan tidak menganggap adanya kelebihan tertentu pada waktu waktu tertentu, seperti melakukan puasa sunat tersebut pada hari-hari yang digalakkan berpuasa: isnin khamis, hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan dan puasa Nabi Daud.
Imam An Nawawi Rahimahullah mengatakan:
وَلَمْ يَثْبُت فِي صَوْم رَجَب نَهْيٌ وَلَا نَدْبٌ لِعَيْنِهِ ، وَلَكِنَّ أَصْلَ الصَّوْمِ مَنْدُوبٌ إِلَيْهِ ، وَفِي سُنَن أَبِي دَاوُدَ أَنَّ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَدَبَ إِلَى الصَّوْم مِنْ الْأَشْهُر الْحُرُم ، وَرَجَب أَحَدهَا . وَاَللَّهُ أَعْلَمُ .
Tidak ada yang sahih tentang larangan berpuasa pada bulan Rajab, dan tidak sahih pula mengkhususkan puasa pada bulan tersebut, tetapi pada dasarnya berpuasa memang hal yang disunnahkan. Terdapat dalam Sunan Abu Daud bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menganjurkan berpuasa pada asyhurul hurum (bulan-bulan haram), dan Rajab termasuk asyhurul hurum. Wallahu A’lam (Syarah Sahih Muslim 8/39).
Perbuatan menyandarkan sesuatu yang bukan dari
Nabi SAW adalah suatu jenayah dalam agama.
Kenapa jenayah?
Kerana sesuatu yang datang dari Nabi adalah
hujah kepada sesuatu hukum dan amalan dalam agama.
Jikalau kita telah menyebarkan sesuatu yang
tidak benar dari Nabi SAW maka kita telah menyebabkan disiplin keilmuan dalam
agama itu rosak dengan kewujudan amalan-amalan tambahan (baca bidaah) dalam syariat lalu menyebabkan amalan tidak diterima di sisi Allah SWT (HR. Muslim no. 1718 melalui Aisyah R.A). Kita rasa kita sudah banyak beramal dengan pelbagai cara, tapi pada hari dihitungkan amalan, ternyata cuma sedikit sahaja yang diterima.
Ini kerana hadis palsu kebanyakannya ghuluw
(melampau) dalam fadhilat dan ternyata memberi angan-angan kosong kepada
pengamalnya (Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitab al-Manār al-Munīf).
Selain itu amalan-amalan tersebut tidak
mempunyai petunjuk dari hadis sahih/hasan yang lain tentang kaifiatnya.
Menurut kaedah fiqh:
الأصل
في العبادات التحريم
“Hukum
asal ibadah adalah haram (sampai adanya dalil).”
Dengan kaedah di atas tidak boleh seseorang beribadah kepada Allah
dengan suatu ibadah kecuali jika ada dalil dari syariat yang menunjukkan ibadah
tersebut diperintahkan.
Kita juga tidak boleh mengadakan suatu ibadah baru dengan maksud
beribadah pada Allah dengannya. Boleh jadi ibadah yang direka-reka itu baru
atau sudah ada tetapi dibuat dengan tatacara yang baru yang tidak pernah
ditunjukkan dalam Islam, atau boleh jadi ibadah tersebut dikhususkan pada waktu
dan tempat tertentu. Ini semua tidak pernah dituntut dalam islam dan
diharamkan.” (Syarah
Al Manzhumah As Sa’diyah fil Qowa’idil Fiqhiyyah, hal. 90).
Dalil Kaedah
Dalil yang menerangkan kaedah di atas adalah
dalil-dalil yang menerangkan tercelanya perbuatan baru dalam agama (baca
Bidaah*).
Di antara dalil kaedah adalah firman Allah Ta’ala,
أَمْ
لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ
“Apakah
mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka
agama yang tidak diizinkan Allah?” (QS. Asy-Syuraa: 21).
Juga didukung dengan hadits ‘Aisyah radhiyallahu
‘anha, Nabi SAW bersabda,
مَنْ
أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa
membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka
perkara tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no.
1718).
Dalam riwayat lain disebutkan,
مَنْ
عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa
melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.”
(HR. Muslim no. 1718).
Begitu pula dalam hadits Al ‘Irbadh bin
Sariyah disebutkan bahwa Nabi SAW bersabda,
وَإِيَّاكُمْ
وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ
ضَلاَلَةٌ
“Hati-hatilah
dengan perkara baru dalam agama. Kerana setiap perkara baru (dalam agama)
adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat.” (HR. Abu Daud no.
4607, Tirmidzi no. 2676, An Nasaie no. 46. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa
hadis ini sahih)
Perkataan Ulama
Ulama Syafi’i berkata mengenai kaedah yang
kita kaji saat ini,
اَلْأَصْلَ
فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف
“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam
sampai datang dalil).” Perkataan di atas disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul
Bari 5/43. Ibnu Hajar adalah di antara ulama besar Syafi’i
yang jadi rujukan. Perkataan Ibnu Hajar tersebut menunjukkan bahawa jika tidak
ada dalil, maka suatu amalan tidak boleh dilakukan. Itu ertinya asal ibadah
adalah haram sampai ada dalil yang memerintahkan.
Di tempat lain, Ibnu Hajar rahimahullah juga
berkata,
أَنَّ
التَّقْرِير فِي الْعِبَادَة إِنَّمَا يُؤْخَذ عَنْ تَوْقِيف
“Penetapan ibadah diambil dari tawqif (adanya
dalil)” (Fathul
Bari 2/80).
Ibnu Daqiq Al ‘Ied, salah seorang ulama besar
Syafi’i juga berkata,
لِأَنَّ
الْغَالِبَ عَلَى الْعِبَادَاتِ التَّعَبُّدُ ، وَمَأْخَذُهَا التَّوْقِيفُ
“Umumnya ibadah adalah ta’abbud (beribadah
pada Allah). Dan rujukannya adalah dengan melihat dalil”.
Kaedah ini disebutkan oleh beliau dalam kitab Ihkamul
Ahkam Syarh ‘Umdatil Ahkam.
Dalam buku ulama Syafi’iyah lainnya, iaitu
kitab Ghayatul
Bayan Syarh Zubd Ibnu Ruslan disebutkan,
الأصل
في العبادات التوقيف
“Hukum asal ibadah adalah tawqif (menunggu
sampai adanya dalil).”
Ibnu Muflih berkata dalam Al
Adabu Asy Syar’iyah,
أَنَّ
الْأَعْمَالَ الدِّينِيَّةَ لَا يَجُوزُ أَنْ يُتَّخَذَ شَيْءٌ سَبَبًا إلَّا أَنْ
تَكُونَ مَشْرُوعَةً فَإِنَّ الْعِبَادَاتِ مَبْنَاهَا عَلَى التَّوْقِيفِ
“Sesungguhnya amal
diniyah (amal ibadah) tidak boleh dijadikan sebagai sebab
kecuali jika telah disyariatkan kerana sesuatu ibadah boleh dilakukan sampai
ada dalil.”
Imam Ahmad dan para fuqaha ahli hadis -Imam
Syafi’i termasuk di dalamnya- berkata,
إنَّ
الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ
“Hukum asal ibadah adalah tauqif (menunggu
sampai adanya dalil)” (Dinukil dari Majmu’
Al Fatawa karya Ibnu Taimiyah, 29/17)
Wallahu a'alam
Rujukan
https://sditattaubahbatuajibatam.sch.id/read/7/hadis-hadis-palsu-tentang-bulan-rajab-dan-puasa-rajab
No comments:
Post a Comment